Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, July 24, 2008

UMNO - PAS Muzakarah - Wawancara Bantahan Suara Ummah

Assalamualaikum tuan tuan dan puan puan sekelian.

Tajuk artikel pagi ini adalah berhubung dengan perkara muzakarah diantara UMNO dan PAS yang sedang hangat diperkatakan diseluruh negara.

Baik dari Dewan Parlimen sehingga ke warung warung kopi tepian jalan, sebilangan besar anggota masyarakat negara Malaysia ini sibuk membicarakan akan baik buruknya muzakarah yang dicadangkan ini.

















Pagi tadi, saya berkesempatan singgah bersarapan di Warung Amin, Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, 56000, Kuala Lumpur dimana saya bertemu dengan sebilangan kenalan dan kawan kawan disana.

















Antara yang hadir di pagi tadi adalah seorang yang senegeri dengan saya iaitu Pak Din, seorang Pengamal Perubatan Melayu Tradisional dari Pulau Pinang. Pak Din ini adalah orang Balik Pulau. Saya orang Jelutong Timur.

Pak Din adalah seorang pengamal perubatan tradisional dan memang terkenal di Bandar Tun Razak sebagai seorang lama yang mempunyai pandangan yang tuntas didalam membicarakan sebarang perkara.

Biasalah, orang lama sepertinya tidak gentar membicarakan apa apa perkara yang melibatkan nasib Ummah dan negara terutamanya yang melibatkan UMNO dan PAS. Mesti bersambut kata orang!

Maka sesudah bersarapan, untuk mendapat bahan blog pagi ini, saya membuka tajuk perbincangan semasa dengan mengajak Pak Din untuk bercakap tentang perkara muzakarah diantara UMNO dengan PAS di Dewan Persidangan Rakyat semasa. Hehehehe...

Tak payah beriya iya nak bergelar YB baru nak bersembang politik, ini Shoutul Ummah. Setiap insan bergelar rakyat boleh sahaja menyuarakan pendapat dan pandangan masing masing, Insya Allah!

Ikutilah pandangan Pak Din didalam wawancara saya dengan beliau dan juga seorang penduduk tempatan Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, tempat kami iaitu Saudara Zahlan bin Azim dimana mereka berharap supaya UMNO kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dan meninggalkan perjuangan berasaskan Assabiyah sebelum duduk bermuzakarah dengan PAS.

















Iyelah, media massa perdana cuma asyik bertanyakan pendapat dan pandangan pembesar yang berkepentingan sahaja, maka saya fikir baik juga kita dengar pendapat orang awam, mereka yang berhadapan dengan natijah keputusan pucuk pimpinan parti parti politik yang sedang heboh berbincang perkara ini.



Didalam keadaan sekarang dimana orang ramai terutamanya mereka yang telah mengundi Pakatan Rakyat merasa gusar dengan taktik UMNO menggunakan tiket muzakarah dengan PAS untuk menghancurkan Gagasan Pakatan Rakyat yang baru berusia 5 bulan.

Pakatan Rakyat berjaya memerintah 5 buah negeri di Semenanjung ini disebabkan masyarakat Malaysia dari pelbagai keturunan nekad memberikan undi mereka kepada parti parti komponen Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PKR dan PAS.

Ditempat saya sendiri, Bandar Tun Razak, calon BN iaitu seorang Cina MCA, Datuk Tan Chai Ho gagal dipilih oleh orang orang Cina yang sedikit sebanyak ada menerima perkhidmatan dari Datuk Tan melalui Pusat Khidmat nya di Jalan Ikan Emas.

Namun kemarahan orang orang Cina, Melayu dan India kepada BN ditunjukkan kuasa rakyat didalam pilihanraya kali ini dengan orang orang Cina memangkah calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim, walaupun beliau pernah tersasul menyuruh rakyat mengundi BN didalam Pilihanraya Kecil DUN Ijok dipilihanraya kecil tersebut!

Di kebanyakan kawasan dimana PAS bertanding, orang orang Cina, telah memangkah Parti Islam seMalaysia walaupun ada usaha usaha dari pihak pihak chauvinis Cina mengapi apikan sentimen rakyat bukan Melayu supaya tidak mengundi lambang bulan kerana dimomokkan dengan ancaman Hukum Hudud sekiranya PAS diberi kuasa memerintah negeri atau negara nanti?

