Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, September 15, 2008

Taubat Nasuha - Berhijrah dari Alam Dosa ke Alam Maghfirah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara/saudariku umat Islam yang tercinta,

Sesungguhnya kita ini manusia yang senantiasa didalam keadaan terdedah kepada dosa dan maksiat.

Cuba klik disini. Dibulan Ramadhan ini pun masih ada yang tak kenal erti halal haram, berpesta pora dipusat maksiat seolah tidak ada bezanya bagi mereka akan kehadiran bulan Ramadhan al Mubarak ini bagi mereka yang nama sahaja Melayu dan mengaku beragama Islam tetapi kelakuan tidak pula sebagai seorang Muslim / Muslimah!



Sejak dari zaman Nabi Allah, Adam Alaihis Salam, manusia terbukti mudah melakukan dosa kerana kita diberikan nafsu sebagai percubaan keatas diri kita namun Allah Subhanahu Wa Ta'ala juga mengurniakan akal fikiran untuk menjadi pertimbangan kita.

Siapa dia manusia yang tidak pernah melakukan dosa?

Nabi Allah Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam sendiri walau semaksum maksum manusia ditegur oleh Allah Azza Wa Jalla didalam Surah Abasa kerana memasamkan muka baginda apabila seorang sahabat baginda yang buta matanya @ Abdullah ibni Maqtum menceroboh masuk ke sesi dailog Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dengan pembesar pembesar Kuraish Makkah.

Apatah lagi kita ini yang hidup di Akhirul Zaman?

Maksiat berlaku dengan sewenang wenangnya dan pemerintah negara kita seolah olah buta, pekak dan bisu dari menghalangnya berlaku? Ini yang saya terkilan dan menyebutkannya ketika diwawancara didalam program Blog RTM TV1 baru baru ini.

Bukannya saya mengaku diri ini lebih mengetahui segalanya dari para alim ulama kita tetapi saya amat mengharap supaya para penguasa Islam negara akan lebih aktif didalam membimbing umat Islam didalam negara kita ini ke jalan Allah dengan turun ke sisi masyarakat dan berdakwah secara total, menegur mana yang salah dan mengajak manusia ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Kealpaan para alim ulamak negara membuatkan umat Islam di Malaysia kehilangan arah dan mereka mengikut sesuka hati mereka bebas melakukan dosa dan maksiat tanpa malu dan segan terhadap sesiapa.

Ramai dikalangan umat Islam kita yang hidup bagaikan orang orang kafir dan bangga berkelakuan demikian. Malah ada diantara umat Islam di negara ini yang bersikap dan bersifat lebih teruk dari orang orang yang tidak kenal halal haram didalam Islam.

Maka, tidak hairan lah kita berdepan dengan keadaan umat Islam hari ini yang bergelumang dengan noda dan dosa. 

Setiap dari kita terdedah kepada keadaan yang berbeza dan situasi dimana jika kita kurang sedar akan natijah kelakuan kita, akan menjerumuskan kita ke kancah alam dosa yang pasti membawa kita kelembah kehancuran diri.

Tiada sesiapa didunia ini yang boleh mendabik dada mengaku dirinya sesuci sucinya. Setiap dari kita sudah pasti akan terdedah kepada bahaya sombong dan bongkak diri, taksub dan riya' terhadap diri sendiri bilamana merasa diri itu maksum dan sesuci embun pagi.

Saya sendiri pernah tersilap melakukan pelbagai dosa didalam zaman zaman lampau saya tetapi Alhamdulillah, Allah SWT menyelamatkan saya dari terus berada didalam keadaan itu dengan membuka pintu hati saya mendekati ilmu agama dan memberikan saya kesedaran tentang keupayaan diri ini bangun menyucikan jiwa ini dari terus bergelumang dengan noda dan dosa bilamana saya berkahwin dan mempunyai anak anak.

Alhamdulillah. Berkat ketabahan hati ini bergaul dengan ahli ibadat dan para alim ulama, lama kelamaan, saya dapat membersihkan kalbu dan jiwa ini kearah membina jatidiri Muslim seupaya saya.

Untuk membersihkan diri, kita kena mempunyai hasrat mendalam untuk tidak lagi melakukan dosa.

