Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, July 27, 2008

Tahniah kerana membenarkan ahli politik berceramah didalam universiti dan kolej.














Saya merujuk kepada laporan Berita Harian dimana Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dikatakan memberi izin kepada ahli ahli politik negara memasuki kampus universiti dan kolej untuk berceramah kepada para mahasiswa.

Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Khaled Nordin kerana memberikan peluang mahasiswa negara membuka minda dan mematangkan diri untuk turut bersedia menghadapi keperluan negara mendapat lapisan pelapis ahli ahli politik yang matang dan berupaya secara akademik dan ilmiah sains politik diwaktu akan datang.

Keceluparan sesetengah ahli Parlimen dewasa ini terutama kerendahan akhlak dan mutu perbahasan yang tidak mencerminkan kelayakan mereka itu mewakili kawasan Parlimen masing masing didalam Dewan Parlimen yang sepatutnya dijaga adab dan tingkah laku selayak kedudukan Parlimen didalam pemerintahan negara ini.

Saya merujuk kepada contoh Ahli Parlimen BN Kinabatangan yang melakukan isyarat lucah didalam Persidangan Parlimen baru baru ini tetapi disangkal oleh dirinya walaupun ada bukti visual ditunjukkan didalam You Tube.

Orang orang seperangai begini berada didalam Parlimen Malaysia. Apakah tidak ada lagi manusia berperibadi mulia didalam kawasan Parlimen tersebut untuk dilantik mewakili warga pemilih disitu?

Dengan izin Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ini, maka terbukalah peluang untuk mahasiswa negara mempelajari tentang keadaan politik semasa dan memperkemaskan ilmu pengetahuan masing masing dengan kepakaran dan ketinggian akhlak sesuai dengan kedudukan penting masing masing selaku pelapis barisan ahli ahli politik negara dimasa depan.

Pemilikan ilmu akademik dan bersyarat berakhlak mulia dan bersifat moral yang tinggi wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja calon calon pilihanraya parti parti politik negara kita tanpa mengira sama ada mereka itu dari BN atau pun Pakatan Rakyat?

Harus disyaratkan bahawa ahli ahli politik yang hendak diizinkan masuk berceramah kedalam kampus kampus menara gading negara kita ini ditapis terlebih dahulu oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi parti masing masing akan kelayakan mereka masuk berceramah kepada para mahasiswa dan isi serta cara program ceramah itu dijalankan supaya tidak mengandungi unsur unsur fitnah, lucah atau penyelewengan akidah atau fakta agama, sosial dan siasah semasa.

Hasil pendedahan kepada ilmu sains politik yang sihat dan berhemah tinggi akan memberikan negara kita barisan pelapis ahli ahli politik masa hadapan yang berwibawa dan berakhlak mulia sesuai dengan keperluan siasah negara.

Perlu diterapkan nilai nilai agama yang bersih dan suci dari sifat dan kecenderungan menggunakan sebarang langkah yang tercemar didalam pendidikan siasah mahasiswa kita.

Cuma saya risau akan kemasukan anasir anasir ekstrem yang berniat jahat mencetuskan perbalahan bangsa, agama dan siasah mengambil kesempatan mengusutkan lagi keadaan dan suasana politik semasa.

Jika pihak universiti dan kolej boleh memantau secara tegas dan saksama kemasukan ahli ahli politik baik dari BN atau PR, maka ada harapan para siswazah negara akan keluar dari kampus dengan berbekalkan ilmu sains politik yang lebih hebat dari sekarang dan berkemungkinan menaikkan nama baik dan jatidiri ahli ahli politik negara pada masa akan datang.



















Kealpaan pihak universiti dan kolej sebaliknya akan memusnahkan harapan Menteri Pengajian Tinggi sekarang dan cita cita warganegara kita yang menyokong usul murni Datuk Seri Khaled Nordin.

Semoga semua parti politik menggunakan kesempatan terbaik ini untuk menghasilkan wakil wakil terbaik untuk memainkan peranan mereka didalam pembentukan negara Malaysia yang lebih cemerlang didalam ertikata sebenarnya dan tidak terhad kepada retorik kosong yang berslogan 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang' seperti yang sedia ada.

Negara kita memerlukan pemimpin berdaya saing hebat dan dinamik serta mampu menerajui pembangunan negara ini ke tahap yang lebih baik dalam segala segi bukan cuma menjadi jagoan kampongan yang tergadai bumi bertuah ini sepulau demi sepulau dan akhirnya hilang tanahair sendiri akibat terlalu kuat berpolitik murahan seperti sekarang ini.
Post a Comment