Nah, kini PAS sudah bersama sama meraih kejayaan didalam negeri negeri Pulau Pinang, Kedah Darul Aman, Perak Darul Ridzuan dan Selangor Darul Ehsan serta berjaya mempertahankan Kelantan Darul Naim.

Mahu tidak mahu PAS wajib memegang amanah para pengundi Malaysia yang memangkah lambang bulan walaupun mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu sekian lama ini ditakutkan oleh UMNO dan BN bahawa sekiranya PAS memerintah kerajaan pusat, maka ramai lah rakyat Malaysia yang akan kudung kaki dan tangan mereka kerana PAS akan melaksanakan Hukum Hudud!

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ustazah Mashitah Ibrahim seringkali mengeluarkan ancaman potong tangan ini didalam mana mana sesi ceramah politik bermotifkan agama dimana beliau sendiri mengaku terpaksa membayar duit kepada para hadirin untuk melaksanakan program program ceramah anjuran UMNO dan Kerajaan BN.

Namun, masyarakat Malaysia hari ini sudah agak dewasa dan tidak mudah diperbodohkan lagi melalui peras ugut emosional dan permainan memanipulasi sentimen agama dan bangsa!

Walaupun cerita sebenar tentang sebab musabab UMNO beriya iya benar sangat hendak menjalinkan hubungan politik bersama PAS, pengkhianatan UMNO terhadap PAS dizaman Datuk Asri tidak mungkin dilupakan oleh mereka yang masih waras dan mempunyai akal yang sihat didalam mempertimbangkan perkara UMNO hendak bermuzakarah dengan mereka selama ini.

Tulang Besi menulis tentang senario politik negara ini sekiranya memang sahih perancangan UMNO ingin menjalin kerjasama politik dengan UMNO!

Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat merupakan satu satunya pemimpin dan pemerintah Kerajaan PAS Kelantan yang tetap tidak berganjak dari keputusan Tuan Guru untuk tidak melayan kerenah UMNO didalam ajakan bermuzakarah kali ini kerana sudah serik dengan permainan politik UMNO sejak zaman Datuk Asri dahulu?





Mufti Perlis Sahibul Samahah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin pernah menyuarakan hasrat beliau bahawa perlu diadakan satu perjumpaan muzakarah diantara para pemimpin Melayu Muslim seperti YAB Datuk Seri Abdullah Badawi, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sekarang, YAB Datuk Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim, Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri ke 4 Malaysia dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Nasional.





Soalnya, mahukah pemimpin pemimpin ini mengenepikan ego masing masing demi mencari jalan keluar bagi mengatasi kemelut politik orang orang Melayu secara adil dan saksama?

Bagi pendapat saya, selagi UMNO tidak keluar dari landasan politik berasaskan kebangsaan iaitu semangat Assabiyah, ianya sudah pasti bertentangan dengan perjuangan PAS yang bermatlamat mendirikan Daulah Islamiyah dimuka bumi tanahair kita, maka sampai Kiamat lah UMNO dan PAS akan bertelagah diantara satu sama lain selama lamanya.

Tuan Guru Datuk Hj Nik Aziz tidak mahu PAS disengat untuk kali kedua dari lubang yang sama sepertimana peringatan Nabi SAW.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula masih dituduh Tun Dr Mahathir sebagai pesalah seks luar tabi'i dan tidak pernah menarik balik tuduhan salah laku seks keaatas diri Datuk Seri Anwar sampai ke saat ini.

Datuk Seri Anwar pada hari ini masih terus dituduh menjadi peliwat tegar oleh seorang pemuda yang sebelum ini didapati amat besar cita cita dan harapan politik beliau serta gemar bergambar dengan para menteri BN!

Hakikatnya semua ini merupakan satu tuduhan bermotif konspirasi politik dan bertujuan menjahanamkan peluang Datuk Seri Anwar untuk membuat kejutan politik dengan menumbangkan Kerajaan BN menjelang Bulan September kelak.

Suara Ummah kali ini berkesimpulan bahawa muzakarah UMNO-PAS tidak perlu dan cuma membuang masa sahaja selagi UMNO tidak mahu berubah demi kesejahteraan Umat Islam dan Keadilan Sejagat.

Apa pendapat tuan tuan dan puan puan pulak?
Post a Comment