Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, August 08, 2008

Demonstrasi Membantah Forum Majlis Peguam Malaysia.

























Klik pada notis untuk melihat paparan lebih besar!


Assalamualaikum Tuan Tuan & Puan Puan Umat Islam Sekelian.

Pagi tadi, saya menerima panggilan telefon dari peguam dan rakan saya, Saudara Zulkifli Noordin memaklumkan saya tentang satu demonstrasi membantah tindakan Majlis Peguam Malaysia @ Malaysian Bar Council yang bercadang mengadakan satu forum pada malam esok yang menyentuh ' Memeluk Islam'.

Protes yang dijadualkan bermula jam 8.30 pagi esok (9hb Ogos 2008) dijangka akan dihadiri oleh ribuan umat Islam dari seluruh kawasan ibunegara dan juga dari negeri Selangor serta lain lain negeri berhampiran.

Protes ini dijadualkan akan berlangsung dihadapan premis ibupejabat Majlis Peguam Malaysia di No.13.15 dan 17, Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur. Saya difahamkan bahawa pejabat Majlis Peguam Malaysia ini berdekatan dengan Pasar Sentral @ Pasar Seni.

Majlis Peguam Malaysia nampaknya terus berdegil akan meneruskan juga Forum yang mempertikaikan kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara ini dan juga mencabar Artikel 121(1A) yang tertera didalam Perlembagaan Persekutuan!!!

Berikut adalah KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

BERHUBUNG FORUM "MEMELUK ISLAM"

Pergerakan Pemuda UMNO memberi amaran dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Majlis Peguam "bermain api perbalahan" dengan menganjurkan forum berkenaan sentimen agama Islam.


Jangan bermain api! Jangan sesekali menyentuh sentimen agama dan perkauman! Mengapakah Majlis Peguam kini sering bermain api perbalahan seumpama menjadi alat dalang kuasa asing yang mahu negara ini huru-hara dan mereka yang sentiasa mengintai peluang mencampuri urusan dalaman negara?

Sebelum ini Majlis Peguam menganjurkan Forum Kontrak Sosial yang juga mula membarakan api kemarahan orang Melayu dan mencetuskan keraguan kaum lain.


Majlis Peguam sebagai badan golongan profesional dan terpelajar sewajarnya lebih berpandangan jauh dan tidak mudah termakan umpan mana-mana pihak yang mahu melihat Malaysia huru-hara dan runtuh.


Sebagai golongan yang banyak mempelajari sejarah tanahair dan dunia, golongan ini sewajarnya lebih mencintai negara, patriotik dan sedar mengenai sebarang sentimen yang boleh membawa padah kepada kepentingan bersama.

Tiada gunanya mengadakan forum atas dasar intelektual, profesional atau kontroversi sedangkan kepentingan umum iaitu ketenteraman, keharmonian, keamanan dan kestabilan negara menjadi korbannya.


Walau di atas alasan apa sekali pun, forum itu memprovokasi kesabaran masyarakat Melayu dan mengundang keresahan serta ketidaktenteraman awam, khususnya orang Islam.

Tindakan Majlis Peguam sama sahaja pendekatan dan kesannya dengan usaha segelintir pihak yang suka mengganggu ketenteraman awam menerusi kenyataan sensitif, forum, penerbitan, laman web dan demontrasi jalanan.

Hal ini menunjukkan anasir luar sudah menyusup masuk untuk menggugat kestabilan dan keamanan negara.


Justeru, Pemuda UMNO mendesak langkah-langkah pencegahan dilaksanakan oleh pihak berkuasa sebelum keadaan bertambah buruk dan menjadi parah.

Dato' Pirdaus Ismail

Exco Pergerakan Pemuda UMNO
Kuala Lumpur, Malaysia.
Khamis, 7 Ogos 2008

Berikut pula laporan HarakahDaily.Net yang menyentuh perkara yang sama:

Demo bantah Majlis Peguam jam 8 pagi esok
Nyza Ayob
Fri | Aug 08, 08 | 4:11:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Pelbagai pihak mendesak penganjuran forum awam bertajuk 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam yang akan diadakan di Auditorium Majlis Peguam esok dihentikan.

Sehubungan itu, umat Islam yang pritahin untuk mempertahankan kesucian Islam diajak beramai-ramai membuat bantahan secara aman terhadap Majlis Peguam mulai jam 8 pagi esok.

