Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, November 28, 2008

Antara Adat, Kebudayaan Melayu dan Agama Islam

Saya merujuk kepada saranan Mufti Perlis supaya Majlis Fatwa Kebangsaan tidak sekadar membuat keputusan tentang senaman Yoga yang berasal dari agama Hindu tetapi mengambil kira juga lain lain adat resam dan kebudayaan Melayu yang turut berteras dari agama atau fahaman tersebut.

Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawasanya masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam ke rantau ini pernah menganuti fahaman Hindu. Malah sampai ke hari ini, masih terdapat orang orang Melayu dikepulauan Bali yang beragama Hindu.

Ini kebenaran yang kita tidak boleh menyangkal dengan alasan remeh temeh bahawasanya mereka itu bukan berbangsa Melayu tetapi orang orang Indonesia.

Dah namanya serumpun maka tidak perlu orang orang Melayu bersifat lekas melatah dan marah marah bilamana di ungkit kenyataan sebegitu.

Benda ini bukan baru. Sudah lama. Namun saya hairan kenapa adat adat sedemikian iaitu sepertimana dibangkitkan Mufti Perlis itu tidak pula menjadi bahan kajian dan tertakluk kepada pembanterasan perbuatan perbuatan mungkar dan haram oleh alim ulama kita didalam Majlis Fatwa Kebangsaan?

Sehingga ke hari ini orang orang Melayu tegar meneruskan adat adat yang tidak berasaskan ajaran ajaran Islam seperti mengadakan upacara menepung tawar di majlis perkahwinan orang orang Melayu, bersanding dan mengangkat sembah terhadap Sultan Sultan dan Raja Raja Melayu!

Bukankah itu semua lebih jelas bertentangan dengan apa yang diajar didalam Agama Islam?

Terutama sekali bab mengangkat sembah kepada Sultan dan Raja Melayu! Bukankah sudah jelas perkara itu termasuk menghampiri syirik kerana sudah seolah mendewa-dewakan sesama manusia?

Apakah Majlis Fatwa kita tidak diberi kuasa untuk menegur perbuatan perbuatan khurafat tersebut atau ada perbezaan didalam menangani antara salah laku rakyat kebanyakan dan ketidakpedulian pihak berkuasa agama bilamana sesuatu kemungkaran itu melibatkan pihak istana?

Saya berharap agar kita dapat membersihkan masyarakat kita dari unsur unsur syirik dan khurafat demi menjaga ketulusan iman dan memantapkan akidah kita bersama dengan menghentikan perbuatan perbuatan sedemikian yang sah bertentangan dengan Ad Deenul Islam.

Didalam perkara ini, saya menyokong saranan Mufti Perlis Sahibus Samahah Dr. Mohd. Asri Zainol Abidin.

Apa kata Majlis Fatwa kita?
Post a Comment