Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, September 14, 2008

Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre Jamaah Islah Malaysia


Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

dan

Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru)

 Majlis Berbuka Puasa KaliKe-4

“Saudara Baru, Saudara Kita”

Ayuh sertai! Mari menyumbang dengan membeli RM 100.00 satu kerusi atau RM 1,000.00 bagi satu meja

Tarikh

20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)

Masa

5.00 petang - 10.00 malam

 Tempat

Dewan Persidangan Utama,

Kompleks Perbadanan Putrajaya

 Aturcara Program

5.00 petang: Ketibaan tetamu

5.10 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis

5.30 petang: Forum: “Ke Arah Memperkasakan Saudara Baru di Malaysia”

Panelis

Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)

Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPSI)

Sister Latifah Tamerlan (Pendakwah Bebas)

7.15 malam: Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

7.45 malam: Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One

8.00 malam: Perasmian

8.20 malam: Solat Isyak dan Tarawikh

Dipimpin oleh Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)

9.40 malam: Tazkirah

Disampaikan oleh Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Bekas Paderi Roman Katholik, Pendakwah Rabithah A-Alam Al-Islami)

10.00 malam: Moreh dan Bersurai

Objektif Program

.: Mengumpulkan dana demi menjayakan pengoperasian Hidayah Centre di seluruh Malaysia :.

.: Meraikan saudara baru dan juga para dermawan :.

.: Mewujudkan jaringan perhubungan di kalangan masyarakat :.

.: Mengukuhkan ukhuwwah sesama saudara seagama :.

.: Memberi peluang kepada para hadirin untuk menyelami di samping memahami kehidupan saudara baru :.

Apakah itu Hidayah Centre?

Penubuhan Hidayah Centre di bawah naungan JIM adalah dengan matlamat-matlamat berikut:

1. Penempatan sementara saudara baru

2. Pusat perlindungan saudara baru

3. Pusat pendidikan dan bimbingan saudara baru

4. Kerja-kerja penghubung dengan agensi kerajaan dan NGO lain

5. Dakwah kepada bukan Islam dan proses pengislaman

Setelah 3 tahun berada di persada perjuangan dalam menyebarluaskan Islam dan memberikan sokongan kepada saudara baru kita, antara pencapaian Hidayah Centre adalah seperti berikut;

1. Beroperasi di 14 lokasi di seluruh negara termasuk di negeri-negeri strategik seperti Sabah dan Sarawak

2. Memberikan bimbingan kepada saudara baru

3. Memberikan kaunseling pemulihan dan pemantapan akidah saudara baru

4. Program-program pembinaan dakwah

5. Program berterusan seperti Hidayah Centre Evening Talk

6. Latihan Dakwah Praktikal

7. Sambutan hari raya

8. Pengislaman saudara baru dan lain-lain

Dengan izin Allah Ta’ala, sumbangan umat Islam di Malaysia dan usaha berterusan pihak Hidayah Centre dalam membantu memasyarakatkan dan memartabatkan saudara baru ini akan melahirkan generasi saudara baru, saudara kita yang soleh dan musleh. Terima kasih kepada semua.

 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Tuan Haji Nicholas (019-333 5549)

En. Dhany Sarip (012-930 7522)

Pn. Ummi Roses (019-238 6333)

Ibupejabat JIM (03-4108 9669)

*Mohon untuk sebarkan e-mel ini. Moga-moga amal kita diterima oleh Allah Ta’ala.

Post a Comment