Koordinator Majlis Bertindak Mempertahankan Akidah dan Syariah Islam, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya forum mengenai isu Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal memeluk Islam dan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu.

Dalam kenyataan yang dipersetujui 18 Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu, beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyatakan forum anjuran Jawatankuasa Undang-undang Keluarga Majlis Peguam itu menunjukkan Majlis Peguam cuba untuk memprovokasi masyarakat Islam.

Tegasnya, provokasi yang tidak perlu itu akan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana Majlis Peguam bukan pihak yang layak untuk membahaskan hal ehwal Islam.

"Kami mengingatkan agar Majlis Peguam jangan cuba bermain dengan api. Isu hal ehwal Islam adalah isu sangat sensitif kepada umat Islam.

"Tindakan ini jelas cuba menghidupkan semula usaha terdahulu yang dilakukan oleh beberapa kelompok dari Majlis Peguam bagi menubuhkan IFC dan kemudian diikuti pula oleh satu lagi usaha dari kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai Kumpulan Artikel 11,"katanya.

Tambahnya, usaha tersebut telah mendapat bantahan sebahagian besar masyarakat Islam dan dari pihak berkuasa sendiri.

Katanya, edaran surat jemputan mengenai pengenalan kepada forum tersebut jelas menunjukkan tujuan Majlis Peguam menganjurkan program tersebut adalah untuk mempersoalkan dan mencabar bidangkuasa Mahkamah Syariah yang termaktub dalam Artikel 121 (1A), yang mana Kes Subashini dan Shamala dijadikan asas untuk perbahasan ini diadakan.

"Kami menegaskan bahawa Majlis Peguam tidak ada hak untuk memandai-mandai dan cuba membahaskan hal yang berkaitan dengan undang-undang Islam secara terbuka.

"Kami mendesak supaya forum ini dihentikan oleh pihak berkuasa kerana ia boleh membawa kepada kemarahan masyarakat Islam yang tidak mahu undang-undang Islam dicabar oleh mana-mana pihak,"katanya yang mempersoalkan kenapa Majlis Peguam mahu mencampuri urusan yang bukan bidang kuasanya?

Mohamad Azmi menegaskan sebagai sebuah badan statutori sepatutnya menumpukan perhatian kepada memperkemaskan profesionalisme para peguam yang masih tidak diuruskan dengan sempurna.

Katanya, sebarang perbahasan yang berkaitan dengan urusan Islam hendaklah diutarakan kepada saluran khas.

Sehubungan itu katanya, Majlis Bertindak Mempertahankan Akidah dan Syariah Islam mencadangkan pihak kerajaan menubuhkan saluran khas ini supaya sebarang pandangan yang berkaitan dengan hal ehwal Islam didengari oleh mereka yang pakar dalam ilmu agama Islam .

Saluran khas tersebut katanya bertujuan untuk mengelakkan urusan Islam dibahaskan secara terbuka dan menimbulkan kekeliruan yang tidak perlu dikalangan masyarakat.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Roslan Mohd Nor juga berpandangan sebarang perbahasan mengenai hukum-hukum Islam, perundangan, sistem dan hak-hak orang-orang Islam yang terkandung dalam perlembagaan tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti akan mengakibatkan kekeliruan dan salah faham terhadap Islam.

"Tindakan berkenaan adalah suatu usaha yang terancang yang disusun oleh pihak tertentu untuk secara berterusan mempertikaikan hak-hak yang terkandung dalam perlembagaan terhadap Islam.

"Kami memberi amaran kepada Majlis Peguam agar menghentikan segera penganjuran forum berkenaan atau menghadapi tindakan penentangan serius umat Islam di negara ini," katanya.

Sementara itu Pengerusi Badan Bertindak Anti Murtad (FORKAD), Ustaz Riduan Mohamad Nor turut sama menggesa umat Islam menghentikan keangkuhan golongan anti Islam di sebalik program Majlis Peguam.

Katanya, hak agama Islam yang harus diutamakan dan kontrak sosial tidak seharusnya dipertikaikan mana-mana pihak.

"Justeru kami mahu perbincangan terbuka persoalan yang sensitif ini dihentikan segera.

"Majlis Peguam angkuh kerana enggan mendengar nasihat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta forum tersebut dihentikan," tegasnya.

