Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, August 03, 2008

Imam Hadhari Jahil Hukum Hakam Agama - Setuju?



















Saya merujuk kepada laporan akhbar Harakah Daily tentang pandangan Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin yang mengulas perbuatan Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang melakukan kerja kerja khurafat di majlis upacara Peringatan Hari Pahlawan di Tugu Negara, Kuala Lumpur.

Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari rakyat seagama Islam nan suci kita ini,

Didalam negara Malaysia ini, hanya seorang sahaja Mufti Negeri yang mempunyai semangat keberanian menegur para pemerintah yang lalai dan ternyata jahil didalam soal soal halal haram agama kita ini.

Ianya tidak lain dari Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.















Mufti Negeri Perlis iaitu Sahibus Samahah Dr. Mohd Asri telah menyatakan perkara yang hak bila beliau mengulas kemungkaran Abdullah Badawi selaku manusia yang mengaku memperkenalkan konsep Islam Hadhari kepada sistem pemerintahan negara ini terbukti teramat jahil didalam bab agama Islam yang sebenar.

"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Petikan kata kata Mufti Perlis dari Harakah Daily.Net.

Perbuatan Abdullah Badawi meletakkan kalungan bunga dihadapan Tugu Negara dan tunduk bertafakur didepan patung patung kaku itu membuktikan bahawa negara ini sedang diperintah oleh seorang yang jahil agama dan tidak layak dijadikan imam.















Diamnya sekelian para ulamak dan ilmuan Islam terhadap perbuatan mungkar Abdullah Badawi yang amat jahil ini membuatkan mereka semua turut bersubahat didalam kerja kerja mungkar di bumi Allah ini.

Tuan Tuan dan Puan Puan,

Didalam kita hidup sebagai orang orang Islam, wajib kita mengikuti Suruhan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan menjauhi larangan larangan Allah serta berani menyatakan perkara yang benar terhadap para penguasa yang melakukan perkara perkara khurafat serta bida'ah seperti di atas.

Sia sia lah hidup kita jika kita turut membisu, mendiamkan kemungkaran didepan mata dan takut kepada manusia yang sama seperti kita.

Ajal maut ditangan Tuhan dan manusia yang berkuasa sementara ini akan mati jua bila ajalnya tiba.

Segala pangkat, kedudukan dan kuasa yang sedang berada ditangan manusia jahil seperti Abdullah Badawi akan hilang lenyap bila Takdir Allah tiba.

Jagalah iman, amal dan akidah kita dari dicemari manusia manusia yang buta mata, buta hati dan buta agama.

Sesungguhnya Islam itu maha suci namun manusia yang mempergunakan agama untuk menipu rakyat tak akan selamat dimuka bumi ini kerana kebenaran Islam itu pasti terserlah jua.

Semoga usaha murni Mufti Perlis didalam menyatakan yang hak mendapat ganjaran dari Allah, Tuhan Semesta Alam.

Berhati hati dengan ajaran sesat Imam Hadhari ini kerana ada kemungkinan selepas ini entah patung dan tugu mana pulak nak dihormati As Syeikh Abdullah Badawi, Mamanda Menteri Kerajaan BN ini?

Silap haribulan sama secalit dengan yang sewaktu dengan nya?

Na'uzubillahimin zalik!
Post a Comment