Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, October 10, 2008

'Segenggam Iman dan Secebis Akidah' oleh Zainol Abideen










Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari sekelian.

Peristiwa kematian sepasang suami isteri India Muslim di Flet Sri Sarawak, Jalan San Peng, Kuala Lumpur menyentak saya dari lamunan, yang sedang asyik melayani urusan hal ehwal kehidupan saya sendiri dan mengguris dalam jiwa ini, membuka luka luka lama, berdarah membisa, menikam kalbu!

Kematian dua insan yang jahil bab ajaran agama Islam di akhir zaman ini walau dikelilingi para ulamak dan 'pewaris anbiya' yang beratus ribu jumlah mereka dibumi tanahair ini yang pernah pada suatu masa sarat dengan kebangkitan Ad Deenulah dibeberapa negeri negeri yang mengaku mempunyai mereka yang bertaraf wali wali Allah dahulu.

Pembunuhan kejam dua makhluk bernama manusia yang mati dibelasah berdarah pecah kepala dan menderita luka luka luar dan dalam akibat dipukul dan dihentak topi keledar motosikal dan batang batang kayu serta lain lain perkakas oleh sanak saudara mereka sendiri hanya mendedahkan betapa terpesongnya akidah dan akhlak sesetengah daripada mereka yang bernama sahaja sebagai orang orang Islam namun pada hakikatnya adalah musuh musuh paling durjana bertopengkan ajaran ajaran sesat lagi menyesatkan!!!

Dajjal dajjal ini bertopengkan pemuka pemuka ajaran yang memang tidak ada asas sama sekali didalam ajaran ajaran Islam yang dibawa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam!

Mana ada didalam Islam kerja kerja menyuci dosa dengan main pukul pukul gitu?

Astaghfirullah hal azhim!!! Hai lah manusia ...manusia!

Mengapa singkat betul fikiran mereka kini?

Nak kata zaman jahiliyyah, kita dah lama beralih ke era sains dan teknologi.

Namun nak kata kita ni dah tahu membezakan yang mana hak dan yang mana batil, masih ada segolongan manusia manusia akhir zaman ini yang masih keliru, masih celaru tentang apa dia yang hak dan apa pula yang batil didalam agama kita?

Jika mahu diteliti sehalus halusnya didalam bab halal haram ini, sudah tentu kita akan menemui seribu satu perkara yang khurafat atau shubahat menurut pandangan ulama ini dan itu?

Jika sebaliknya kita main hentam keromo sahaja, apa bezanya antara kita yang mengaku Muslim dengan orang yang tidak percaya apa apa pun atau penyembah berhala atau apa sahaja selain Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Hmmmm...memang rumit nanti jika kita hendak begitu teliti sekali.

Bukanlah saya berkata kita boleh mengambil mudah sahaja hukum hakam agama tetapi usahlah pula kita menokok nambah peraturan atau ketentuan prinsip prinsip agama Islam mengikut kemahuan hati dan nafsu kita!

Sejak kebelakangan ini semakin bertambah kes kes orang orang yang mengaku diri mereka sebagai orang orang Islam berkelakuan sebaliknya dan kekadang melampaui orang orang kaffir didalam perlakuan perlakuan keterlampauan mereka!

Saya tidak perlu terangkan secara terperinci disini akan apa bentuk maksiat yang sedang dilakukan oleh puak puak ini kerana tuan tuan dan puan puan sedia maklum akan apa yang saya maksudkan?

Dewasa ini, terlalu ramai dikalangan umat Islam di Malaysia hidup seolah bukan Muslim.

Ramai yang tidak faham akan tuntutan agama Islam dan hidup ikut suka hati mereka.

Tidak usahlah anda menyoal saya akan dari mana sumber statistik yang dikumpul dan siapakah pembancinya yang pergi ketuk pintu rumah orang bertanya:

' Err..encik! Maaf kerna mengganggu. Pagi tadi encik solat subuh ke tidak? Err..please excuse me. Did you pray subuh this morning?'

Saya rasa anda sudah tentu dapat tangkap maksud bidalan saya ini.

Mana ada sesuatu badan atau agensi kerajaan yang tak ada kerja lain nak pergi ketuk pintu rumah umat Islam bertanyakan soalan soalan cepumas seperti itu?

Kekadang kita sendiri terlajak tidur, dibuai mimpi nan indah sampailah sang mentari memanaskan punggung atau muka kita dengan sinaran surianya mengganggu nyaman nya tidur berdengkur berselimut gebar yang lembut enak semalaman sampai kesiangan!

