
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini bahawa Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr.Mohd. Asri Zainal Abidin akan bersara awal mulai bulan Oktober ini!
Saya sebagai seorang Muslim membantah keputusan Mufti Perlis ini dan meminta beliau mempertimbangkan semula keputusannya itu.
Negara ini memerlukan teguran teguran berani Mufti Perlis terhadap para pemerintah dan pembesar negara ini yang telah gagal mempertahankan akidah dan pegangan agama Islam sebahagian besar umat Islam di Malaysia ini.
Berani kerana benar dan takut hanya jika bersalah Tuan Mufti yang saya hormati!
Apa gunanya tuan sanggup menerima jawatan Mufti Negeri Perlis itu dahulu sekiranya tuan mahu meletakkan jawatan tuan itu hanya setelah beberapa tahun sahaja menjalankan 'reformasi fikrah' didalam negara ini?
Belum habis lagi kerja kerja membawa semula umat Islam Malaysia ini kembali kejalan Allah, tuan dah nak membiarkan sahaja umat Islam yang amat memerlukan bimbingan dan pedoman pedoman dari tuan begitu sahaja?
Tuan Mufti Dr.Mohd Asri bertanggungjawab terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk membentuk masyarakat Muslim dinegara ini sebagai salah seorang - malah ingin saya nyatakan hanya satu satu nya manusia berilmu agama Islam di Malaysia ini yang telah berani menyatakan yang hak dan menegah yang batil secara seorang panglima Ad Deenullah!!!
Sayang seribu kali sayang jika Tuan Mufti Negeri Perlis sudah hendak menyerah kalah hanya kerana 'tekanan' dari mereka yang terasa bahangnya teguran teguran pedas tetapi amat tepat dari Tuan Mufti itu!
Alang alang menyeluk pekasam; biar sampai kepangkal lengan tuan!
Tuan Mufti Negeri Perlis,
Saya meminta sangat sangat supaya tuan pertimbangkan semula keputusan hendak meletak jawatan itu!
Jangan takut dengan manusia tuan! Takutlah kepada Allah Azza Wa Jalla!
Saya sebagai seorang pendakwah Islam amat terkilan mendengar berita duka ini!
Lain ceritanya jika tuan meninggal dunia ke apa ...itu saya boleh terima sebagai qada' dan qadar' Tuhan namun sekiranya jika hanya kerana tekanan pemerintah yang panas punggung dek teguran teguran tuan, harap ubah lah keputusan tuan itu.
Walillahi Ta'ala! Saya berharap sangat agar Tuan Mufti Perlis terus berkhidmat demi Allah Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam didalam bersama sama kami menyeru kepada yang makruf dan bersama sama mencegah yang mungkar!
Apa gunanya berjuang menegakkan Islam jika hanya separuh jalan sahaja?
Kami memerlukan Tuan Mufti terus berusaha demi Allah Azza Wa Jalla dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.
Sekiranya Tuan Mufti berhenti juga seperti dilaporkan tersebut, maka para pejuang pejuang Islam di Malaysia pasti akan terasa kehilangan satu suara ulamak yang kami hormati selama ini.
Patah tumbuh hilang pasti berganti tetapi jika berhenti berdakwah kerana tekanan manusia manusia durjana, saya nyatakan disini bahawa saya akan amat menyesal kerana mengharapkan tuan setekad dan sematlamat seperti kami ini!
Jangan kecewakan kami!
10 comments:
salam sifu,
Tuan Mufti Dr.Mohd Asri pastinya punya prinsip sendiri,memang sayang sekiranya dia bersara kerna banyak lagi perkara yang tak selesai2.
harap Tuan Mufti Dr.Mohd Asri dapat menimbangkan semula bagi kepentingan umat Islam malaysia. mardho tillah...
Wa'alaikumsalam Datuk Pendekar,
Kecewa betul diri ini mendengar kabar sebegitu!
Dalam negara ini hanya dua tiga ulamak sahaja yang saya hormati kerana keberanian dan ketelusan mereka menyatakan yang hak dan menegur yang batil.
Antara mereka adalah Tuan Guru Datuk Profesor Dr.Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, Sahibus Samahah Datuk Harussani Zakaria dan Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr.Mohd Asri Zainul Abidin.
Berita ini amat menyusahkan hati saya! :(
Saya rasa, mufti perlu dihormati keputusannya, kalau ia benar2 keputusannya. Tapi keputusan yg dibuat secara paksaan, itu lain cerita dan sudah tentu kita tidak setuju.
Apapun, rasanye sumbangan dan peranan mufti itu tidak akan terhenti di situ, tentunya sumbangan yg lebih besar akan dimainkan dan mungkin ia dilakukan melalui cara lain pada masa depan.
Justeru, saya menyokong apa sahaja tindakan mufti, walaupun sedih dengan penamatan kontrak itu.
Lagi satu, tuan mahaguru, saya berminat hendak menyertai persatuan bloggers muslim tuan menerusi laman blog saya http://mama-naufal.blogspot.com/
Bagaimanapun, blog itu baru lagi, dan sudilah kiranya tuan menilainya terlebih dahulu, jika tidak sesuai maka tidak mengapa.
So, I hope to hear from you soon.
Wasssalam
Tuan,
Lagi satu, ada jugak saya bubuh sedutan salah satu artikel mufti perlis tu dalam blog saya tu di
http://mama-naufal.blogspot.com/
wasalam
Salam sifu,
Dr Asri bukan seperti Mufti-mufti lain. Beliau pernah berkata semasa mula-mula memegang jawatan ini bahawa ia hanya kontrak, bila-bila masa sahaja beliau tidak diperlukan lagi, beliau akan kembali mengajar sebagai pensyarah. Pejabat Dr.Asri di USM masih menantinya. Rumahnya di Bkt Mertajam yang pernah saya menumpang semasa menghadiri kem solat anjurannya, masih berfungsi sebagai pusat dakwah yang aktif. InsyaAllah saya yakin Dr.Asri akan terus bersuara dengan lantang dan telus walaupun bukan lagi sebagai seorang Mufti.
Assalamualaikum mama naufal.
Sila klik diruang sebelah kanan dimana saya sediakan pautan kepada MUSLIM BLOGGERS ALLIANCE dan sertakan kesemua 7 syarat syarat permohonan untuk menjadi ahli MBA.
Blog mama naufal layak untuk menjadi ahli kami. Saya dah menilai isi kandungan nya dan Alhamdulillah - beres!
Wa'alaikumsalam aliya.
Saya akur dengan pendapat cikgu.
Terpulang kepada Dr.Asri.
Dakwah ini bukan kerja paksa.
Sukarela dan dengan penuh redha.
Insya Allah.
kita boleh berbeza pendapat dalam banyak hal tapi kita mesti bersatu bila agama Islam & bangsa Melayu dihina.Jangan bila kafir kutu Islam/Melayu kita sokong kerana kita berlainan parti.
Mengenali SS Dr. Maza sejak lebih dari sepuluh tahun dahulu iaitu sejak beliau kembali daripada Jordan (walaupun bukan secara peribadi), saya yakin beliau tetap akan menjalankan kewajipan beliau menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Berita ini walaupun sedih tetapi ada hikmahnya kepada kami di Pulau Pinang kerana SS Dr. Maza akan mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk kelas-kelas agama di masjid-masjid sekitar Pulau Mutiara ini.
dr. asri masih berkhidmat dengan kerajaan selaku pensyarah usm..namun semasa beliau menjadi mufti, sebenarnya tekanan banyak diterima dari pas dan PKR yang sering menyanggah beliau..
namun kita dapati tak pernah pula suara2 datangnya dari kerajaan yang membidas beliau kecuali lah dari kalangan mufti sendiri dan juga zahid hamidi berhubung isu ISA. teguran dr.asri kepada pak lah pula kita lihat tidak pula paklah melenting.namun selaku orang melayu yang beradab sopan,sepatutnya teguran itu boleh beliau kemukakan sendiri tanpa perlu melalui media kerana ia boleh menjatuhkan maruah seorang pemimpin walaupun niat mahu menegurnya. adakah jika kita mahu menegur anak kita,kita perlu menegur melalui jiran kita dan jiran kita akan sampaikan pula kepada anak kita? apa yang jelas,rakyat seolah-olah melihat dr.asri hanya mahu menjadi hero dan meraih populariti..sayang sekali!!
pada pendapat saya ISA itu wajar diteruskan kerana pada fahaman saya semasa saya menuntut di indonesia,guru saya setuju dengan isa semasa saya bertanya kepada beliau..jelasnya isa berfungsi untuk menjaga kepentingan ummah dan tak perlu sehingga bencana berlaku barulah hendak dibicarakan.sesungguhnya perbicaraan di mahkamah ciptaan inggeris bukan boleh berlaku adil, kadang2 boleh terlepas walaupun sebenarnya bersalah.
Post a Comment