Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 08, 2008

BLOG RTM 1 bersama MAHAGURU58



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari sekelian.


Alhamdulillah, telah selesai sesi wawancara RTM TV1 bersama saya semalam, 7hb Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan dengan 7hb September, 2008, jam 8.40 malam.


Secara peribadi, saya merasakan bahawa penulis penulis blog Muslim ditanahair perlu diberikan ruang didalam media perdana terutamanya media televisyen sebab siaran televisyen terpancar ke seluruh negara dan mesej penulis blog muslim dapat sampai ke sebahagian besar rakyat Malaysia dan juga ke sempadan negara negara jiran.


Rancangan BLOG di RTM TV1 ini memang baik dan tepat pada waktu ini kerana tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan terhadap para bloggers secara amnya oleh mereka yang didalam kerajaan BN kekadang terlalu jauh dari kebenaran!


Walaupun cuma 20 minit sahaja 'airtime' diperuntukkan oleh RTM yang dibawah kelolaan Kementerian Penerangan Malaysia sekarang (Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek) ; namun bagi saya ianya sudah cukup bagus kerana telah memberi ruang yang amat bermakna kepada blogger seperti saya untuk menyatakan yang hak dan menyangkal yang batil, baik dari pihak Kerajaan BN atau sesiapa sahaja?


Dizaman kementerian Datuk Kadir Shaikh Fadzir dan pengganti beliau, Datuk Zainuddin Maidin, ruang untuk penyiaran pendapat penulis bebas seperti bloggers sekarang disekat langsung dan tidak ada rancangan rancangan seperti program BLOG ini di RTM!


Walaupun ramai yang menghentam Menteri Penerangan Kerajaan BN sekarang

iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek diatas pelbagai perkara; kita harus juga berterimakasih kepada beliau kerana sudi keluar dari kepompong ketaksuban total terhadap prinsip BN untuk tidak memberi ruang penyiaran media perdana kepada pihak pembangkang dan bloggers sekian lama ini?


Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shabery Cheek tentang kenaikan harga minyak sebelum ini adalah satu peristiwa bersejarah yang tidak pernah pernah dibenarkan oleh Menteri menteri Penerangan sebelum ini!


Debat diantara para pemimpin BN dan pembangkang sebelum ini kelolaan Datuk Johan Jaafar didalam RTM sebelum ini selalunya dikawal sedemikian rupa dimana seorang ahli politik pembangkang akan diganyang oleh dua tiga ahli politik BN tanpa memberi ruang yang cukup untuk pemimpin pembangkang menyampaikan hujah mereka dengan selesa!


Begitu juga terjadi didalam pelbagai forum forum yang disiarkan didalam RTM sebelum ini.

Namun dibawah kementerian Datuk Ahmad Shabery Cheek, ada perubahan dasar di RTM dimana konsep debat satu lawan satu ala Amerika diberi ruang untuk siaran di RTM!


Ini adalah satu langkah yang baik dari Menteri Penerangan sekarang.


Syabas Datuk!


Kita tidak perlu setuju 100% dengan pegangan beliau selaku ahli politik dan pemimpin BN tetapi penghargaan terhadap kesudian beliau membuka lapangan untuk kita yang tidak setuju dengan cara pemerintah sekarang tetap perlu kita nyatakan sebagai orang orang yang beriman dan tahu makna pepatah Melayu Lama 'Orang berbudi; kita berbahasa!'.


Siaran langsung perbahasan di Parlimen juga memberi kita peluang untuk melihat sendiri keadaan didalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara walaupun hanya selama 30 minit.


Perubahan perubahan dasar sebegini perlu kita hargai dan ianya berpunca dari latar belakang politik Menteri Penerangan sekarang yang dahulunya pernah bersama sama dengan Parti Semangat 46.


Tidak akan hilang terus semangat perjuangan menentang kemungkaran BN didalam jatidiri Datuk Ahmad Shabery Cheek menentang doktrin BN yang melangkaui 51 tahun ini?


Mungkin demi keadaan semasa dan 'survival politik' beliau terpaksa menggadaikan prinsip dan kembali ke dalam UMNO untuk meneruskan karier politik beliau tetapi saya yakin jika sampai saat dan ketikanya dimana BN berkubur, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan mengikuti ertikata 'Bagai sireh pulang ke gagang!'.


Jika kita lihat kebanyakan ahli ahli politik PKR didalam Pakatan Rakyat, hampir keseluruhan dari mereka terdiri dari bekas bekas ahli politik UMNO termasuk Penasihat PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar bin Ibrahim!


Berbalik semula kepada rancangan 'BLOG' di RTM 1, saya ucapkan ribuan terimakasih kepada Tuan Hassyim Abu Hanifah selaku Penerbit Rancangan 'BLOG' kerana sudi menjemput saya menjadi tetamu beliau semalam.


Walaupun beliau kerap memotong percakapan saya dek kerana kesuntukan masa (program cuma 20 minit); namun saya berpuashati kerana telah dapat menyampaikan isi hati saya yang terpendam sekian lama ini melalui siaran langsung televisyen ke seluruh negara tercinta kita ini.


Ini adalah satu penghormatan yang tinggi kepada saya, pendakwah dari kampong, yang kini bertanggungjawab memimpin Perikatan Penulis Blog Muslim atau The Muslim Bloggers Alliance yang Insya Allah akan saya daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri, Kerajaan Malaysia tidak lama lagi.


Jutaan terimakasih juga saya ucapkan kepada Encik Fazil dari RTM yang banyak membantu saya selama kunjungan saya ke Angkasapuri buat julung julung kalinya.


Jazakallah khairan kathiraw ya sahabat!


Sehingga dizinkan Allah menyampaikan mesej kebenaran Islam, Ad Deenullah diruang penyiaran media perdana dilain kali, saya rakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua penonton penonton 'BLOG' semalam yang tidak putus putus mengirim SMS ucapan tahniah kepada hamba Allah ini kerana menyatakan yang hak dan menyanggah yang batil semalam.


Sokongan tuan tuan dan puan puan amat saya hargai.


Do'akan saya agar istiqamah didalam perjuangan saya dan rakan rakan saya didalam Muslim Bloggers Alliance ini.


Insya Allah.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Post a Comment