Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, August 20, 2008

Akhlak akhlak terpuji penyokong BN di Permatang Pauh?

Soalan soalan mudah kepada pimpinan UMNO dan BN Malaysia.

Apakah ini contoh akhlak akhlak terpuji pimpinan UMNO Malaysia bilamana mata mereka buta, telinga mereka pekak dan otak mereka kaku terhadap cara yang teramat kurang ajar dihari penamaan calon Pilihanraya Kecil P44 Parlimen Permatang Pauh pada 16hb Ogos 2008 yang lalu?

Apakah anggota FRU dikiri gambar ini kena penyakit ' See No Evil, Hear No Evil dan Speak No Evil' ketika peristiwa biadap ini?

Kenapa Abdullah Badawi dan Najib tak sentuh perkara ini?

Kenapa TV3 tak highlight perkara kurang ajar ini setiap 5 minit atau ikut suka pengarah stesen tv yang paling kuat serang Pakatan Rakyat selama ini?

Kenapa gambar yang sudah terang lagi bersuluh tentang sikap dan fe'el paling haprak ahli ahli atau penyokong UMNO ini tidak dicetak dimuka hadapan media massa negara ini?

































Saya merujuk pula kepada peristiwa serangan ke atas petugas media pada hari yang sama.

Jelas didalam gambar di atas ada anggota polis yang berada ditempat kejadian! Apakah yang menyebabkan dia tidak menahan terus penyerang penyerang itu pada masa kejadian?

Apakah agenda di Permatang Pauh adalah seperti yang saya dan berjuta juta rakyat Malaysia yang lain betul bilamana kami mengandaikan bahawa pilihanraya kecil P44 Parlimen Permatang Pauh semasa musim berkempen ini akan dicatatkan sebagai pilihanraya kecil yang paling kotor didalam sejarah negara?












Berbudi bahasa sopan santun dan berakhlak mulia ke makhluk makhluk bertudung merah jambu ini bila mereka turut berperangai sejelek jelek begitu di hari penamaan calon di sana?

Kalau beginilah perangai ahli ahli UMNO pimpinan Abdullah Badawi dan Najib, tak payah lah dok berdrama swasta disetiap siaran berita terkini dan prima sebab kami rakyat Malaysia dah mangli dengan sikap munafik kalian semua!

Kepada pengundi P44, lakukan apa yang tuan tuan dan puan puan mahukan demi masadepan rakyat marhaen Permatang Pauh!

Kepada puak puak pelakon pelakon pentas tak bermoral yang terserlah diatas, lakonan kalian semua tak berjaya!

Zaman sekarang zaman internet. Dah tak laku dah semua sandiwara politik ini.

Toksah dok mimpi le bahawa rakyat Malaysia masih nak boleh di kelentong macam dulu dulu!

Pakai Arab pun kami dah kenai lah syeikh!























Bak kata Tuan Guru Nik Aziz,' Guna lah otak sedikit!'

Jaga akhlak! Jangan dok menyalak dan menyelak!!! Hai lah manusia! Usah berperangai macam berok mak yeh!

Malu lah pada Tuhan!!! Hish! Apa kejadahnya yop?

Bawa bawalah mengucap sikit! Takut mati dalam keadaan tengah menghina orang!

Buruk padahnya!
Post a Comment