Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, June 12, 2008

Polis Kuala Lumpur molek berQiamul Lail di Masjid Kg Baru.





Bismillahirrahmannirrahim.



















Alhamdulillah. Dengar khabar bahawa mulai malam ini dan Jumaat esok, lebih dari 1500 ke 2000 orang anggota Polis Di Raja Malaysia akan berkampong di sekitar Masjid Kampong Baru, Kuala Lumpur berikutan perancangan protes anti kenaikan harga minyak yang di war warkan akan bergerak dari Masjid Kampong Baru esok sesudah Solat Jumaat dan menuju ke Menara Berkembar Petronas angkara keputusan Imam Hadhari menaikkan harga minyak petrol di negara Malaysia ini dari RM1.92 ke RM2.78 seliter !




















Jika hendak dipandang dari sudut positif, maka moleklah pasukan polis yang seramai itu mengambil peluang dari berada di kawasan masjid bersejarah ini untuk mengerjakan ibadat Qiamul Lail sempena bertugas di situ.
















Iyelah! Dari dok duduk menghembus rokok sebatang demi sebatang, menanti menjelangnya pagi Jumaat nan mulia esok, apa salahnya jika petugas polis beragama Islam bersama sama jamaah Masjid Kampong Baru bersolat, berzikir, membaca Qur'an atau mendengar ceramah agama mengisi waktu waktu keemasan yang di izinkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sementara masing masing masih bernyawa?

Polis pun manusia juga. Ada tempoh hidup dan saat kematian masing masing.

Maka elok sangatlah jika pihak jawatankuasa Masjid Kampong Baru mendampingi anggota anggota polis pemakan gaji Kerajaan Malaysia membantu polis polis ini dengan mengajak mereka bersama sama menghayati ajaran Allah Azza Wa Jalla dengan bersama sama mengerjakan amal ibadat sempena kedatangan dan kehadiran ribuan anggota polis dari segenap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.

Hendak seribu daya kata orang! Maka baik benar lah pada hemat hamba anggota anggota PDRM baik yang biasa mahupun FRU, melaksanakan program Qiamul Lail sempena adanya ribuan mereka di sana?

Bawa bawa lah berzikir, mengingati Allah, Tuhan Semesta Alam dan sebaik mungkin janganlah hendaknya berlaku zalim pada rakyat marhaen yang semakin tertekan dan terasa kesempitan hidup dek angkara kezaliman makhluk yang bergelar Imam al Hadhari tersebut yang singkatan PM itu kini berubah maksud menjadi Paling Menyusahkan!

Ini kes kena sumpahan dan makian bukan beratus, bukan beribu tetapi jutaan rakyat jelata pelbagai kaum, pelbagai agama yang senada mengutuk mencela sang penaik harga segalanya!

Entah lah samada sempat bersolat taubat ke apa tetapi dari gaya dan keadaan memang jenis mangli tak lut dek nasihat atau kata hikmah, cuma menanti saat dan ketika di makbulkan hajat jutaan hati yang menadah tangan, mengadu nasib, meminta agar kehidupan penduduk bumi Malaysia ini akan mendapat pembelaan dari pemimpin yang sanggup sama berpanas, sama berembun demi hak warganegara yang sudah sekian lama hidup merana bak kata pepatah, 'Harapkan pagar; pagar mentekedarah bukan sahaja padi tetapi dengan sekam sekamnya sekali!'

Kalau bahasa orang orang dari tanah seberang, akan berbunyi ," Pak polisi! Harap bersabar! Ayuh dong berzikrullah sempena bersama sama ber Qiamul Lail dengan kami!"

Insya Allah! :)

Post a Comment