~@~@~@~@~@~


















Saya telah bertemu Mufti Kerajaan Negeri Perak, Sahibus Samahah, Datuk Seri Haji Harussani Zakaria dihadapan Masjid Jamek Kampong Baru sesudah menunaikan Solat Jumaat tengahari tadi dan selepas bersalam salaman dengan beliau, telah mengajukan pertanyaan saya tentang apa kah pendapat dan pandangan Dato Mufti Perak tentang tindakan Majlis Peguam Malaysia menganjur forum yang menyentuh kedudukan Agama Islam sebagai Agama Resmi Negara Malaysia dan bidang kuasa Mahkamah Syariah didalam membicarakan kes kes yang melibatkan pemeluk Islam yang kemudian bertindak memurtadkan diri keluar dari agama Islam seperti kes Subashini dan Shamala?

Saya akan memuat naik video wawancara saya dengan Datuk Mufti sebelah malam nanti sesudah selesai kerja kerja memproses nya. Insya Allah.

Sementara itu saudara saudari dipelawa singgah di blog peguam saya Zulkifli Noordin yang membicarakan perkara berkenaan cubaan menghina kedudukan Agama Islam ditanahair kita ini!

Peguam Zulkifli telah meminta saya menerbitkan tulisannya disini untuk memudahkan tuan tuan dan puan puan membacanya.







Islam di Hina

08 August 2008

Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam & bangsa Melayu.

Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy.

Tindakan Gereja Fatima Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala.

Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia.

Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia.

Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu.

Kebiadapan mereka khususnya Majlis Peguam makin ketara bila mereka berkeras mahu menganjurkan Seminar Masuk Islam dengan fokus kepada mempertikaikan Artikel 121A yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani telah membuat keputusan bahawa persoalan murtad dan convert adalah dibawah bidangkuasa mutlak Mahkamah Syariah.

Malahan Mahkamah Persekutuan memperjelaskan bahawa persoalan murtad/convert hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah mengikut undang-undang Islam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dibuat setelah menafsir Artikel 121A dan Artikel 11 Perlembagaan. Malahan kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam diberi peluang sepenuhnya untuk mengemukakan hujah.

Tindak-tanduk Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Sebagai badan Peguam, sepatutnya mereka lebih arif menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan. Mempertikaikan keputusan Mahkamah bererti menghina Mahkamah.

Saya melihat tindakan Majlis Peguam memperkudakan kes Shamala & Subashini sebagai bahan seminar adalah jalan pintu belakang untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah. Lebih serius daripada itu, tindakan mengadakan seminar ini jelas menghina Islam.

Saya menyeru pembentang kertas kerja beragama Islam supaya menarik diri daripada menyertai seminar tersebut.

Saya juga meminta para peguam Muslim supaya kita segera membuka mata mempertahankan Islam.

Mungkin sudah tiba masanya kita peguam Islam berusaha mengambil alih Majlis Peguam. Bulan Oktober ini adalah bulan pemilihan ahli Majlis Peguam.

Kita harus mengatur strategi yang jelas. Saya cabar peguam-peguam Islam supaya menyatakan pendirian kita dengan jelas.

Saya juga memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam.

Kesabaran umat Islam ada batasnya. Kamu mungkin melihat umat Islam di Malaysia ini kelihatannya lemah.

Mungkin kamu sedang mengambil kesempatan melihat kedudukan umat Islam yang kelihatannya lemah akibat percakaran politik sesama kami.

Tetapi ingatlah disana ada umat Islam yang sedang memerhati gelagat kamu. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kamu sekiranya kamu terus-menerus dengan sikap provokatif kamu.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya bersatulah kita di atas tali ALLAH. Ketepikan sentimen politik sempit dan rakus. Pertahankan maruah agama kita.

Dan marilah kita buktikan kesatuan ummah kita dengan turun dalam Himpunan Umat di hadapan bangunan Majlis Peguam pada pagi Sabtu 9 Ogos di Lebuh Pasar Besar, KL (sebelah Pasar Seni/Bank Pertanian).

Mari kita adakan perhimpunan aman dihadapan Majlis Peguam sekiranya mereka berkeras mahu meneruskan seminar biadap tersebut.

Let us be counted by ALLAH. Islam is under attack..Islam needs you..buktikan kecintaan kita kepada Islam. Turun ramai-ramai pada masa & tarikh yang disebut diatas.

ALLAHU AKBAR!!!
Post a Comment