Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, May 25, 2008

Blog di RTM1 -Kuda Kepang @ Datuk Ruhanie Ahmad






Saya ingin mengucapkan syabas kepada rakan Blogger saya iaitu Datuk Ruhanie Ahmad yang menulis di blog Kuda Kepang.Blogspot.com kerana berjaya menyampaikan kewibawaan Bloggers dengan begitu baik sekali didalam program Blog di RTM1 baru baru ini.

Saya tidak berkesempatan mengikuti rancangan Blog di RTM1 yang menjemput Datuk Ron sebagai Blogger Jemputan pada 8.30 malam, hari Ahad 18hb Mei, 2008 kerana berada ditempat lain.






















Namun saya bersyukur kerana ada usaha dari YouTuber Blogger enaripblog yang telah memuatnaikkan program Blog RTM1 bersama Datuk Ruhanie Ahmad dan dapat melihat semula rancangan tersebut melalui internet.

Pengelola Blog RTM1 pada malam itu Datuk Chamil Wariya harus dipuji kerana tidak mencelah terlalu kerap bilamana Datuk Ruhanie sedang bercakap dan memberi ruang kepada Datuk Ron menyampaikan pandangan beliau tanpa diganggu.

Namun cara rancangan itu berakhir terlalu mengejut agak mengecewakan saya sedikit.





















Photo credit : Malaysian Parliament.

Walau apa apa pun pujian harus diberikan kepada Menteri Penerangan yang baru Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana mengambil pendekatan sebegini dan berusaha merapatkan jurang fikrah diantara pihak Radio Televisyen Malaysia dan para penulis laman blog tanahair.

Datuk Ahmad Shabery Cheek ternyata melakukan anjakan paradigma dengan tidak meneruskan cara dan gaya pengampu Menteri menteri Penerangan sebelum beliau.

Dengan pendekatan begini maka seluruh negara turut berupaya melihat dan mendengar pandangan dan perpektif penulis penulis blog terkemuka negara dan memahami fikrah penulis penulis blog tanahair yang sebenarnya cuma ingin menyampaikan pendapat masing masing kepada para pembaca dan pengikut laman blog mereka demi menyampaikan suara rakyat melalui internet.

Dengan menyampaikan maklumbalas dari rakyat kepada pemimpin negara, para penulis blog berupaya menjadi titian maklumat yang berguna kepada semua pihak.

Saya amat berpuas hati dengan apa yang Datuk Ruhanie sampaikan didalam program diatas.

Tahniah Datuk. Tuanhamba telah membuatkan saya berasa bangga menjadi rakan seBlogger tuan.

Teruskan menulis demi keadilan sejagat dan menyempurnakan matlamat penulisan Datuk.

Wabillahi Taufik Walhidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.
Post a Comment