Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, July 22, 2008

Ketuanan Melayu, Kesultanan Melayu, Muzakarah UMNO-PAS 2008.

Assalamualaikum semua.

Saya ingin merujuk kepada beberapa perkara seperti kerisauan orang orang UMNO tentang kehakisan 'Ketuanan Melayu' yang diperkatakan punca sebenar penganjuran muzakarah diantara Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO dengan Parti Islam seMalaysia atau PAS?

Sebelum ini sudah kerap kita dengar bahawa hanya UMNO sahaja benteng terakhir Ketuanan Melayu dan bahawasanya PAS sudah sanggup menggadaikan masa depan orang orang Melayu dengan berpakat bersama sama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang terdiri dari masyarakat majmuk negara ini.

Saya ingin bertanya?

Apakah kebanyakan dari orang orang UMNO yang cuba menggemparkan masyarakat Melayu di Malaysia dengan kejutan atau peras ugut secara senyap ini lupa akan ujudnya Kesultanan Melayu di bumi semenanjung Malaysia ini?

Negara ini diterajui oleh Kesultanan Melayu yang dimasyhurkan sebagai Raja Berperlembagaan.

Selagi berdirinya Kesultanan kesultanan Melayu di dalam negara ini selagi itulah Ketuanan Melayu tetap ujud teguh sepanjang masa.

Hanya bila tiada lagi institusi Kesultanan Melayu ditanahair ini maka ketika itu bolehlah dirisaukan bahawasanya Ketuanan orang orang Melayu memang telah luput dari mukabumi ini.

Apa tuan tuan dan puan puan rasa perkara ini akan dibiarkan berlaku begitu sahaja di Malaysia ini?

Saya rasa tidak mungkin. Insya Allah sampai Hari Kiamat, Kesultanan Melayu akan terus tertegak dibumi Malaysia ini.

Usahlah menggembar gemburkan perkara ini demi mencari sokongan PAS didalam menongkat kerapuhan kuasa politik Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (BARU) yang semakin hari semakin lemah disebabkan kemerosotan sokongan warganegara sesama bangsa yang telah muak dengan sikap sombong dan bongkak para pemimpin UMNO yang lupa diri semasa berkuasa.

Sebelum ini tidak kita dengar akan kesudian pemimpin pemimpin UMNO mahu duduk semeja berunding dengan para pemimpin PAS kerana menganggap mereka jumud dan tiada berfaedah berunding dengan mereka yang berkopiah, berserban dan berjanggut yang dituduh ketinggalan zaman dan membuang masa je.

Maka sesudah keputusan Pilihanraya Umum ke 12, Barisan Nasional tersungkur di empat negeri yang dahulunya merupakan kubu kuat BN iaitu di Pulau Pinang, Kedah Darulaman, Perak Darul Ridzuan dan Selangor Darul Ehsan.

Kelantan jangan cuba lah. Selagi adanya Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menerajui Kerajaan Negeri Kelantan, BN tak ada harapan untuk kembali berkuasa di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Maka saya membaca laporan laporan blog dan media massa akan satu keghairahan para pemimpin PAS seperti Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustapha Ali dan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Abd Khalid Abdul Samad yang dilaporkan telah bertemu dengan pucuk pimpinan UMNO selepas PRU ke 12.

Soalnya, apakah UMNO yang sekian lama ini menghina ahli ahli PAS dengan pelbagai gelaran seperti ketinggalan zaman dan sebagainya baru sekarang sedar akan keistimewaan orang orang PAS selepas kebanyakan dari pemimpin UMNO kalah didalam pilihanraya yang terkini?

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Mursyidul Am PAS YAB Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merupakan satu satunya pemimpin PAS yang keberatan menyokong muzakarah UMNO-PAS kali ini kerana masih sangsi akan ketelusan UMNO mahu merapatkan jurang dan fahaman politik diantara mereka dengan satu satunya Parti Islam terbesar dinegara ini.

Kita semua sedia maklum bahawa prinsip dan perjuangan UMNO amat berlawanan dengan apa yang diperjuangkan PAS.

UMNO memperjuangkan Assabiyah manakala PAS ingin menegakkan Daulah Islamiyah didalam negara ini dan serantau.

Bagaikan siang dan malam perbezaan perjuangan UMNO dan PAS.