Ini contoh!

Anda sudah tentu bersetuju dengan saya bahawa ada pernah kita sendiri terlajak dibuai mimpi sekali sekala didalam kehidupan kita.

Namun didalam ajaran Islam ada kelapangan dan keanjalan hukum hakam bilamana berlaku keadaan sedemikian.

Ini yang manusia jarang mengambil tahu.

Bagi kebanyakan orang baik yang Islam hanya pada nama atau yang memang tidak ada didalam senarai Jabatan Pendaftaran Negara sebagai diantara warganegara ini yang diiktiraf sebagai orang berbangsa sekian dan beragama sekian?

Islam di anggap suatu agama yang teramat keras dan tidak mengambil kira akan kelemahan dan kekurangan manusia.

Ini satu fahaman yang salah sama sekali.

Bagi mereka yang mahu belajar tentang apa sebenarnya ajaran agama Islam yang diperturunkan Allah, Tuhan Maha Pencipta Semesta Alam dan sekelian isi kandungannya, mereka sudah pasti akan menjumpai hakikat bahawasanya Islam ini adalah sebaik baik cara hidup bagi kita yang dicipta sebagai makhluk yang bernama insan atau manusia?

Soalnya, berapa banyakkah diantara kita umat Islam didalam Malaysia ini yang sudi meluangkan masa, berdakwah kepada sekelian manusia lain yang kita berupaya berinteraksi dan berhubungan dengan matlamat menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka dan belajar dari mereka akan perkara perkara yang mungkin berguna bagi kita didalam menjalankan misi agung kita iaitu 'menyeru manusia kepada yang hak dan membanteras yang batil?'

Nak tunggu diri kita jadi sarjana atau ilmuwan Islam baru kita nak mula bergerak mengatur langkah menjadi seorang pendakwah?

Minta maaf le..

Sampai ajal kita sampai dan jasad kita dikebumikan didalam liang lahad / liang kubur, belum tentu lagi kita dapat melengkapkan akan tuntutan keperluan ilmu agama sepertimana disalahertikan sebilangan besar manusia dibumi Allah ini?

Baru baru ini semasa pengacara dan penerbit program BLOG RTM 1 Encik Hasshim Abu Hanifah bertanya kepada saya tentang latarbelakang dan pendidikan agama saya, saya secara ikhlas menjawab bahawa saya cuma orang kampong yang belajar ilmu agama dari majlis majlis ilmu di surau surau dan masjid masjid belajar dari ustaz ustaz di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Ramai yang marah benar dengan saudara Hasshim kerna bertanya saya soalan itu dan apa perlunya ia menumpukan perhatian kepada latarbelakang saya dan tidak kepada apa yang saya sedang sampaikan?

Matlamat saya pada malam itu adalah mengutarakan akan keadaan umat Islam di negara ini yang sedang tenat disebabkan kelesuan para alim dan ulamak serta mufti mufti yang gagal membimbing dan mendidik anggota masyarakat terutamanya orang orang Melayu Muslim yang sedang hanyut dipukul gelombang maksiat dan kejahilan peringkat tinggi sejak kebelakangan ini?

Maka inilah sebabnya kenapa pihak kerajaan serta penjawat jawatan penting didalam jabatan jabatan agama serta hal ehwal Islam sering dipersalahkan diatas kegagalan mereka membimbing masyarakat ke arah penghayatan kehidupan secara Islam yang sebenar?

Terlalu banyak protokol dan garis panduan itu dan ini yang merumitkan keadaan dan membuatkan Islam itu kelihatan terlalu otokratik dan menyusahkan padahal ajaran sebenar Islam tidak begitu!

Banyak kemudahan sebenarnya terdapat didalam ajaran ajaran dan prinsip prinsip Islam tetapi selalunya musuh musuh Islam baik dari dalam kalangan umatnya apatah lagi dari golongan kuffar yang harbi mengambil peluang dari kemusylahatan kita untuk memporak perandakan keseluruhan umat Muslim dengan menggembar gemburkan perkara perkara seperti murtad, kebebasan itu dan ini melalui media massa dan forum forum antara agama dan hak hak asasi manusia.

Saya akan susuli lagi tulisan saya ini mengenai bab 'Segenggam Iman dan Secebis Akidah' didalam waktu terdekat ini kerana waktu Asar dah masuk.

Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh.
















Abdillah,
Zainol Abideen.
Bandar Tun Razak,
Kuala Lumpur.
Post a Comment