Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, October 24, 2008

Episod si Alim yang Zalim. Kejahilan terlampau zaman sekarang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan yang saya muliakan.

Waktu Jumaat tadi, saya merasa amat terkilan apabila hadir ke Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Cheras dekat rumah saya.

Satu pemandangan yang menyakitkan hati.

Senario yang memang tidak saya suka melihat dan kalau ikut cara Jaafar 'Kalau' Taib, boleh dikatakan sebagai ' Adegan yang tidak ingin kita lihat!'.

Satu keadaan yang amat menyedihkan menyambut kedatangan saya ke masjid yang terdekat dengan tempat tinggal saya namun juga satu keadaan yang menunjukkan bahawa memang benar sekali sabda junjungan besar kita Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam seribu empat ratus dua puluh lebih tahun dahulu bahawa di akhir zaman ini, umatnya akan berjumlah sebegitu banyak sekali tetapi hanya bagaikan buih di hujung ombak lautan!

Bayangkan betapa sakitnya hati ini melihat perbuatan jahil tahap melampau peniaga kitab agama dan barang dagangan lain telah dengan selambanya meletakkan meja meja dan barang dagangannya diruang jamaah melaksanakan solat dikhemah khas yang terletak diperkarangan masjid!

Klik pada gambar gambar dibawah untuk membaca komen saya pada gambar ini dengan lebih jelas. Insya Allah!
















Kalau yang melakukan kerja bodoh sedemikian itu orang orang yang jahil dalam soal agama, boleh saya terima kerana realitinya si malaon itu tidak tahu bahawa pekerjaannya itu salah dari segi bukan sahaja hukum hakam agama tetapi dari segi kebiasaan adat dan budaya timur?
















Tetapi yang melonggokkan kitab kitab agama, vcd dan barang dagangan am termasuk botol botol air mineral berjampi diruang tempat jamaah Jumaat bersolat adalah orang yang kalau kita kira boleh tergolong didalam kategori orang berilmu agama dan sepatutnya bijak serta pandai?
















Sayang seribu kali sayang, orang yang disangka Alim telah bertindak jahil dan zalim!

Zalim sungguh kerana orang ramai, umat Islam hari ini yang hadir disana terdiri dari kebanyakan orang yang jenis ' Mind your own business!'.

Ermm...minta ma'af!

'Not this one! Sorry!'

Kalau manusia sorang ni yang orang rumah saya pernah gelarkan 'Mamak yang Melampau' memang pantang tengok benda benda macam ini dan mendiamkan diri!

Memang saya akui bahawa bilamana ianya melibatkan bab bab menegakkan Ad Deenullah, saya tidak akan berfikir panjang.

Jika keadaan itu memerlukan penglibatan saya untuk menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar, saya akan bertindak! Tidak ada was was lagi ketika itu! Insya Allah!

Saya memang terlalu sayang akan agama Islam ini.

Biarlah seisi dunia ini mencerca saya kerana keras terhadap mereka yang memperlecehkan Islam, saya tidak akan ambil peduli tetapi saya amat risau bilamana memikirkan apa yang akan saya jawab didepan Allah Subhanahu Wa Ta'ala nanti di Padang Mahsyar bila tidak mencegah kemungkaran didepan mata saya dengan apa sahaja keupayaan yang ada pada saya ini?

Saya bukan jenis Muslim yang sanggup berputih mata melihat maksiat dan kemungkaran berleluasa dihadapan saya!

Sebelum ini memang dah dua tiga kali saya menghadapi perkara yang sama.

Adakah saya akan biarkan sahaja peniaga peniaga jahil ini merampas ruang solat para jamaah di bawah khemah solat ini?

'No way!'

Saya akan terus pergi angkat barang barang itu dan letakkan diluar khemah tanpa berlengah lagi!

Takkan khusyuk jiwa ini mengerjakan solat bila memikirkan saf yang terputus dengan adanya barang dagangan manusia manusia yang cuma mementingkan wang ringgit tanpa mempedulikan natijah perbuatan mereka merosakkan saf saf solat!