Sepertimana yang kita semua tahu, UMNO selama ini tidak pernah ikhlas memperjuangkan Islam.

Undang undang Syariah yang ada didalam negara kita ini hanya undang undang yang telah disesuaikan dengan kehendak pucuk pimpinan UMNO dan tidak benar benar berteraskan apa yang di turunkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Undang undang Hudud Islam diperlekehkan oleh para pemimpin UMNO dari zaman berzaman sampai kesaat dan ketika ini.

Lihat sahaja cara pemimpin UMNO merosakkan akidah umat Islam dengan memperlecehkan Hukum Hudud Allah semasa berceramah 'agama' Islam versi UMNO iaitu cara Ummu Hadhari Datuk Mashitah?





Berbeza sungguh intipati ceramah ceramah Islam Hadhari dengan Islam yang dibawa oleh pimpinan pimpinan PAS. Berikut ini adalah jawapan Ustaz Nasaruddin Tantawi, seorang pemimpin PAS yang menjelaskan tentang kecelaruan yang dibawa oleh Ustazah Dr.Mashitah pemuka Islam Hadhari:



Ikuti pula ceramah Ustaz Akil Hayy yang juga memperbicarakan tentang fatwa fatwa karut Dr.Mashitah Ibrahim, pejuang Islam Hadhari tajaan UMNO:



Semoga anda mendapat beberapa petunjuk dan peringatan dari isi kandungan ceramah Ustaz Akil Hayy tadi. Insya Allah.

Berbalik semula kepada intipati tulisan saya berkenaan perkara perkara bersangkutan isu muzakarah UMNO-PAS yang sedang diperkatakan sekarang.

Saya tidaklah berkata bahawa tidak patut UMNO bermuzakarah dengan PAS tetapi haruslah UMNO membuang fahaman dan konsep konsep Islam Hadhari yang tidak kena dengan cara Islam sebenarnya?

UMNO hendaklah bertaubat nasuha diatas segala penyelewengan agama yang dilakukan mereka di atas tiket Islam Hadhari dan barulah PAS boleh mempertimbangkan bermuzakarah dengan mereka dengan tujuan menegakkan Kalimah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dibumi Allah ini dengan ertikata sebenar benarnya.

Undang undang Allah yang ada didalam Kitab Suci Al Qur'an Al Karim wajib dijadikan Perlembagaan Negara sepertimana dituntut Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Sekiranya UMNO benar benar sedar diri tentang perlunya perikatan ukhuwah Islamiyah sesama umat Islam dibumi Malaysia ini, maka tidak ada aral lagi bagi jamaah jamaah Islamiyah bersama sama dengan saudara saudara seagama dengan kita didalam satu perikatan kuasa orang orang Melayu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan teman teman seperjuangan mereka didalam PAS dan segala jamaah yang lain.

Yang dimusykilkan adalah apa tujuan sebenar UMNO ingin bermuzakarah dengan PAS kali ini?

Apakah kerana sudah terdesak akibat kekalahan UMNO di 4 negeri tersebut dan bahawa sudah nampak tanda tanda kejatuhan UMNO diperingkat Kerajaan Pusat pula memandangkan Pakatan Rakyat gabungan parti parti politik DAP-PKR-PAS yang terbukti disokong rakyat pelbagai kaum dan agama didalam negara kita ini?

Kekuasaan UMNO didalam Barisan Nasional boleh dikatakan sedang berada hampir hampir runtuh ditebing ketidakpercayaan parti parti komponen Barisan Nasional.

Satu persatu pimpinan parti parti komponen BN sedang mula bersuara menyatakan tidak puas hati dengan pimpinan UMNO yang terlalu sombong sekian lama ini.

SAPP telah berani membuat keputusan ingin mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.

Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu telah bersuara bahawa UMNO telah tidak adil terhadap orang orang India selama ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah menyatakan bahawa sikap pimpinan UMNO lah yang telah menyebabkan BN hilang kuasa di 4 negeri disemenanjung Malaysia yang kini diperintah Kerajaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Hari ini UMNO berkeadaan lemah dari segi sokongan rakyat Malaysia lebih lebih lagi dari orang orang UMNO sendiri yang sudah mula jelak dengan sikap dan pe'el pemimpin pemimpin UMNO.






















