Baru baru ini , saya menerima komen dari saudara Satria Asia, seorang Blogger dan juga pengguna You Tube yang mengirim komen berikut berkaitan artikel saya yang memuatkan kenyataan ABIM terhadap tindak tanduk Pengerusi DAP Karpal Singh yang membuat laporan polis terhadap Tengku Mahkota Kelantan Darul Naim dan Presiden MCA Ong Ka Ting yang meminta Kerajaan Malaysia membenarkan mereka yang memeluk Islam atas tujuan perkahwinan keluar dari Agama Islam bilamana perkahwinan tersebut gagal?
Bagi saya, jelas kelihatan bahawa saudara Satria Asia memperlecehkan kedudukan Agama Islam disisi masyarakat Melayu dan bagi dirinya menyatakan bahawa Bangsa Melayu itu lebih penting dari Agama Islam yang boleh ia sisihkan!
Maka saya kira patut sangat saya membalas komen beliau dengan merakam satu wawancara dengan beberapa orang Muslim berbangsa Melayu untuk mendapatkan reaksi mereka tentang pegangan atau pandangan Satria Asia ini.
Bersama saya pada petang itu adalah Saudara Norhaimi bin Ibrahim, seorang Perunding Takaful MAA, beralamat di Agensi Cahaya Syahadah, Klang, Selangor. HP: 012-610-0519.
Turut serta memberi pandangan adalah Tuan Sarji yang secara kebetulan memberikan pandangan dan nasihat beliau berkenaan tajuk perbincangan.
Jazakallah kepada kedua Saudara Norhaimi dan Abang Sarji. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala membalas jasa dan budi tuan tuan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Berikut adalah jawapan kami kepada saudara Satria Asia.
Saya pertama kali menerima komen dari Satria Asia bilamana beliau mengirim pandangannya bahawa seseorang Mualaf itu sepatutnya dibenarkan murtad dan begitu juga seorang yang lahir sebagai seorang Muslim dibenarkan murtad didalam ruang perbincangan artikel saya tentang pengisytiharan Perdana Menteri Abdullah Badawi bahawa Kerajaan Malaysia membuat keputusan mengharuskan seseorang yang ingin memeluk Agama Islam memaklumkan keluarga masing masing akan hasrat mereka terlebih dahulu supaya tidak timbul masaalah di kemudian hari bila mereka meninggal dunia dan berlaku perebutan jasad diantara pihak Jabatan Agama dan keluarga bukan Islam si mualaf tersebut nanti?
Bilamana saya jalankan satu Carian didalam Google tentang Satria Asia, saya agak sedih melihat pelbagai komen Satria Asia yang menjurus kepada dorongan menyokong orang orang Melayu di Malaysia supaya murtad keluar dari Agama Islam!
Sila rujuk kesini. Nampak sangat bahawa gerakan memurtadkan orang orang Melayu teramat utama didalam perancangan puak puak bukan Islam di Malaysia.
Kenapa sampai jadi begitu sekali wahai saudaraku Satria Asia?
Apa perkara sebenarnya yang membuatkan dirimu begitu membenci Islam?
Na'uzubillahiminzalik!
Saya bukan lah hendak berperang siber dengan saudara saya Satria Asia, cuma sebagai saudara seagama dengan beliau, terasa perlu bagi saya menyatakan pandangan saya pulak selaku seorang Muslim yang prihatin terhadap keadaan saudara se Islam dengan saya.
Melayu adalah satu di antara pelbagai bangsa dan kaum yang diciptakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Ada yang baik, sederhana dan buruk didalam bangsa Melayu sama seperti bangsa bangsa yang lain.
Teringat saya akan Khutbah Wida Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam yang berpesan kepada kita agar tidak lupa terhadap pesanan terakhir Baginda kepada sekelian umat manusia:

Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'
Mudah2an Saudara Satria Asia dapat menerima nasihat ikhlas dari kami selaku saudara seagama dengan saudara. Insya Allah.
Saya mendahulukan permohonan maaf zahir batin sekiranya cara nasihat saya ini menyinggung perasaan saudara.
Saya mengambil langkah ini sebab kita sama sama Bloggers dan Satria Asia pun ada menyentuh perkara ini dilaman saudara.
Internet ini berupaya menjadi lapangan berinteraksi diantara kita demi kebaikan bersama.
Insya Allah.
Semoga Satria Asia dapat petunjuk dari Allah Azza Wa Jalla tentang perkara ini. Amin.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.
If Islam were to be erased from the world, the Malays will still exist. If the Malays were to be wiped out from the peninsular, Islam will not exist (well, maybe amongst Indian Muslims).
When they did the survey they did survey me. But I'll offer my response anyway ... Am I first Muslim than Malay? No. I am first Malay then I am Muslim because I can't erase ethnicity from me -- I can't be Chinese or English -- but I can erase 'Islam' from me and be Christian, Hindu, Buddhist, agnostic, atheist ... I may not be able to do it here in Malaysia because unfortunately a Malay is constitutionally defined, but anywhere else in the world ...
Melayu tak kan hilang dari dunia? Boleh...senang je...remove that part of the constitution that defines 'Malay'...hilang lah bangsa Melayu. Kan bodoh?
Get it?