Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, October 24, 2008

Fikrah Jumaat - Awas akan perkara perkara yang boleh merosakkan akidah kita.

















Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Muslimin Muslimat sekelian.

Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Jumaat kepada tuan tuan dan puan puan, pembaca blog ini yang saya hormati.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati kehidupan kita ini dengan mengekalkan Iman terhadapNya didalam dada dan jiwa kita ini serta memberikan kita keampunanNya terhadap segala dosa dosa kita yang kita telah lakukan secara sedar atau sebaliknya.

Amin.

Tuan tuan dan puan puan, saudara seIslam saya,

Jumaat yang sudah, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat saya di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur.
















Memang sesak sekali jumlah kehadiran umat Islam di kotaraya metropolitan ini sehingga para jamaah terpaksa solat dikawasan kawasan kakilima masjid dan seterusnya sehingga melimpah ke kawasan stesen LRT Masjid Jamek yang berdekatan.

Begitu ramai sekali orang orang Islam yang berada disitu Juma`at yang sudah. Sesudah solat seperti biasa tumpuan orang ramai adalah kepada para peniaga yang berada diluar masjid.

Diantara peniaga itu ada seorang peniaga wanita Melayu yang menjual pelbagai poster. Diantara poster poster itu terdapat beberapa kepingan poster yang mengandungi lukisan gambaran wajah wajah 'sahabat sahabat' Nabi Sallahu Alaihi Wassallam!

































Astaghfirullahalzhim!

Begitu punya ramainya umat Islam tetapi tak ada seorang pun yang berani menegur perbuatan bidaah dan khurafat peniaga tersebut!

Maka seperti biasa hero tua ini juga yang kena buka mulut!

Menyatakan dengan tegas kepada peniaga itu bahawa perbuatan nya itu haram dan mengundang laknat Allah kerana menyalahi larangan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam akan perbuatan melukis atau melakar wajah Baginda dan para sahabat sahabatnya!

Hanya setelah saya bersuara, baru wanita peniaga itu kelam kabut menyimpan poster poster khurafat itu!

Inilah salah satu daripada bukti bukti dan tanda tanda kejahilan umat Islam akhirul zaman.

Asal boleh buat duit sahaja, terus dilakukan sahaja apa apa pun demi memenuhkan dompet masing masing dengan wang ringgit!

Peduli apa dengan hukum hakam Allah? Janji senang!

Kenapa umat Islam hari ini jadi begini?

Nak tuduh mereka bodoh ; ramai yang akan datang beriya iya hendak bergaduh!

Apa nak jadi dengan umat Islam Malaysia?

Memang tepat sabda Nabi bahawa di akhir zaman ini umat Islam memang amat banyak bilangan mereka tetapi cuma bagaikan buih di ombak lautan!

Takde faedah sedikit pun!

Maka mahu tak mahu, kita ini yang mana ada sedikit sebanyak kefahaman agama, tolong lah!

Tolong lah tegur mereka ini yang sedang hanyut dibawa gelombang kemungkaran duniawi supaya bawa beringat sedikit didalam meniti kehidupan masing masing dan janganlah ikut sedap hawa nafsu diri semata mata!

















Nasihatilah para remaja dan anak anak muda kita supaya hidup secara Muslim dan berusaha menjadi Mukmin.

Kemewahan sementara dunia ini tidak bererti lagi sekiranya nyawa sudah sampai ke tenggorok masing masing!
















Bimbinglah umat Islam kita , baik yang muda mahu pun yang 'rumah kata pergi ; kubur kata mari' supaya diri kita berada didalam lingkungan orang orang Islam yang selamat dari mati didalam keadaan kufur terhadap Allah!

Ramai di kalangan remaja Muslim hari ini dilaporkan terlibat didalam kancah seks bebas dan salahguna dadah kerana masyarakat kita hari ini tidak berani menegur dan menasihati mereka.

Takut benar akan bahaya mati diserang dek kumpulan liar itu nanti. Macamlah kita semua akan hidup bertongkat langit?

Pernah saya membaca bahawa Malaikatul Maut itu senantiasa datang memantau diri kita sekurang kurangnya 70 kali didalam waktu sehari.