Pernah saya ketika memunggah keluar barangan dagangan beberapa ejen insurans Takaful termasuk meja, kerusi plastik dan risalah risalah mereka, didatangi ejen ejen tersebut yang kelam kabut bertanya saya kenapa saya mengusik barangan mereka?

Saya tidak melayan soalan mereka sebab khatib sedang berkhutbah tetapi mengisyaratkan diam kepada mereka dan menepuk bahu beberapa jamaah yang sedang duduk supaya bangun membantu saya mengalih keluar barangan tersebut!

Ejen ejen itu terpinga pinga dan terpaksa mengambil keluar barangan mereka dan ruang kosong itu kemudian saya isyaratkan kepada jamaah yang sedang berdiri diluar dengan sejadah masing masing supaya membentangkan sejadah mereka diruang solat itu dan melengkapkan saf.

Saya lakukan apa yang saya tahu perkara yang betul dan patut. Tidak ada niat saya untuk menunjukkan bahawa saya ini lebih Islam dari mereka yang hadir tetapi jauh didalam hati saya; saya berasa puas!

Puas bahawa saya telah menjalankan tanggungjawab saya dan menyelesaikan satu masaalah.

Masaalah kejahilan umat Islam yang saya amat sayang sekali sebab itu saya terpaksa melakukan apa yang saya tahu orang lain tak akan buat pada masa dan ketika ini.

Entahlah tuan tuan. Sedih hati saya memikirkan semua ini.

Berbalik semula kepada peristiwa tadi.

Saya memang pada mulanya sudah bertekad didalam hati saya untuk melakukan perkara yang sama iaitu untuk memunggah keluar barangan peniaga kitab itu.

Namun, tengahari tadi hujan sedang turun rintik rintik dan saya terpaksa menyabarkan diri ini dan pergi membentangkan tikar lipat saya yang boleh memuatkan 4 orang jamaah diruang belakang khemah tadi.

Hati kecil saya menyuruh saya merakamkan keadaan ini sebagai satu iktibar kepada sesiapa sahaja yang lain, membaca artikel ini supaya faham bahawa hukum didalam Islam bagi mereka yang mendatangkan kemudaratan kepada orang orang yang sedang atau hendak bersolat adalah amat keras sekali!

Selepas menunaikan Solat Jumat dan Solat Sunat Ba`diyah, maka saya terus bangun pergi mencri peniaga kitab itu.

Saya menegurnya akan kesalahan melampau dirinya itu dan memberi peringatan terakhir supaya tidak lagi melakukan kerja bodoh itu pada masa depan!

Saya terangkan kepadanya akan hukum menyusahkan para jamaah didalam waktu solat dan saya bertanya kepadanya akan kepentingan diantara menyenangkan para jamaah selesa bersolat terhadap Allah atau merampas ruang solat mereka dan diletakkan meja dan barang dagangannya dicelah celah saff begitu?

Berkali kali sipeniaga yang tampak sebagai orang yng alim meminta maf dan berjanji tidak akan melakukan lagi!

Saya memberinya amaran terakhir dan memberitahunya bahawa barang dagangannya selamat hari ini kerana turunnya rintik rintik hujan pada waktu itu jika tidak dah lama saya angkut letak diluar khemah tersebut!

Selepas bersalam salam dengan si Alim yang bertindak jahil dan zalim, saya meninggalkan masjid.

Semasa saya berada didalam kereta saya, datang seorang tua memberi salam kepada saya dan berterimakasih kerana bertindak terhadap peniaga tadi.

Ia mengakui teramat sakit hati melihat kemungkaran tersebut tetapi sebagai orang tua telah tidak sanggup berhadapan dengan peniaga itu.

Beliau berkali kali menyatakan teramat puas hati melihat saya pergi menegur dan menasihati peniaga alim tetapi zalim dan jahil tersebut!

Semoga kita bersama sama menjaga kepentingan umat Islam kita dan bantu membantu didalam perkara kebajikan dan bersatu mencegah kemungkaran!

Insya Allah!
Post a Comment