Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, September 03, 2008

Mufti Perlis Berpantun - Siapa Yang Terasa?
























Sumber : http://drmaza.com/home/?p=389

Saya puji sikap Mufti Perlis yang berpantun menyampaikan maksud di hati. Bukan selalu kita melihat seorang Mufti menggunakan kaedah sastera Melayu didalam meluahkan isihatinya?

Pantun yang penuh bermakna ini dihiasi latarbelakang pusat pemerintahan negara iaitu Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Makanya saya faham bahawa pantun ini ditujukan terhadap Sang Perdana Menteri yang kini sedang di asak oleh pihak pihak yang berkepentingan untuk mengundur diri secara segera bagi menjaga saki baki maruah parti politik yang semakin hari semakin dikeroyok kiri kanan, depan belakang, atas bawah, malah dari segenap penjuru medan perjuangan siasah negara, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR?

Nama glamornya U.M.N.O.

Apakah Sang Memanda Perdana Menteri akan sudi membaca pantun Mufti Perlis ini?

Sekiranya beliau membacanya, apakah akan diambil peduli oleh Sang Mamanda Perdana Menteri tentang maksud yang tersurat dan tersirat didalam rangkaian pantun diatas?

Wallahu 'alam bissawab?

Namun, cara Mufti Perlis berpantun berseloka menyampaikan kata amat saya hargai.

Inilah berhikmah didalam menegur sang pemimpin yang kekadang terleka dibuai kemewahan yang terisi penuh melimpahi Istana Seri Perdana!

Semoga ada hasil teguran berhemah ini.

Jazakallah diucapkan kepada Sahibus Samahah Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin.

Semoga langkah tuan dituruti oleh Datuk Mufti yang lain didalam berani menegur para 'ulul amri' yang leka terhadap tanggungjawab mereka terhadap rakyat negeri dan negara amnya!

Para ulamak harus berani kerana benar dan tidak menikus terhadap kemungkaran para penguasa yang lupa akan kewajipan mereka adil terhadap semua warganegara tanpa membezakan antara warna kulit dan fahaman agama.

Harapan hamba agar tercetus perubahan siasah didalam tanahair tercinta demi keadilan sejagat.

Insya Allah.

Post a Comment