Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, April 20, 2008

Barisan Nasional dengan Sindrom SiLuncai-nya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Semoga anda saudara saudari se-Islam dengan saya berkeadaan sihat wal'afiat dan berada didalam sebaik mungkin, Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat Sejahtera juga saya ucapkan kepada warganegara Malaysia yang lain. Insya Allah.

Tergerak hati ini untuk menulis tentang sindrom 'Si Luncai' yang ternyata sedang dihidapi oleh para pemimpin Kerajaan Gabungan Pakatan Barisan Nasional terutamanya dengan kenyataan kenyataan yang kurang berisi oleh mereka yang bergelar 'Dato Seri' dan 'Dato' itu dan ini tetapi isi kata kata mereka tidak ubah seperti cakap manusia kurang akal?

Kekalahan Barisan Nasional didalam pilihanraya umum ke 12 baru baru ini di 5 negeri di Semenanjung Malaysia ini bukan lah sesuatu yang dijangka oleh para pemuka Pakatan BN!

Bagaikan dipanah halilintar, terjelepuk YAB dan YB YB Barisan Nasional pabila sadar diri tidak lagi disokong dek warganegara dan warga negeri di Pulau Pinang Darul 'apa entah?, Kedah Darul Aman, Perak Darul Ridzuan, Selangor Darul Ehsan dan Kelantan Darul Naim yang masih tetap dinaungi PAS @ Parti Islam seMalaysia.

Di Wilayah Persekutuan, Pakatan Rakyat yang terdiri dari parti DAP-PKR dan PAS memenangi kerusi kerusi parlimen dengan angka yang membanggakan sekaligus menampar sedar BN bahawa zaman mereka bermaharajalela didalam Malaysia sudah mulai menghampiri titik noktah terakhir didalam era pemerintahan BN didalam negara tercinta ini.

Salah seorang dari pemuka BN yang terkenal dengan keceluparan mulutnya menidakkan hak ahli ahli sesama parti dengan nya untuk mendesak Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah Nazri Abdul Aziz.

Cara Nazri bercakap seolah ahli ahli UMNO yang membantah penerusan Abdullah Badawi menerajui pemerintahan negara sebagai mereka yang bodoh ternyata teramat biadap dan boleh dikatakan berbau 'kurang ajar' terhadap ahli ahli UMNO tersebut!

Beginikah cara Nazri mencaci ahli ahli UMNO dan juga para menteri UMNO yang lain bilamana mereka sedar akan keperluan Abdullah Badawi meninggalkan pucuk pimpinan BN yang kini bagaikan 'retak menanti belah' bila bila masa sahaja?

Melayu sebegini memang ramai sekali didalam BN. Mereka angkuh walau baru saja diberikan mandat untuk menjadi pemimpin sekali lagi?

Apakah masyarakat kita ini tidak serik serik dengan kesombongan makhluk makhluk berhati legam sebegini dan tidak sadar akan bahaya membiarkan 'sikaduk naik junjung' lagi?

Entahlah tuan tuan dan puan puan sekelian.

Didalam zaman manusia berupaya meneroka bumi dan angkasa, masih terdapat ramai yang buta terhadap kezaliman BN, pekak terhadap kata nesta caci maki para menteri sombong dan bongkak seperti Nazri dan Ali Rustam serta ramai lagi yang turut berpenyakit cirit mulut?

Ali Rustam didalam blognya bersikap kebudak budakan bilamana menulis mengata begitu begini terhadap Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat tetapi lupa bahawa dibumi Melaka pimpinan kerajaan negeri dibawah dirinya sendiri masih ada banyak perkara yang masih perlu dibetulkan?

Khir Toyo yang sudah hilang kedudukan sebagai Menteri Besar Kerajaan BN Selangor yang lalu, kelihatan sebagai seorang yang mahu menerima keadaan dan tampil menyatakan bahawa BN perlu bermuhasabah diri namun Khir Toyo sendiri telah bertindak menghapuskan bukti bukti kesalahan laku pentadbirannya bila kalah didalam pilihanraya ke 12 bulan lepas dengan menghancurkan beratus ratus fail dan dokumen rasmi kerajaan sebelum ini?

BN tidak akan bertahan lama lagi sebab Perdana Menteri Abdullah Badawi terbukti gagal mencari Al Ghazali sebaliknya bersekongkol dengan Patrick 'Badawi'.

Bukan sekadar tidak mencari juta tetapi sebaliknya sibuk menimbun berbillion 'harta' dan berdamping dengan wanita wanita.

Najib Tun Razak pula tercemar dengan kes pembunuhan model Mongolia 'Altantuuya'.

Muhyiddin seperti biasa nyata tidak berkarisma.

Tengku Razaleigh Hamzah terbukti tidak mahu mengaku kalah masih mengimpikan kerusi terunggul di Putrajaya.

Pendekata, masih adakah harapan untuk BN kembali bertakhta dihati rakyat Malaysia?

Bagi pendapat saya, ianya bagaikan 'retak kayu boleh disimpan; retak piring susah hilangnya'.

Barisan Nasional dengan Sindrom SiLuncai-nya. Patut saja kita biarkan, biarkan.

Bila pucuk sudah melupakan akar, maka tunggu sajalah ianya tersungkur menyembah bumi.

Bagaikan helang menyusur angin; lambat laun akan kebumi jua. Tak gitu tuan puan?
Post a Comment