Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, June 26, 2008

Sunnah Hari Jumaat





Assalamualaikum wahai Mukminin na wal Mukminat sekelian.

Semoga anda diberkati Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan sihat sejahtera disamping keluarga anda.

Berikut adalah beberapa Sunnah Hari Jumaat yang saya petik dari kitab kitab Hadith untuk kita amalkan bersama terutamanya Mukminin yang akan ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat esok, Insya Allah.

















Hari Jumaat tuan tuan yang mulia adalah hari dimana Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintahkan kita berkumpul di masjid masjid Allah untuk bersolat berjamaah dan mendengar akan isi khutbah yang disampaikan oleh para khatib atau imam.
  1. Persediaan untuk kita menyambut kedatangan hari Jumaat nan mulia ini haruslah dimulakan dari hari Khamis lagi. Kita hendaklah membersihkan diri kita dengan melakukan kerja kerja mengemas diri kita seperti memotong kuku tangan dan kaki, menggunting rambut, mengemaskan janggut dan misai, membuang atau mencukur bulu bulu ketiak dan ari ari kita. (Ihya Ulumuddin).
  2. Hendaklah kita menyediakan pakaian kita untuk dipakai ke masjid mulai hari Khamis sendiri. Hendaklah kita memakai pakaian kita yang terbagus sekali yang ada pada kita dan hendak lah kita memakai pakaian yang bersih, telah di basuh dan kalau boleh di seterika dengan elok, demikian adalah kerana kita akan menghadap Allah Rabbul Jalil bersama sama dengan ribuan Mukminin yang lain.
  3. Kopiah, songkok atau serban hendaklah disediakan dan dibersihkan siap siap. Pakailah yang bersih dan tidak berbau. Beruskan songkok supaya hilang debu dari baldunya. Kopiah hendaklah yang putih bersih atau warna lain tetapi jagalah kebersihannya. Begitu juga dengan kain serban yang dipilih. Hendaklah memastikan bahawa kain itu bersih dan tidak lusuh. Jika serban itu telah lusuh, maka gantikanlah ia. Sekiranya tidak mampu, memadailah memakai kopiah sahaja. Sebaiknya berserban kerana ianya satu sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dan ada banyak pahala bagi mereka yang mengamalkan sunnah ini dengan ikhlas. Insya Allah. Ianya lambang seorang Muslimin.
  4. Sebelum ke masjid hendaklah kita mandi sunat Jumaat.
  5. Gunakan miswak ataupun bersiwak. Bagi mereka yang tidak menemui kayu sugi, maka bolehlah memberus seperti biasa dan menggunakan ubat gigi. Berkumur kumur lah dengan pencuci mulut yang ada terdapat dipasaran.
  6. Gunakan minyak attar seperti haruman kasturi kerana ianya adalah Sunnah Rasulullah SAW. Boleh juga memakai minyak wangi wangian tetapi hindarkanlah dari memakai bau2an yang terlalu kuat sehingga memeningkan orang lain. Tuan tuan mesti tahu apa yang saya maksudkan?Hehehehe...kekadang, semput nafas kita dibuatnya jika orang disebelah kita memakai attar yang terlalu keras baunya. Bersederhanalah.
  7. Bila memilih pakaian untuk ke masjid, pakai lah pakaian tuan tuan yang terbaik dan sebolehnya yang berwarna putih kerana ianya lambang kesucian dan mudah dikesan jika ada sebarang kekotoran yang melekat pada nya mengelakkan kita terpakai pakaian yang tercemar najis atau sebarang benda lain.
  8. Hendaklah kita pergi awal ke masjid kerana lebih banyak pahala dicatatkan oleh para Malaikat yang menunggu dipintu pintu masjid bagi mereka yang awal. (Sahih Bukhari).
  9. Sebaik mungkin, disarankan kita berjalan ke masjid yang berdekatan. Setiap langkah ke masjid mendapat satu pahala, gugur satu dosa dan dinaikkan satu darjat .
  10. Hendaklah terus ke dalam masjid dan mencari ruang disaf saf terdepan kerana lebih banyak pahala diberikan kepada mereka yang memenuhkan saf saf didepan dan dapat mendengar isi khutbah dengan lebih baik serta terhindar dari gangguan percakapan orang orang yang kurang arif tentang keperluan Jumaat iaitu tidak bercakap semasa khatib sedang berkhutbah.
  11. Hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada isi khutbah.
