Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, October 12, 2007

Menjelang Hari Raya Aidilfitri 1428 Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Kepada sekelian umat Islam yang akan menyambut ketibaan 1hb. Syawal 1428 Hijrah, saya ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'.

Hari Raya Aidilfitri merupakan Hari Kerai'an bagi kita umat Islam yang telah berjaya menyempurnakan ibadah Berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadan nan Mubarak. Hari Raya Aidilfitri bukanlah bermakna kita boleh terus kembali melakukan sebarang dosa dan bersukaria tanpa mengenal batas batas didalam agama Islam kita yang suci.

Bagaimanakah cara kita harus menyambut Aidilfitri?

Didalam Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, telah diterangkan pada kita cara cara umat Islam harus rai'kan hari kemenangan kita menundukkan hawa nafsu, meninggalkan segala perbuatan terlarang atau makruh, serta melaksanakan sebanyak mungkin amal ibadat yang terdaya oleh kita dengan seikhlas hati demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Tertib menyambut ketibaan Syawal nan Mulia adalah dengan :
  • Bangun sebelum subuh
  • Mandi dan membersihkan serta mengemaskan tubuh badan kita
  • Solat Subuh serta berwirid dan bertakbir
  • Berpakaian serba elok dan bersih serta mengharumkan diri
  • Bersegera ke masjid dan mengerjakan Solat Aidulfitri berjamaah
  • Bersalam salaman sesama muslim dan memaafkan salah silap orang pada kita dan memohon maaf diatas kesilapan kita
  • Bermaaf'an sesama ahli keluarga terutama dengan ibubapa jika masih hidup serta suami isteri dan anak pinak
  • Makan apa yang baik dan berkhasiat serta bersederhana didalam makan minum kita
  • Menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga
  • Merapatkan tali silaturrahim sesama Islam dan meraikan yang bukan Islam yang mengunjungi kediaman kita
  • Menjauhi perbuatan yang berdosa serta menjaga tingkah laku serta sikap kita yang terjaga baik selama Ramadan yang baru lepas
  • Nasihat menasihati diantara satu sama lain dan berbaik sangka sesama kita
  • Bersabar dengan kerenah manusia semasa memandu kenderaan dijalanraya dan berhati hati didalam perjalanan.
  • Meneruskan kerajinan beribadah seterusnya sama seperti kita lakukan didalam bulan Ramadan.
Insya Allah, kehidupan kita akan mendapat berkat dan rahmat dari Maha Pencipta, Allah, Azza Wa Jalla.



Blogged with Flock

Post a Comment