Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 19, 2008

PDRM dan rakyat Malaysia perlu bekerjasama menegakkan keadilan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara, saudari, tuan tuan dan puan puan sekelian.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita menghayati satu khutbah oleh seorang pegawai polis @ Tuan DSP Haji Ghazali bin Haji Daud yang berkhutbah dengan tajuk "Menjaga Keselamatan Negara Pencegahan Jenayah adalah Tanggungjawab Bersama!".


Saya amat mengharap agar pasukan Polis Di-Raja Malaysia akan lebih berketrampilan didalam kerja kerja 'Amar Makruf Nahi Mungkar' sesuai dengan peranan mereka yang amat penting didalam menjaga keselamatan rakyat dan negara tercinta ini.

Saya masih yakin bahawa pasukan Polis Di-Raja Malaysia mampu untuk mengubah persepsi masyarakat sejak kebelakangan ini yang serong terhadap pasukan polis negara akibat dari kecenderungan PDRM untuk menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang bangun membantah sesuatu keadaan yang melibatkan hak hak asasi rakyat marhaen dan memprotes terhadap salah laku pihak kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan pegawai pegawai polis yang berhemah dan berpendidikan agama Islam nan maha suci pasti dapat membimbing anggota anggota PDRM ke arah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada setiap anggota polis supaya membanteras jenayah tanpa mengambil kira warna kulit, agama dan kedudukan seseorang itu!














Lambang kalimah Allah Azza Wa Jalla dan Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam didalam logo polis yang terletak dikedudukan paling tinggi itu bukan hanya sekadar hiasan sahaja.

Ada makna dan maksud tersirat disitu bahawasanya anggota polis kita dipercayai untuk menegakkan keadilan tanpa gentar terhadap sesiapa kerana mereka adalah ditugaskan oleh kerajaan untuk memelihara keselamatan dan masa depan negara dari ancaman musuh musuh baik dari dalam dan luar negeri dan negara.

Jika anggota PDRM kita menjaga diri mereka dari sebarang salah laku dan pecah amanah rakyat terhadap mereka, saya pasti setiap anggota PDRM yang bertugas hari ini akan di pandang mulia dan di sokong oleh segenap lapisan masyarakat kita kerana terhutang budi di atas pengorbanan anggota anggota PDRM menggadaikan nyawa dan keselamatan mereka sendiri didalam menghadapi penjenayah penjenayah tegar yang semakin hari semakin mengganas dibumi bertuah ini!

Masaalahnya sejak kebelakangan ini, kita nampak seolah pegawai pegawai atasan PDRM berubah peranan menjadi pegawai perhubungan Kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat di ancam dengan penahanan tanpa bicara dibawah Akta Keselamatan Dalam Negara @ ISA dan kita semua telah pun sedia maklum akan rentetan peristiwa dimana beberapa orang penulis blog telah di tahan dibawah akta tersebut.

Sebagai seorang blogger, saya telah sedia menulis beberapa kali peringatan kepada sesama blogger dengan saya agar setiap penulis blog lebih bertanggungjawab diatas penerbitan blog masing masing dan sebarang artikel yang ditulis perlu dilengkapi dengan keterangan keterangan yang sahih dan disertakan bukti yang berkenaan.

Namun perlu juga diambil kira akan natijah penerbitan tersebut kerana ada perkara yang boleh mencetuskan suasana gawat dan mengancam kestabilan politik negara.

Kekadang bloggers terpaksa berhadapan dengan risiko kerana tidak ada sebarang badan yang boleh dipercayai untuk membela seseorang atau mengambil tindakan undang undang terhadap pesalah laku yang berkedudukan tinggi didalam kerajaan yang memerintah.

Laporan laporan itu sudah semestinya tidak akan diterbitkan oleh media perdana kerana dikawal selia oleh agensi agensi kerajaan sendiri.

Maka sebab itulah kekadang kita melihat sesetengah bloggers bagaikan putus asa terhadap keadaan semasa dan mengambil jalan nekad untuk mendedahkan maklumat walaupun natijahnya adalah kehilangan kebebasan diri sendiri dan terpaksa meringkuk didalam penjara.

Saya percaya ada kaedah dan cara cara yang masih boleh diambil untuk menuntut keadilan didalam negara kita.

Jika sekiranya pegawai pegawai atasan PDRM mengambil jalan mendekati masyarakat dengan cara berhemah dan bijaksana, mengadakan sesi sesi muzakarah dengan penulis penulis media alternatif seperti bloggers tanpa mengancam mereka dan ikhlas didalam mencari jalan keluar dari kemelut politik yang sedang menggoncang negara, kita semua akan dapat hidup dengan lebih selesa dan selamat.

Polis Di Raja Malaysia adalah satu satunya pasukan keselamatan yang paling hampir dengan rakyat jelata.

Dari terus membiarkan keresahan membara dihati rakyat marhaen, apa salahnya pegawai pegawai atasan PDRM mengambil langkah langkah mendekati rakyat dan memenangi kembali keyakinan masyarakat terhadap mereka?

Kekerasan tanpa perlu hanya akan membuahkan penerusan sengketa diantara polis dan masyarakat.

Kempen Rakan COP dan sebagainya harus di pergiatkan lagi dan langkah langkah muzakarah bersama bloggers perlu di adakan segera dengan jaminan tidak akan di salah guna PDRM untuk menahan bloggers yang menulis membongkar kezaliman dan salah laku pihak pihak berkuasa.

Sesungguhnya semua dari kita hendak hidup didalam keadaan aman dan damai termasuk melihat kesekelian anggota PDRM yang bertugas dengan baik hidup selesa dan sejahtera bersama kami semua.

Bukankah itu yang menjadi sebahagian dari ajaran ajaran Islam kita?

Bantu membantu didalam perkara kebajikan dan bersatu menentang sebarang kemungkaran!

Saya suka melihat pegawai polis ini berkhutbah! Sekurang kurangnya kesedaran agama itu akan berkembang mekar didalam hati dan sanubarinya bilamasa bertugas.

Akibat contoh ketauladannya akan menular kedalam hati setiap pegawai pegawai polis dibawah perintahnya dan seterusnya seluruh pasukan polis akan bertambah sedar akan tugas dan tanggungjawab serta amanah rakyat serta kerajaan semasa terhadap mereka.

Biarlah kita mengambil iktibar dari video khutbah ini dan bersama sama menghayati suasana bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala merahmati kita semua dengan Taufik dan Hidayah Nya!

Amin Ya Rabbal Alamin.

Carilah kebaikan. Insya Allah, seribu satu kebaikan akan kita temui didalam setiap insan yang kamil. 

Jika keburukan dan salah laku yang kita intai, maka setiap dari kita tidak sunyi dari noda dan dosa.

Wallahu 'alam bissawab.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Abdillah,

Zainol Abideen,
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur,
Malaysia. 
Post a Comment