Bermakna didalam tempoh waktu satu jam, dah dua tiga kali kita dipantau Izra`il Alaihi Salam!

Hello brader! Ermm...brader tak takut sebab tak sadar akan kehadiran nya bukan?

Maka mulailah belajar!

Belajar akan hakikat sebenar kehidupan kita sebagai manusia. Manusia Muslim pulak tu!

Maka ada bab bab agama yang wajib kita tahu dan hidup mengikut undang undang Allah!

Bukan undang undang ciptaan manusia yang boleh dipinda sesuka hati didalam Parlimen dan menurut undi siapa banyak?

Bila mati nanti kita tak akan jumpa Tuan Speaker Pandikar Mulia didalam kubur kita!

Tak akan adanya Anwar Ibrahim, Kit Siang, Karpal Singh atau Berahim Ali!

Yang ada nanti hanya Malaikat Mungkar dan Nakir!

Mereka tak ambil pot bahawa kita ini orang parti apa pun!

Mereka tak kisah samada kita ini darah raja atau darah petani atau buruh kasar!

Mereka tak akan tanya kita 'drive Mercedes Kompressor atau Wira 1.5?'

Tak ada!

Yang akan ditanya para malaikat Allah itu adalah tentang bab apa yang kita buat dengan peruntukan waktu kita hidup dibumi Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini?

Ini bukan bumi BN atau Pakatan Rakyat.

Ini bumi Allah! Titik!

Malaikat malaikat Allah didalam kubur kita nanti akan mempersoalkan kita akan bab Iman dan amalan amalan kita?

Ingat betul betul! Buat lah apa yang diperintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan jangan dok kalut sangat tentang hal ehwal politik duniawi semata mata!

Bimbing dan nasihat manusia manusia yang hidup bersama kita. Kasihan anak anak muda kita.

Sekiranya seorang remaja Muslim hari ini hidup tanpa memahami ajaran ajaran Islam dan membesar tanpa mempunyai nilai nilai murni sebagai seorang Mukmin, sudah pasti dirinya tidak akan ada sebarang kekangan untuk melakukan apa sahaja mengikut suka hatinya!

Sekiranya ia selama ini bebas, mengikut kehendak hati dan jiwanya tanpa merasakan dirinya itu bertanggungjawab terhadap setiap apa yang ia lakukan tanpa mengambil kira halal atau haramnya apa apa tindakannya itu, apa jaminan yang ada bahawa ianya akan menjadi seorang dewasa yang prihatin dan mempunyai perasaan kasih dan belas terhadap mereka yang disekelilingnya?

Sekiranya ia dipertanggungjawab akan urusan sesuatu firma, syarikat atau jabatan kerajaan ataupun swasta, seseorang yang selama ini tidak ambil peduli tentang betul atau salahnya setiap tindakannya itu sudah tentu akan juga tidak kisah akan urusan pekerjaannya.

Kita yang berusaha menjadi Muslim dan Mukmin yang diredhai Allah senantiasa bermuhasabah tentang diri kita dan perbuatan kita, sadar bahawa kita senantiasa dipantau oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan para malaikatNya.

Bagi kita yang lalai dan kemudiannya sadar akan kekhilafan kita, sudah tentu akan berusaha meminta maaf kepada mereka yang kita zalimi dan memohon keampunan Allah!

Apakah akan mahu remaja atau muda mudi yang membesar tanpa ada sebarang kaitan dengan ajaran Islam untuk melakukan yang serupa?

Amat jarang sekali kita melihat keadaan sedemikian.

Namun saya tidak meletakkan titik noktah akan keadaan mereka itu. Wallahu `alam bissawab.

Mutiara mutiara didalam bentuk manusia kekadang ditemui dicelah celah kehidupan kotaraya yang penuh dengan seribu satu cabaran dan godaan terhadap insan insan yang meniti kehidupan didalam hutan batu ini.

Namun bilangan nya tidak banyak.

Apakah tujuan kita hidup hari ini jika tidak untuk berusaha bantu membantu didalam perkara kebajikan dan bersatu menentang kemungkaran seperti disuruh Nabi?

Fikir fikir lah tentang seruan saya ini dan berusahalah untuk menambah mutu kehidupan kita masing masing dan juga nasib sesama Islam dengan kita.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment