Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, October 04, 2008

Ragam Manusia di Aidilfitri - Antara pelbagai darjat.

Assalamualaikum tuan tuan dan puan puan,

Telah selamat saya dan isteri kembali semula ke kediaman kami di ibu negara. Pelbagai macam peristiwa dan kenangan yang telah saya alami selama berada di kampung halaman orang rumah saya.

Ada yang manis, ada yang payau dan ada yang kelat. 

Sebagai manusia biasa yang tidaklah kaya tara mana malah boleh dikatakan sebagai manusia miskin tetapi tidak lah sampai keperingkat melarat, saya tega melalui setiap detik dan saat berhadapan dengan kerenah manusia manusia yang berkedudukan pelbagai peringkat kehidupan biar pun didalam satu keluarga.

Ada yang sudah lama hidup senang, ada yang didalam peringkat menginjak kaki kedunia jutawan, ada yang sedang bermujahadah membina kehidupan dan ada pula seperti saya, sedang berusaha sedaya mungkin meningkatkan taraf kehidupan sesuai dengan ilmu dan peluang yang ada.

Didalam saat saat menjelang Aidilfitri, pelbagai ragam manusia didalam lingkungan keluarga yang saya saksikan.

Bermacam macam sikap, bermacam macam pe'el dan perangai yang saya saksikan dek kerana manusia manusia itu berlainan status dan kedudukan duniawi. Hehehehe...

Saya rasa perkara sebegini memang berlaku didalam setiap keluarga yang ada didunia ini apatah lagi didalam negara kita yang amat mementingkan pangkat dan kedudukan harta masing masing.

Betul tak?

Saya memang seboleh mungkin tidak mahu membicarakan perkara ini tetapi hati kecil saya meronta ingin menengahkan sikap manusia yang sudah sekian zaman walau silih berganti tetapi memang tetap terbukti tidak lari dari apa yang diperkatakan nabi nabi Allah Subhanahu Wa Ta'ala baik dari azali lagi?

Kenapa ya?

Kenapa manusia terlalu mudah berubah sikap dan sifat hanya kerana segenggam wang ringgit yang mampu merubah peribadi mereka sehingga sanggup beza membezakan diantara ahlul keluarga sendiri?

Saya kasihan dengan manusia manusia begini kerana kebahagiaan bagi mereka berputar hanya didalam lingkungan wang ringgit yang bersifat sementara sahaja.

Sekiranya harta kekayaan itu hilang lenyap akibat sesuatu perubahan keadaan, maka jiwa mereka tinggal kosong.

Materialisma mencengkam kehidupan mereka. Saban waktu mereka memikirkan duit, duit, duit!

Wang dan harta menjadi matlamat hidup. Bukan lagi kasih sayang alami.

Anak anak dididik membezakan ahlul keluarga dan disekat sekat perasaan budak budak mentah itu yang dahagakan kasih sayang tanpa sebarang syarat atau darjat dan kedudukan?

Kasihan!

Jiwa jiwa yang terbelenggu dengan gari gari kemewahan!

Manusia bila sudah mula kaya lupa.

Lupa kepada hari hari yang akan menjelma jua dimana segala pangkat, harta dan kekayaan tidak akan dapat membantu mereka bila jasad mereka sudah kehilangan ruh yang dicabut oleh Malaikatul Maut, Saiyidina `Izra'il Alaihis Salam.

Bagaimanakah kedudukan mereka ketika itu?

Sejuk jasad mereka kaku menanti diuruskan dan dikebumikan nanti diperut bumi kubur masing masing.

Manusia harus sadar diri bahawa sekaya mana mereka itu didalam dunia ini tetap akan hancur reput dimamah ulat ulat !

Betul tak tuan tuan dan puan puan?

Nak bawa kemana nanti harta benda tu semua?

Entahlah manusia!

Dunia...dunia...
Post a Comment