Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, April 12, 2008

Empayar Islam Benua Siam Kedah















Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Wahai warganegara Malaysia pencinta kebenaran sekelian.

Ingin saya perkenalkan satu laman blog yang amat kaya dengan kandungan isi sejarah kebesaran Empayar Islam Benua Siam Kedah yang telah dilupakan orang namun hasil usaha tuanpunya blog ini, kita kini berpeluang menghayati kesan kesan dan bukti keujudan suatu empayar Islam yang telah dilenyapkan oleh orang orang Siam di Thailand!

Amat terpegun saya membaca dan melihat kesan kesan peninggalan sejarah empayar sebuah kerajaan Islam yang telah hilang lenyap ditelan dedaun masa dan tidak pula adanya usaha dari pihak kerajaan persekutuan mahu pun negeri Kedah Darul Aman yang lupa bahawa adalah menjadi satu tanggung jawab terpenting untuk sesebuah kerajaan mengekalkan kesedaran sesebuah negara tentang fakta fakta sejarah yang menjadi bukti keujudan kerajaan sedemikian untuk menjadi bahan kajian dan kefahaman warganegaranya!

Berikut adalah satu rakaman video lawatan Tuanku Nai Long Kasim ibni Tengku Nai Long Ahmad, melawat tapak Chandi Alor Raja yang ada padanya makam Koya Syuib ibni Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Syarif Syah, waris kerajaan Islam Benua Siam Kedah lampau yang masih hidup.



Memang patut sangat kita menghidupkan kesedaran warganegara Malaysia terhadap kekayaan sejarah kerajaan kerajaan Islam kita yang telah hilang akibat kealpaan dan kecuaian para pemimpin negeri dan negara sebelum ini.

Mahaguru58 menyokong penuh usaha tuan tuan punya laman blog sejarah ini dan bersedia memberikan kerjasama didalam mewar warkan keujudan blog penting ini.

Hajat saya agar tuan tuan terus tabah tampil kemuka membawa kehadapan bukti bukti dan kesan kesan sejarah Empayar Islam Benua Siam Kedah untuk tatapan dan kefahaman kita semua.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati usaha tuan tuan yang berjaya memberikan kami peluang untuk menyingkap tetingkap masa dan meninjau sejarah empayar Islam benua Siam Kedah.

Pengendali laman blog Empayar Islam Benua Siam Kedah ini boleh dihubungi melalui emel mereka di mazz62@yahoo.com.

Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada tenaga pentadbiran blog hebat ini!

Teruskan jihad tuan tuan untuk mencelikkan mata warga warga negara dan pemimpin pemimpin negeri Kedah Darul Aman dan negara Malaysia amnya mengenai tanggungjawab mereka untuk terus tabah memelihara kedaulatan Kesultanan Kesultanan Melayu yang masih bertahan menerjah arus kemodenan dan gelombang cabaran kuasa politik semasa melalui laman blog ini.

Jika benar mahu memastikan agar Melayu tak lesap ghaib ditelan masa, maka perangilah mereka yang memusnahkan negara dan tamadun Melayu melalui kedurjanaan mereka bermaharajalela dipuncak persada pemerintahan negara dengan kerakusan mereka menidakkan Kedaulatan Duli Duli Tuanku Sultan Sultan Melayu yang kita tetap bernaung dibawah pemerintahan Baginda Tuanku sekelian.

Insya Allah! Daulat Tuanku!
Post a Comment