Sepertimana sekarang, kita berada didalam bulan yang paling mulia didalam takwim Islam iaiatu Ramadhan al Mubarak.

Kita berupaya menahan diri dari makan minum, merokok (saya sudah berhenti sejak 1987) dan menghindarkan diri dari melakukan apa apa sahaja yang membatalkan puasa; termasuk menahan diri dari melihat perkara perkara yang mungkar, melihat aurat wanita yang terdedah, menghampiri zina dan sebagainya.

Jika kita boleh melakukan semua ini didalam bulan Ramadhan ini, saya rasa sudah pasti kita dapat menyelamatkan diri kita dari terus kembali melakukan perkara perkara maksiat didalam bulan Syawal dan seterusnya.

Semuanya terpulang kepada kita. Hendak atau tak hendak? 

Sekiranya kita benar benar hendak bertaubat, ketahuilah wahai saudara/ saudariku bahawa Allah SWT itu amat gemar terhadap hambaNya sedemikian.

Cuba perhatikan maksud Surah Az Zumar Bab 39 Ayat 53  :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Ini adalah bacaan do'a Sayyidul Astaghfar :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَمَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ 
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ

"Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta, Anta Khalaqtani wa ana abduka, wa ana 'ala ahdika wa wa'dika mastata'tu, A'udhu bika min Sharri ma sana'tu, abu'u Laka bini'matika 'alaiya, wa Abu Laka bidhanbi faghfirli innahu la yaghfiru adhdhunuba illa anta!"

maksudnya:

Wahai Allah! Engkaulah Tuhanku. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau Penciptaku dan aku hamba Mu yang setia terhadap akujanjiku sebaik mungkin. Aku berlindung dengan Mu dari segala dosa yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat yang telah Engkau curahkan kepadaku dan aku bertaubat dengan Mu diatas segala dosa dosaku. Ampunilah daku kerana tiada lain yang sanggup mengampunkanku selain dariMu.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berjanji akan mengampunkan sekelian dosa dosa manusia walau pun jumlah dosa dosa kita itu memenuhi ruang diantara langit dan bumi!!!

Begitu sekali hebatnya pengampunan Allah! Allah berjanji mengampunkan kita dari segala dosa dosa kita melainkan dosa Syirik terhadap Nya!

Syirik adalah dosa menyekutukan Allah dengan sesuatu, tak kira makhluk atau apa sahaja.

Maka jika benarlah anda sudah tekad untuk bertaubat, Alhamdulillah!

Sila muat turun pdf ini dari :http://tinyurl.com/5uw3sv 

Didalam pdf ini terdapat panduan mengerjakan Solat Taubat dan do'a doa yang perlu dibaca seikhlas hati dengan niat benar benar mahu bertaubat dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dari melakukan dosa lagi.

Belajarlah cara cara bertaubat dari situ dan emel saya kembali jika masih tidak faham. Insya Allah akan saya bantu.

Saya juga sarankan saudara/saudari belajar dari : http://www.geocities.com/bimbinganmukmin/senaraikandungan_penuh.htm 

Banyak panduan panduan agama yang tersedia disana.

Jika ada yang saudara/saudari tidak faham, boleh sahaja emelkan pada saya dan Insya Allah, akan saya bantu. 

Bukannya saya mengaku lebih mengetahui dari anda para pembaca yang saya hormati tetapi sebagai seorang abdillah yang melibatkan diri didalam bidang dakwah al Islamiyah, Insya Allah akan saya berusaha membantu sesiapa yang berkeperluan bimbingan mencari keredhaan Allah SWT!

Hendak seribu daya ; tak hendak seribu dalih. Peribahasa lama tetapi tetap bererti kepada kita.


Halaman ini mengandungi hadis hadis sahih mengenai penerimaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan taubat hambaNya.

Semoga penjelasan saya ini dapat membantu saudara / saudari melaksanakan Taubat Nasuha iaitu Taubat untuk tidak lagi kembali melakukan dosa.

Selamat berpuasa dan Tahniah diatas usaha saudara / saudari berhijrah diri ke alam mukminin na wal mukminat.

Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment