Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, October 28, 2008

Kerenah Birokrasi Menyulitkan Para Mualaf Malaysia!


















Assalamualaikum tuan tuan dan puan puan, pembaca blog ini yang dihormati sekelian.

Do'a saya agar tuan puan semua diberkati Allah Azza Wa Jalla dan dilindungiNya dari angkara durjana para djinn, syaitan dan manusia.

Amin.

Saya ingin menengahkan masaalah hari ini yang melanda mereka yang digelar sebagai mu'alaf ataupun saudara baru.

Kita semua tahu betapa masyarakat Malaysia amat cerewet tentang bab orang menukar agama.

Kita juga sedia maklum akan kerenah birokrasi jabatan jabatan kerajaan apabila mengendalikan urusan mualaf dan yang sewaktu dengan mereka.

Bukannya hendak mempermudahkan dan melincirkan kerja kerja pentadbiran bilamana berurusan dengan para mualaf yang telah melalui ujian maha dahsyat didalam kehidupan mereka tetapi sebaliknya pegawai pegawai kerajaan ini baik di Jabatan Jabatan Agama mahupun Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresyen tetapi ditambah pula kerenah birokrasi dengan ditolak pula urusan para mualaf ini ke Jabatan Keselamatan Negara pula?

Hello!!! Apa kejadahnya ini semua?

Berdosa besar menyulitkan seseorang mualaf itu didalam kerja kerja yang melibatkan hijrahnya diri mualaf itu dari alam kufur ke alam mukminin!

Barangsiapa yang terlibat didalam kerja bodoh ini bertaubatlah kamu segera!

Jangan mencari bala Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Tak berbaloi kawan!

Ha! Ikutilah luahan rasa kecewa seorang hamba mualaf, kawan saya , Cikgu Aliya yang mengirimkan kisah deritanya menghadapi kerenah birokrasi jabatan jabatan kerajaan ini!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Tapi bukankah Kad Pengenalan ini sudah menunjukkan kerakyatan saya telah disahkan? Kenapa kena ada surat lain dari Jabatan Pendaftaran Negara pula?"
"Maaf. Ini prosedur."

Saya terkilan. Geram. Dua hari yang lalu saya sudah semak segala maklumat yang diperlukan dalam website JPN. Segala bahan yang dinyatakan seperti 2 keping foto terkini, salinan surat beranak, dan salinan kad pengenalan sudah saya sediakan. Bahkan saya turut bawa Surat Akuan Masuk Islam serta Kad Masuk Islam saya bersama ke Jabatan Imigresen.

Tujuan ke situ untuk memohon Pasport Antarabangsa. Biarlah ada pasport dahulu, mudah kalau hendak melancong, melanjutkan pelajaran atau menunaikan haji dan umrah pada masa hadapan.

"Tak lama. Kalau semua bahan ada, esok dah boleh ambil pasport."
Begitulah kata orang. Saya pun berharap begitu.

Kebetulan hari ini cuti khas sekolah. Saya pun bergegas ke Jabatan Imigresen pada waktu pagi. Setelah berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, saya akhirnya berjaya ke kaunter imigresen. Nombor diberi. Saya diminta tunggu.

Setelah 30 minit, saya dipanggil.
"Puan kena ada surat pengesahan dari JPN. Semasa buat IC, tak terima surat kelulusan dari Putrajaya kah?" tanya pegawai di kaunter.

"Saya hantar semua borang saya sendiri ke Putrajaya. Tak diberi apa-apa dokumen pun, hanya kelulusan dari sana yang membenarkan permohonan pertukaran IC. Bila saya dapat IC ini pun, pihak JPN tak beri apa-apa surat pengesahan."

Saya mula tidak sedap hati. Tiada satu maklumat bertulis pun yang menyatakan bahawa orang yang bertukar nama pada Kad Pengenalan perlu mendapatkan sepucuk Surat Pengesahan Nombor Kad Pengenalan dari Jabatan Pendaftaran Negara untuk tujuan membuat pasport.

Inilah kali pertama saya diberitahu akan hal ini.

"Puan kena ke Jabatan Pendaftaran untuk mendapatkan surat ini. Maaf, tanpa surat itu, kami tak boleh proses permohonan pasport Puan."

"Kenapa masa saya kemukakan borang di kaunter pemdaftaran, saya tak diberitahu hal ini?

Tak ada pun maklumat tentang perlunya mendapatkan surat dari JPN bagi saudara Islam yang tukar nama, tertampal di mana-mana pejabat ini."

"Bukan selalu orang tukar nama."

Saya minta lihat dokumen yang diperlukan. Barulah saya tahu bahawa rupa-rupanya orang yang tukar nama, yang berbeza dengan nama pada kad pengenalan asal dan surat beranak, perlu mendapat Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

Walaupun sudah ada Kad Pengenalan yang tertera nama barunya.


"Kalau sudah ada surat ini, apa lagi yang perlu saya buat?" saya cuba mendapatkn kepastian.
"Semua dah cukup, kecuali surat itu saja," kata pegawai tersebut.

Saya terpaksa ke Jabatan Pendaftaran Negara yang terdekat. Jaraknya 30 minit dari Jabatan Imigresen. Sesampainya di sana, pegawai di sana pula tertanya-tanya.

Saya pula yang perlu menerangkan bahawa pihak Jabatan Imigresen menegaskan bahawa mereka hendakkan Surat Pengesahan Kad Pengenalan terbaru sebelum meluluskan permohonan pasport saya.

Akhirnya mereka berjaya mengeluarkan surat tersebut kepada saya. Terima kasih kepada staf yang begitu komited dalam menjalankan tugas. Saya menerima surat yang diperlukan dalam tempoh sejam.

Sekembalinya di Jabatan Imigresen, saya kemukakan sekali lagi segala dokumen yang diperlukan. Saya sabar menunggu.

Harapan di hati, bolehlah saya dapat pasport pada keesokan hari.

"Puan, dokumen semua kami akn fakskan ke Jabatan Keselamatan di Putrajaya untuk mendapatkan kelulusan. Baru Puan bayar wang dan kami akan berikan pasport," kata seorang pegawai lelaki.

"Maksud Encik, saya perlu menunggu lagi? Mengapa perlu mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan pula sedangkan semasa saya memohon pertukaran Kad Pengenalan saya dengan nama baru saya (yang Islam), tak pun disebut perlu melalui Jabatan Keselamatan?

Kalau sudah luluskan permohonan Kad Pengenalan baru saya ini, sepatutnya sudah diluluskan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, bukan begitu?" Saya menyuarakan rasa tidak puas hati saya dengan nada seorang guru yang tegas.

"Err, itu Jabatan Pendaftaran. Ini kena melalui Jabatan Keselamatan pula, sebab permohonan pasport di bawah Bahagian Keselamatan dan Paspot," pegawai lelaki itu menghulurkan saya sehelai kertas bercetak.

"Puan cuba telefon nombor ini di Putrajaya, kalau nak mereka segerakan permohonan."

"Berapa lama saya perlu tunggu sebelum saya tahu sama ada permohonan paspot saya diluluskan?"

Saya lihat surat yang dikepilkan.

"Dimaklumkan bahawa keputusan mengenai permohonan tersebut akan diberitahu kepada tuan/puan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan..."

"Paling cepat, seminggu."

"Bagaimana saya nak tahu sama ada sudah lulus atau tidak?" saya terus bertanya.

"Kami akan telefon, berdasarkan nombor telefon Puan dalam borang permohonan."

"Encik sedar tak, bukan saya seorang yang sedang dan akan menghadapi masalah ini. Semua orang termasuk orang yang memeluk Islam dan bertukar nama akan menghadapi masalah yang serupa. Mengapa tidak diselaraskan semua sistem supaya tak perlu ulang beberapa kali?

Sudahlah kami diminta menunggu selama sebulan sehingga 3 bulan untuk mendapat kelulusan permohonan pertukaran nama dan maklumat lain dalam Kad Pengenalan, sekarang bila pohon pasport kena pula menunggu sebulan?

Adakah ini hukuman untuk kami yang mengikut prosedur mengisytiharkan diri sebagai orang Islam?

Kalau tak isytihar pengislaman saya dan masih kekal sebagai orang bukan Islam dalam Kad Pengenalan, tak tukar nama dan maklumat diri lain, saya tak perlu susah-susah begini pada hari ini, bukan?"

Pegawai itu diam.

"Puan telefon nombor ini mulai esok. Kalau dah lulus, kami akan telefon Puan supaya datang ambil paspot," ulangnya lagi.

Nampaknya saya perlu menunggu lagi.

Meluat sungguh dengan karenah birokrasi.

Nampaknya kerajaan dan pihak-pihak bertanggungjawab masih kurang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh kami saudara baru Islam yang menukar nama dari nama asal kepada nama Islam.

Kami masih dilayan dengan pelbagai red-tape, seolah-olah masih menerima hukuman kerana bertukar nama kepada nama Islam yang berbinkan Abdullah.

Kalau mereka yang lain hendak murtad, hendak menukar nama kepada nam lain, tak apa kalau memperketatkan prosedur.

Mengapa kami pula dilonggokkan sekali?

Adakah ini salah satu sebab ramai orang yang memeluk Islam menangguhkan prosedur bertukar maklumat diri setelah memeluk Islam di Jabatan Agama Islam?

Kerenah birokrasi yang menyusahkan, melambatkan dan memberikan pelbagai masalah.

Semuanya berpunca daripada kekurangan maklumat yang tertulis di semua jabatan yang bertanggungjawab. Hanya kerana alasan yang diberi, tak ramai orang yang memeluk Islam.

Kalau saya kekal menggunakan nama asal, kekal menggunakan maklumat diri sebagai bukan Islam, menampilkan diri sebagai bukan Islam tanpa tudung, agaknya permohonan paspot saya sudah lulus pada hari ini.

Geram. Hampa. Kecewa. Very very frustrated.

Ini bukan satu hari saya bangga menjadi rakyat Malaysia.






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haa...begitulah tuan tuan dan puan puan. Cekap sungguh pegawai pegawai di jabatan jabatan Kerajaan Malaysia membuat kerja!

Cekap didalam menolak sesuatu urusan permohonan kesana kemari tanpa mengambil kira akan perasaan para pemohon itu terutamanya mereka yang mualaf ini?

Macam inikah kita hendak menggalakkan orang orang yang bukan Islam memeluk Islam dinegara ini?

Buat malu sajalah masing masing berpakaian kemas dan siap dengan tag nama segala jika kepala otak itu masih berada didalam 'Twilight Zone' era zaman yang lampau, penuh dengan prasangka perkauman, menebal didalam jiwa masing masing!

Belajar agama lah bahawa Islam itu universal dan bukan milik bangsa Melayu sahaja di Malaysia ini!

Ubah perangai, ubah minda! Maju bersama Islam bukan menjahanamkannya!
Post a Comment