Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 26, 2008

Warna Warna Aidilfitri di Masjid India

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bagi anda yang berada diluar Kuala Lumpur, ini saya paparkan beberapa rakaman gambar pemandangan menarik di sekitar Jalan Masjid India dan dikawasan perniagaan di Lorong Tuanku Abdul Rahman dibelakang Semua House.

Beranika jenis kuih raya sedang dijual disana.


















Teringat semasa saya masih kanak kanak membantu kakak kakak saya membuat kuih raya. Biskut kacang, biskut samprit, putu kacang, dan sebagainya.

Yang seronok tu adalah mendapat habuan kuih kuih yang kurang elok terus diberikan kepada saya untuk dimakan! Hahahahaha! Kenyang!!!

Dah tua tua gini, takde lah peluang macam tu lagi...hehehehehe..

Memang seronok teringat zaman kanak kanak saya. Walaupun kami tidak lah kaya tara mana, hidup kami dikira masih lebih baik dari orang orang yang lebih susah dari kami.

Hidup dikampong tak ada sangat keperluan berlumba lumba mencari kekayaan. Cukup ala kadar sahaja asalkan ada tempat berteduh, makan minum sederhana dan pakaian untuk menutup aurat.

Kenderaan cuma basikal dan motosikal.

Nak ke bandar naik bas saja. Tambang baru 30 ke 40 sen ketika itu. Zaman 60an. Sekarang mesti dah berlipat kali ganda.

Berbalik semula ke suasana Raya di Masjid India.

Yang menarik kali ini terdapatnya peniaga songkok yang memperagakan songkok tinggi.

Songkok ini jarang didapati dipasaran dan sekiranya ada yang berminat perlu menempah dengan tauke songkok ini. 

Puak puak pejuang Melayu UMNO mesti suka benar dengan jenis songkok ini kerana ianya unik dan eksklusif. Kalau hendak cari peniaga ini, ianya beroperasi dilorong belakang Semua House. 

Saya tidak sempat bertanya harga songkok ini tetapi mungkin didalam sekitar puluhan ringgit, gamaknya?

Saya sendiri mencubanya dan ketawa giler bila melihat wajah saya bersongkok tinggi! :D

Pasti tak sesuai..........hehehehe.





































Secara kebetulan Anding, pelakon drama dari AF berlalu dihadapan kami maka saya pun menegurnya dan mengajak ia singgah. 

Anding ternyata bukan seorang yang sombong dan segera datang bersalam dengan kami dan juga tertarik dengan songkok istimewa ini.
























Ia juga turut mencuba songkok ini dan menggayakan untuk sesi fotografi spontan. Dengan sikap mesra Anding ini, saya pasti ianya akan berjaya didalam bidang lakonan yang diceburinya selepas penglibatannya didalam AF. 

Semoga ia menjaga dirinya selama berada didalam dunia lakonan yang serba mencabar dan penuh cabaran.

Sekian dahulu buat kali ini. Semoga Muslimin Muslimat selamat sejahtera bersama keluarga tercinta dan berhati hati didalam membeli belah.

Jaga dompet dan beg duit masing masing kerana didalam kesibukan orang ramai ber'shopping sakan' itu kemungkinan ada penyeluk saku yang berkeliaran.

Mudah2an tuan tuan dan puan puan selamat dari bahaya kecurian.

Amin.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment