Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 23, 2008

Bila Tuanku Sultan Dah Murka, Melayu UMNO Menderhaka?

Duli Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu dan Yang Dipertuan Agong Malaysia diberitakan sudah murka dengan mantan Menteri Besar Terengganu dari UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu kerana dikatakan berlaku biadap terhadap Duli Tuanku dan Kerabat Istana Baginda?

Maka itulah sebabnya Baginda Tuanku tidak berkenan merestui perlantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kesultanan Melayu Terengganu!

Dari bisik bisik berita terkini yang sampai ke telinga Mahaguru58, dikatakan mantan MB Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan berlaku biadap terhadap Duli Tuanku bila berbahasa 'I' 'You' 'I' You' dengan Baginda Sultan?

Mungkin Datuk Seri Idris berasa diri lebih tua dari Baginda Sultan sebab itu terlanjur berbahasa sedemikian rupa dengan Tuanku?

Entahlah samada benar ke tidak 'soksek soksek' yang sampai ketelinga Mahaguru58 namun sekarang ini khabar angin diMalaysia ini terbukti bukan sekadar khabar kosong!

Dari satu segi, Mahaguru58 bersyukur bilamana Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Melayu sejak kebelakangan ini tampil tegas mempertahankan kedaulatan Baginda Baginda Tuanku sekelian selaku Duli dan Yang Di Pertuan Kesultanan Melayu masing masing.

Nah! Inilah baru dikatakan menyambung Kedaulatan Kesultanan Melayu dengan mengajar rakyat rakyat kebanyakan yang seolah lupa diri bila kuasa pemerintahan kerajaan ditangan mereka yang bertindak melampaui batas; beralih peranan 'beraja dimata, bersultan pulak mereka didalam hati?'

Mahaguru58 berasa kemelut yang pernah melanda Kesultanan Kesultanan Melayu di negeri negeri Perlis Indera Kayangan, Perak Darul Ridzuan dan kini sedang beribut di Terengganu Darul Iman ada kebaikannya.

Dari pandangan Mahaguru58, Duli Tuanku Sultan Mizan ada hak hak Baginda untuk memastikan 'Si Kaduk Tidak Naik Junjung' dan hamba rakyat Duli Tuanku seharusnya sadar bahawa didalam institusi Kesultanan Melayu tidak seharusnya dilupakan adat resam dan warisan Melayu sejati walau beralih zaman sekalipun!

Itulah natijah bilamana Melayu lupa diri dan tidak berpegang teguh kepada segala khazanah warisan turun temurun dari nenek moyang mereka?

Melayu UMNO Terengganu kini ternyata sedang dilanda musibah akbar bilamana Duli Tuanku Sultan Terengganu tidak berkenan dengan pucuk pimpinan mereka dan kini melantik Datuk Ahmad Said yang terkenal dengan buruk laku semasa menjadi ADUN didalam Exco Kerajaan Negeri Terengganu sebelum ini sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru?

Hairan bin Ajaib bila memikirkan apa strategi Baginda Tuanku melantik seorang yang ternyata berperangai 'gedebe' begitu sebagai Menteri Besar Baginda?

Apa agaknya muslihat disebalik perlantikan begitu?

Apakah ini menandakan zaman kejatuhan UMNO Terengganu bila tiada insan sebaik budi untuk dijadikan teraju kepimpinan Kerajaan Negeri?

Ternyata Politik Malaysia kini berubah arah dari UMNO Dulu, Kini dan Selamanya kepada UMNO Dulu, Sekarang dan Belum Tentu Lagi?

Datuk Seri Idris Jusoh menerima kesan dari keputusan beliau menggugurkan beberapa pemimpin UMNO yang mendapat sokongan kuat dari ahli ahli UMNO Bahagian masing masing namun kerana ada perancangan bercanggah didalam UMNO Terengganu ternyata menempah masaalah yang timbul mendadak sesudah Pilihanraya Umum ke 12 baru baru ini!

Tontonilah rakaman tunjuk perasaan ahli ahli UMNO Terengganu terhadap Idris Jusoh disini:


Ini pula rakaman perilaku dan perangai Datuk Ahmad Said dari Kijal yang dilantik Duli Tuanku Sultan Terengganu semasa persidangan Dewan Negeri Terengganu:


Kalau begini pula gaya dan cara kepimpinan UMNO Terengganu yang dilantik menerajui Kerajaan Negeri Terengganu, nampak gelap lah masadepan Terengganu Darul Iman?

Itulah natijah yang ditanggung rakyat negeri Terengganu bila mereka menolak 'Membangun Bersama Islam' tajaan PAS dan memilih untuk 'Tenggelam Bersama UMNO' hasil usaha Imam Hadhari Pak Syaikh Al Imamul Akbar Abdullah Al Badawi dan Pak Derih Jusoh?

Semakin hangat pula drama politik Tranung Kite?

Berita terkini Tok Mat Said dah dipecat keahlian UMNO nya oleh UMNO Malaysia!

Apa nak jadi UMNO Ganu? Ke laut nampaknya?

Makin berserabut UMNO pimpinan Tok Derih Jusoh nampaknya?

Itulah tulah derhaka pada Tuanku Sultan! Kalau zaman dulu dah kena pancung dah!

Bersama samalah kita mengikuti adegan adegan hangat seterusnya!
Post a Comment