Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, June 21, 2008

Muslim Malaysia wajib mempertahankan kedaulatan Islam.

Bismillahirrahmannirrahim.
Wassolatu wassalamu ala Rasulillah Khataman Nabiyyi al Mustafa, Muhammad Rahmatulil Alamin. Ila hadhratin arwahi Sahabati Rasulillah hil ajma'in.
Al Fatihah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.
Ya kaum al Mukminin.

Sejak kebelakangan ini, umat Islam di asak sedemikian rupa oleh puak Kafirin kerana satu asbab utama iaitu kita yang mengaku Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai Rabbul Alamin gagal didalam mempertahankan kedaulatan Ad Deenul Islam sebagai matlamat utama kehidupan dunia dan akhirat kita.

Di akhirul zaman ini, ternyata kebenaran Hadith sahih Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam yang memperingatkan kita tentang bahaya umat Islam sedunia leka terhadap cabaran dan asakan dari kaum Musyrikin dan Munafik yang akan menyerang kita dari pelbagai sudut aspek kehidupan sementara di alam fana ini?

Saya mengajak saudara saudari mengimbas kembali akan beberapa peristiwa yang menimpa umat Islam serantau seperti di Wilayah Tak Bai, Selatan Thai yang menyaksikan korban tentera Thai yang membunuh beratus umat Islam disana.



Mereka mati tanpa ada sebarang pembelaan dari pemimpin Islam didalam OIC atau Liga Arab.

Abdullah Badawi selaku pemimpin OIC tidak terkutik untuk membela saudara seIslam kita, apatah lagi para pemimpin dan Sultan Sultan Melayu yang memikul tanggungjawab membela nasib dan kehidupan umat Islam serantau mahu pun seluruh dunia.

Sejak zaman berzaman umat Islam menghadapi asakan demi asakan dari musuh musuh Islam namun tidak tampil kemuka para pejuang Islam yang boleh dibanggakan kerana dewasa ini mereka yang konon nya pemimpin Islam mempunyai agenda mengkayakan diri dan berpesta pora melayani tembolok masing serta nafsu serakah yang senantiasa bergejolak didalam hati dan sanubari masing masing.

Dakwah al Islamiyah teramat jarang dijalankan sepertimana dituntut didalam ajaran Islam dan sebaliknya cuma dibiarkan sepi oleh pihak pemerintah.

Program program hiburan hedonisma ditaja dan ditatang setiap hari setiap ketika oleh hampir seluruh kerajaan kerajaan yang bertopengkan identiti Islam.

Media massa yang dikendalikan mereka yang mengaku beragama Islam kebanyakannya tertumpu kepada dunia hiburan semata mata dan berlumba lumba didalam menelanjangkan para pelakon, penyanyi dan penghibur yang ada didalam bahan penerbitan mereka.

Walau media perdana tidak terlepas dari mempromosikan aktiviti mendedahkan aurat penghibur penghibur wanita wanita Melayu Muslim ini.

Baru baru ini kita membaca laporan bahawa Sultan Selangor murka dengan kenyataan dan bantahan Pemuda PAS Selangor mengenai pembabitan dua penyanyi wanita penghibur dunia muzik Malaysia iaitu Ella dan Mas Idayu yang dijadualkan ber'hard rock' dan ber'gelek dangdut 360 darjah' menghiburkan Al Sultan Selangor dan penonton penonton semasa perlawanan bolasepak Piala Sultan Selangor pada 6hb Julai nanti.

Apa hendak diherankan tentang sokongan seorang Sultan Melayu terhadap dunia penyanyi dan penghibur kerana sudah lumrah didalam tradisi istana sentiasa berhibur dengan penyanyi dan penari dari zaman berzaman?

Sultan sultan Melayu memang terkenal menjadi penaung dunia hiburan tanahair dan jarang sekali ada Sultan Melayu yang lebih tertumpu pada dunia Islam dan memperjuangkan hukum hakam Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam dunia ini?

Jika tidak ada pejuang pejuang Islam seperti didalam PAS, ABIM, JIM dan yang sefikrah dengan mereka, maka Islam didalam Malaysia ini sudah lama berkubur, hilang ditelan zaman dan akan jadilah seperti di negara Turki yang sekular!

Roslan Aziz seorang komposer muzik tanahair turut terperangkap dengan kemelut ini bilamana kenyataan nya mempertikaikan bantahan Pemuda PAS Selangor dengan menuduh mereka sebagai egois agama dan kenyataan nya diterbitkan didalam laman Malaysiakini.

"Kelmarin, Roslan menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan 'ego' golongan agama dan bermotifkan politik.
'Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,' katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan perhimpunan untuk membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Namun selepas kenyataan nya keluar didalam Malaysiakini, maka beratus komen menghentam keterlanjuran ucapannya memenuhi ruang komen didalam blognya http://roslanaziz.blogspot.com.

Maka Roslan pun menulis artikel memohon maaf diatas keterlanjuran kenyataannya seperti berikut:

********************************************************************************
Assalamualaikum...

Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysiakini tempoh hari.

Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.

Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.

Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.

Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA...

saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu.

Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.

Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.

IKHLAS
Roslan Aziz

************************************************************************

Kita tidak boleh terus bersabar dan berdiam diri sepanjang masa bila Islam dihina dan dicerca oleh puak puak yang memusuhi kita dan ada kalanya kita perlu bangun mempertahankan maruah agama dan sesama Ummah.

Jatuh nya Khalifah Othmaniah disebabkan para pemimpin Islam ketika itu hanyut dengan kemewahan dan fitnah duniawi.

Tontonilah video terbitan sahabat saya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil @ Saifulislam.com tentang Khalifah terakhir di bumi ini akibat kealpaan Umat Islam untuk teguh tegas mempertahankan kedaulatan Ad Deenullah!


Ini pulak video terbitan gerakan Hizbut Tahrir Malaysia yang memaparkan realiti sejarah yang menimpa umat Islam yang lupa! Lupa kepada peringatan peringatan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam supaya bersatu teguh membina Daulah Islamiyah!

Saksikan video ini dan sebarkan kepada rakan taulan anda supaya kesedaran membela maruah Islam bersemarak didalam hati dan sanubari setiap manusia yang bertuhankan Allah Subhanahu Wa Ta'ala!


Kita tidak boleh berdiam diri , menantikan orang lain datang membela Islam kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman bahawa Allah SWT tidak akan mengubah Takdir keatas kita melainkan kita mengubahnya sendiri!



Tontonilah video filem 'The Message' yang diterbitkan oleh Allahyarham Moustapha Akkad untuk memahami sejarah Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam dan keperitan serta pengorbanan para sahabat sahabat Baginda Sallalahu Alaihi Wassallam didalam menegakkan Syiar Islam di bumi Allah ini.




Usah termakan dakyah kaum kafirin dan munafiqin di Akhirul Zaman ini wahai Muslimin Muslimat sekelian.

Amalkan lah suruhan agama dan jauhi lah kemungkaran sebaik mungkin.

Usah terlepas cakap ; kerana natijahnya akan di alami sepanjang hayat serta perlu berjawab didalam kubur pula!

Semoga kita semua di rahmati Rabbul Jalil dan dicurahkan Taufik dan HidayahNya!

Amin.
Post a Comment