Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, October 05, 2008

Hindraf mendapat lampu hijau dari Presiden PAS! Wow!

Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang merestui perbuatan HINDRAF menyerbu masuk ke majlis sambutan Aidil Fitri oleh Barisan Jamaah Menteri Barisan Nasional di PWTC baru baru ini seperti dilaporkan disini, sini dan disini.





















Para pemimpin HINDRAF mesti seronok tak terkata mendapat sokongan dari Presiden PAS sendiri dan ini akan membuka ruang baru kepada sesiapa sahaja yang tidak berpuashati dengan Parti Islam seMalaysia untuk menceroboh dan menyerbu mana mana acara yang akan diadakan oleh parti Islam negara ini pada waktu waktu akan datang?

Nah! Ini baru demokrasi sebenar, kan?

Para PEMUDA PAS dan Unit AMAL usah kelam kabut nanti menahan mana mana kumpulan atau pembantah pembantah yang akan hadir membawa sepanduk sepanduk protes menentang PAS dan polisi polisinya!

Tuan tuan kenalah belajar senyum meleret tak sudah bila menerima tamu tamu yang tak disangka atau diduga duga nanti! `Senyum sokmo!' kata orang Ganu!

Presiden PAS sekarang ternyata seorang yang amat demokratik sekali bilamana ia melibatkan majlis majlis sambutan Aidilfitri seteru politik beliau dan sokongan tidak berbelah bahagi Dato' Seri Abdul Hadi Awang sudah tentu memeranjatkan pemimpin pemimpin HINDRAF kerana tidak sangka mendapat lampu hijau dari beliau diatas tindakan mereka beramai ramai masuk ke PWTC membawa kaum keluarga dan anak anak mereka hadir bukan untuk tujuan makan minum jamuan Hari Raya bersama sama para pimpinan Barisan Nasional tetapi sebaliknya cuma hendak menyerahkan memorandum serta patung anak beruang kepada Mamanda Menteri Kerajaan BN Malaysia ; menuntut pembebasan pemimpin pemimpin HINDRAF yang sedang berada didalam Kem Tahanan ISA di Kemunting, Perak Darul Ridzuan.

Saya percaya Presiden PAS tidak akan membantah lagi mana mana pihak yang hadir berdemonstrasi mengganggu gugat mana mana acara acara politik dan keagamaan anjuran PAS dan Pakatan Rakyat mulai dari sekarang.

Sungguh hebat sekali percaturan politik Presiden PAS sekarang yang memang seratus peratus menjulang tinggi siasah ala ala Machiavelli @'matlamat menghalalkan cara!'

Peduli apa dengan saudara sesama agama yang sedang mengadakan acara sambutan Aidilfitri, kan?

Mungkin sentimen agama dan pentingnya nilai Aidilfitri bagi sesama ummah semakin menipis dan hilang bagaikan titisan embun pagi bagi ahli ahli politik zaman sekarang yang boleh menghalalkan sahaja sebarang perlakuan buruk laku dan tidak menepati tuntutan ukhuwah Islamiah dan adat resam bertandang ke mana mana majlis rasmi atau persendirian menurut resam kita orang orang Timur kerana tujuan politik itu lebih penting dan mesti meminggirkan sahaja sebarang keperluan berbudi bahasa diwaktu terkini?

Apa apa pun kita tengok sahaja apa langkah langkah seterusnya Pak Presiden PAS kerana sokongan tidak berbelah bagi ini amat istimewa dan amat dihargai puak puak HINDRAF dan mereka yang seperjuangan dengan mereka!

Molek benarlah nampaknya pengiktirafan Pak Presiden mengajak manusia dinegara ini mengamalkan budaya 'gatecrashers' ala ala Barat untuk menyampaikan maksud mereka!

Kan? Kan? Kan? Kan? Kan?

Iyolah tu!!!!

*
Untuk makluman semua yang beriya benar nak menghantar komen, sila ambil perhatian bahawa saya tidak menyokong BN kerana saya rasa bagi mereka yang mengikuti tulisan saya selama ini, anda akan sedia maklum akan sokongan saya untuk perubahan didalam negara ini.

Namun itu tidak bererti saya akan menyokong mana mana pihak biar pun dari Pakatan Rakyat didalam usaha usaha yang tidak berteraskan kepada keadilan dan menurut adat resam serta tuntutan agama Islam yang saya perjuangkan sepenuh hati dan jiwa saya.


Saya berhak menulis apa yang saya mahu didalam ruang saya ini. Saya harap anda dapat terima hakikat ini bahawa sebagai seorang blogger, saya juga mempunyai hak hak saya menyatakan pendapat saya mengenai apa sahaja yang saya ambil peduli didalam kehidupan saya dinegara ini.

Terimakasih.

Post a Comment