Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, June 21, 2008

Semangat Muslim Cilik Bersolat Jumaat.




Assalamualaikum semua.

Semoga anda berkeadaan sihat wal'afiat bersama anak isteri tercinta.

Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari sekelian.

Semalam, saya berkesempatan merakam video yang tertera diatas di perkarangan Masjid Saiyidina Othman, Bandar Tun Razak dimana seorang anak kecil yang begitu comel turut hadir bersolat Jumaat bersama ribuan Muslimin yang datang menunaikan kewajipan mereka.























Terhibur hati ini melihat sikecil ini sujud kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengikuti apa yang ayahnya lakukan.

















Bertuahlah si ayah yang beruntung sekali mendapat anak yang sebaik ini dan cara si anak ini diam tidak membuat kerenah semasa khutbah sedang dibacakan mahupun semasa solat.


















Selepas solat Jumaat dan solat sunat 2 raka'at ba'diyatan Juma'at, saya duduk ditikar saya menanti jama'ah beredar dan terlihat anak muda ini duduk segak serba putih, kemas bersongkok dan memakai setokinnya. Saya rakamkan pandangan ini buat tatapan semua.

Saya sempat bertanya kepada beberapa pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor tentang laporan akhbar baru baru ini berkenaan gangguan makhluk halus disekolah mereka?

Mereka menjawab sebenarnya laporan akhbar itu terlalu sensasi padahal cuma seorang sahaja pelajar perempuan yang lemah semangat terkesan dengan keadaan semangat dia.

Saya sarankan mereka membaca Ayatul Kursi selalu dan juga Surah Yassin serta Surah Surah 3 Qul semasa didalam asrama.

Mereka beredar selepas itu kerana van mereka telah siap untuk bertolak kembali ke sekolah.























Sebahagian dari jamaah yang sedang menurun tangga untuk kembali kerumah masing masing.
Post a Comment