  12. Apabila nama Nabi Sallalalahu Alaihi Wassallam disebut didalam khutbah, dibolehkan untuk kita membaca selawat keatas Nabi didalam hati kita sahaja (tanpa pergerakan lidah atau mulut). Ruh kita hidup dan mampu membaca selawat dari dalam jiwa kita sendiri.
  13. Diantara dua khutbah, hendaklah kita berdo'a.
  14. Hendaklah kita memberi ruang untuk saudara saudara kita masuk kedalam saf dan usah biarkan ada ruang diantara kita dan makmum yang lain. Hendaklah kita bersama sama dengan jamaah yang lain didalam saf tanpa terputus atau terasing dari jamaah.
  15. Dari hanya membawa sejadah perseorangan (bagi tempat dimana masjidnya sempit) kalau boleh, bawalah tikar lipat yang boleh memuatkan beberapa jamaah yang lain. Ada pahala yang Allah SWT akan berikan bagi mereka yang menyenangkan jamaah yang lain.
  16. Jika anda seorang peniaga atau usahawan yang membawa barang dagangan atau perkhidmatan untuk dijual atau dipromosikan kepada para jamaah, hindarilah dari mengguna pakai ruang yang disediakan untuk solat seperti dikhemah khemah tepian masjid. Contoh terbaik adalah dimasjid di tempat saya. Masjid Saiyidina Othman di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Kerapkali saya terpaksa mengangkat keluar meja meja promosi yang diletakkan oleh ejen ejen Takaful, Penulis Wasiat dan sebagainya yang menyempitkan ruang solat para jamaah. Selalunya terpinga pingalah mereka bila melihat hamba mengangkat keluar bahan bahan promosi mereka dan letakkan diluar dari ruang solat. Oleh kerana kita dilarang berkata semasa khutbah, maka bahasa isyarat sahaja pengganti nya. Saya hairan kenapa ada manusia Muslim dizaman sekarang ini masih kurang mengerti tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan didalam kawasan masjid apatah lagi mengambil ruang solat untuk menjadi medan promosi dagangan mereka?Astaghfirullah hal azhim! Ya Allah! Engkau berikanlah Taufik dan Hidayah Mu kepada golongan ini Ya Rahman!
  17. Sebaik mungkin, bila azan telah dilaungkan, maka bangunlah mengerjakan solat sunat Jumaat 2 rakaat. Pahalanya amatlah banyak berbanding solat sunat hari yang lain.
  18. Sesudah solat Jumaat, usahlah bingkas bangun hendak meninggalkan masjid kerana tidak bererti kita bersolat Jumaat tetapi tidak sabar menanti Imam membaca do'a dan bersama sama para jamaah mengaminkan do'a tersebut? Bagaikan pergi ke majlis kenduri tetapi tidak bersama sama menjamah hidangan yang disediakan oleh tuanrumah? Do'a itu adalah penyudah kepada solat. Do'a itu senjata mukmin. Jika kita terlepas mengaminkan do'a yang dibacakan Tok Imam, sama sahaja seperti kita pergi ke majlis kenduri tetapi kita ketinggalan dari sama sama menjamu selera makanan lazat yang disediakan oleh hos kita? Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi keampunan terhadap hamba hambaNya yang datang bersolat berjamaah secara total. Bilamana ada yang bingkas bangun sesudah salam dan beredar pergi tanpa mengaminkan do'a umpama orang yang keluar meninggalkan majlis sebelum diedarkan pahala dan keampunan Allah Subhanahu Wa Ta'ala? Kan rugi gitu?
  19. Sebaik mungkin, selepas do'a berjamaah tadi dan selepas bersalam salaman dengan jamaah yang lain, maka kemudian bangun lah bersolat sunat Jumaat ba'diyatan 2 rakaat dan disudahi dengan do'a peribadi memohon keampunan bagi diri sendiri, ibubapa anda (tanpa mengira samada mereka masih hidup atau sudah kembali ke Rahmat Allah), isteri dan anak anak, sanak saudara dan sesama Muslim. Mudah2an dimakbulkan Allah! Amin.
  20. Bersalam salaman dengan sebanyak mana Muslim yang anda temui didalam perjalanan pulang anda. Bawa bersabar semasa memandu keluar dari masjid jika anda memandu kenderaan atau menunggang motosikal. Bagi yang berjalan kaki, bawa bersabar dan berikan ruang bagi orang lain berlalu dahulu. Ada banyak manfa'atnya bagi mereka yang bersabar bila berada dikhalayak ramai. Semoga Allah SWT memberkati kita semua. Amin.


















Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh.
Post a Comment