Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, July 31, 2008

Tajol Rosli - Kes Burung Terbang dipipiskan lada!

Saya merujuk kepada tawaran bekas Menteri Besar Perak dari UMNO Datuk Seri Tajol Rosli yang beriya benar menawarkan jawatan Menteri Besar Perak kepada PAS yang sudah pun memegang jawatan Menteri Besar tersebut didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ini kes angauan Mat Jenin ke apa atau mengigau di siang hari?

Pertama sekalinya UMNO di Perak sudah sah menjadi pembangkang dan yang memerintah Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan hari ini memang sudah sah lagi berangkat sumpah Datuk Seri Ir.Muhamad Nizar dari PAS dengan dibantu oleh exco exco dari Kerajaan Pakatan Rakyat!

Apake jadahnya yang Tajol Rosli dok beriya iya hendak berbincang dengan PAS lagi dan hendak menawarkan jawatan MB kepada PAS yang memang dah pegang pun jwatan tersebut?

Ini kena penyakit gila talak politik ke?

Hai lah badan...macam macam fe'el dah melanda puak puak UMNO Perak ni!

Kena sampok dek makhluk halus Bukit Seguntang ke apa atau ada jin dari kawasan Tol Jelapang yang berpuaka itu dah meresap masuk tubuh Datuk Seri Tajol tu?

Cuba bawa bawa mengucap sikit. Nak kena mandi air bunga ke apa Syeikh? Kesian benar teman melihatnya.

Ish..ish..ish..ish..gini rupenye keadaan orang kemaruk kuasa ye?

Sudah sudah lah tu PAS dan UMNO. Mike berdua molek le bawa beringat. Yang satu berjuang untuk menegakkan Syariat Allah. Yang satu lagi Syariat Setan @ Assabiyah.

Sampai Kiamat takkan boleh bersatu punye.

Hentikan lah wei!

Biarlah Pakatan Rakyat memerintah dengan tenang dan selesa.

Puak puak UMNO moleklah belajar membangkang secara baik. Mudah2an ada faedahnya.
Post a Comment