Bekas Presiden UMNO sendiri iaitu mantan Perdana Menteri ke4 Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertindak keluar dari UMNO selepas dr Mahathir tidak diberi ruang untuk bersuara mengkritik kepimpinan UMNO sekarang yang mencipta konsep Islam Hadhari untuk tujuan mempopularkan peribadi Datuk Seri Abdullah Badawi, Presiden UMNO sekarang yang paling dibenci oleh semua namun makhluk makhluk yang berada disekeliling PM tidak berani bersuara menyatakan yang benar demi menjaga periok nasi dan tembolok masing masing.





Maka sekarang ini UMNO seumpama berkeadaan sudah retak menanti belah. Nampak sangat bahawa rakyat Malaysia hari ini sudah muak dengan sikap UMNO dan kemungkinan besar BN akan kalah terok didalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang dan kehilangan kuasa di Kerajaan Pusat nanti.

PAS pula harus teguh bersama sama dengan Pakatan Rakyat kerna tanpa sokongan DAP dan PKR, tidak mungkin Kedah dan Perak jatuh ke Pakatan Rakyat seperti hari ini.

PAS harus berwaspada dengan niat sebenar pimpinan UMNO yang mahu bermuzakarah dengan mereka.

Jika isu Ketuanan Melayu yang menjadi pokok perbincangan utama UMNO-PAS, maka ianya tidak ada asasnya sebab selagi ujud Kesultanan Melayu, maka orang orang Melayu tetap akan menjadi Yang di Pertuan negara ini.

Apa yang mungkin UMNO lakukan adalah menyekat keruntuhan moral orang orang Islam di dalam negara ini dengan memberikan kedaulatan kepada sistem perundangan Islam di dalam negara kita ini seperti yang dituntut oleh PAS dan jamaah jamaah Islam yang lain?

Jika UMNO mahukan kerjasama PAS untuk mengembalikan kekuatan politik orang orang Melayu, maka UMNO hendaklah bersedia melakukan anjakan paradigma mereka dari berteraskan Assabiyah kepada berteraskan Islam seperti dituntut PAS?

Bangsa Melayu itu tetap tidak akan hilang dari muka bumi ini tetapi jatidiri orang orang Melayu berteraskan kepada pegangan kepada ajaran ajaran Islam yang sebenar dan bukan berkonsepkan satu bidaah seperti konsep Islam Hadhari yang dibawa Abdullah Badawi.

Kegagalan pihak UMNO bekerjasama dengan PAS didalam memperkukuhkan institusi Islam dan pelaksanaan Undang undang Shariah Allah Subhanahu Wa Ta'ala di tanahair ini disamping menjaga kepentingan dan hak hak orang orang bukan Islam di dalam Malaysia akan menjadi sebab utama UMNO gagal didalam mengekalkan kekuasaan mereka didalam tampok pemerintahan politik didalam negara ini diwaktu terdekat ini.

PAS pula perlu setia bersama sama dengan para penyokong Pakatan Rakyat disamping berpegang teguh terhadap perjuangan menegakkan Ad DeenuLaah di Malaysia ini tanpa sebarang keraguan lagi.

'Kerbau dipegang pada talinya ; manusia dipegang pada janjinya'.

Semoga perbincangan dan muzakarah UMNO-PAS kali ini tidak menjahamkan segala perjuangan PAS selama lebih 51 tahun ini dan para pemimpin PAS tidak bersikap 'mendengar guruh dilangit; air tempayan dicurahkan'.

Nasib jutaan umat Islam berada ditangan pimpinan PAS dan juga harapan harapan para penyokong PAS yang terdiri dari orang orang bukan Islam diMalaysia ini yang telah bersama sama memberi kekuatan kepada PAS bersama sama dengan DAP dan PKR.

Fikir fikirkan lah natijah sebarang silap perhitungan.

Jangan jadi seperti 'ayam terlepas ; tangan berbau tahi!'.

Kepada pimpinan PAS, satu sahaja pesanan hamba : 'Berhati hati didalam bermuzakarah.

Jangan sampai segala hasil perjuangan sekian lama ini hancur hilang lesap bagaikan embun disinar sang mentari dek kerana terlalu ghairah mendapatkan habuan peribadi masing masing kerana dijanjikan itu ini oleh pucuk pimpinan UMNO.

Semoga sentiasa beringat dan bercermat.

Insya Allah.'
Post a Comment