Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, November 25, 2008

Bila Istana Menolak Keputusan Ulamak - Tanggung Saja Natijahnya!





Assalamualaikum para pembaca yang di hormati sekelian.

Ingin saya merujuk kepada tajuk tajuk berita didalam suratkhabar hari ini yang rata rata menerbitkan bantahan Kesultanan Selangor Darul Ehsan dan Kesultanan Perak Darul Ridzuan terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan gaya laku 'pengkid' dan terkini 'Yoga' yang boleh menjurus kepada kecelaruan amalan bagi mana mana individu Muslim yang lemah pegangan akidahnya kepada mengambil amalan amalan keagamaan Hindu sebagai satu perkara yang biasa didalam senaman tersebut.

Ini pendapat peribadi saya selaku seorang yang mengajak manusia kepada Ad Deenul Islam.

Satu satu nya agama wahyu dari Allah, Tuhan semesta Alam kepada kita anak cucu keturunan Ayahanda kita semua yakni Nabi Allah Adam Alaihis Salam dan Bonda kita Saiyidatina Hawwa Radhiallahu Anha.

Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari sekelian.

Masyarakat kita heboh dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan keputusan fatwa menjatuhkan hukum yakni Haram bagi mana mana perempuan menyerupai lelaki dan mengadakan perhubungan diluar tabi`i sesama jenis.

Apakah masyarakat kita zaman ini buta dan dungu sekali sehingga tidak tahu perbezaan diantara kelakuan selaku 'tomboy' dan 'pengkid'?

Tomboy sepertimana yang saya ketahui adalah seorang individu perempuan yang gemar berpakaian ala lelaki dan tingkah lakunya kasar sedikit berbeza dengan sifat semulajadi wanita yang lemah lembut dan sopan perangainya.

Tomboy ini selalunya bersifat sedemikian sementara sahaja dan bila sampai waktu ianya hendak bernikah akan berubah kembali kepada keadaan semulajadi seorang wanita.

Bukan mereka ini yang dimaksudkan para ulamak kita didalam Majlis Fatwa Kebangsaan.


Jika dilihat akan naluri semulajadi wanita tanpa mengambil kira akan keturunannya, maka akan kita lihat bahawa setiap budaya manusia sepertimana yang kita sedia maklum adalah berlawanan dengan sifat dan semangat kelelakian diseluruh dunia.

Wanita Timur seperti di Tanah Melayu dahulu amat terkenal dengan sopan santunnya. Bertudung dengan kain batik menutup perhiasan diri, sepertimana kita dapat lihat didalam pameran pameran di muzium muzium dan juga menonton didalam filem filem Melayu lama menampilkan keindahan akhlak dan sifat malu wanita wanita Melayu dizaman silam.

Begitu juga dengan wanita kaum kaum lain di Malaya dahulu.

Perempuan China tidak ada yang terdedah seperti dizaman sekarang. Amat susah untuk dapat melihat raut wajah wanita China dahulu kerana selalunya wanita China yang budiman akan dijaga supaya lelaki yang bukan suaminya susah untuk dapat menatap wajahnya dan senantiasa diapit oleh 'chaperone' yang dipercayai supaya tidak tercemar nama baik dan maruah keluarganya.

Ini cerita zaman dahulu.

Cuba kita lihat pula akan keadaan wanita dari kaum India.

Anak anak gadis mereka jika sudah cukup umur, tidak dibenarkan keluar sesuka hati mereka dan akan dilindungi akan keselamatan mereka dan juga dari dilihat oleh lelaki yang bukan layak atau sesuai untuknya.

Ini semua keadaan zaman dahulu dimana kaum wanita dihargai dan dipelihara akan maruah dan kesucian mereka.

Kembali semula kita ke hari ini.

Zaman sains dan teknologi. Wanita diperdaya dan diambil kesempatan keatas diri mereka oleh hampir keseluruhan masyarakat.

Setiap hari kita membaca didada akhbar akan laporan berita kesengsaraan wanita.

Ada yang mati dibunuh selepas dirogol bergilir gilir, ada yang mati dibelasah selepas diperkosa dan dibakar mayatnya, ada yang menjadi mangsa sumbang mahram, diperkosa oleh ayah atau saudara lelakinya sendiri.

Mana perginya suara suara dari mahligai istana menghentam kelakuan maksiat dan jenayah sebegini? Sunyi sepi memanjang je....apa kena sindrom Si Luncai?

Entahlah tuan tuan. Maksiat dibiar ...ulamak pulak yang dikejar!!!

Memang sudah hampir dengan Hari Kiamat nampaknya! Hmmmmmmmm.....

Timbul pula masaalah wanita dijadikan pemuas nafsu oleh wanita juga.

Iya! Wanita ini lah yang digelar dengan istilah 'pengkid'.

Wanita yang bergelagat seolah lelaki. Diikat buah dadanya supaya tidak kelihatan bentuk bonjolan payudaranya sendiri.

Berpakaian ala lelaki, berambut pendek, berkasut 'boot' selaku macho dan berperangai sama atau melebihi lelaki dari segi sikap keangkuhannya dan senantiasa berwatak selaku kaki gaduh, sedia bertumbuk melindungi 'awek'snya.

Istilah yang sama dengan bunyi orang hendak muntah!

Awekkkkk!
Buruk benar bunyinya!

Betapa hebatnya kehancuran budaya dan bahasa sesetengah orang orang Melayu zaman sekarang!

Bayangkan senario jika ibu ibu para pembantah fatwa mengharamkan 'pengkid' ini sama sahaja perangai dengan pengkid pengkid itu?

Tak akan lahir ke muka bumi ini lah mereka!

Iyalah ! Sesama jantina! Gosoklah dari pagi sampai kepetang esok ! Takkan hamil punya!


Dan selalunya gelagat sedemikian disusuli dengan kelaku songsang yang membawa kepada pelbagai macam lagi unsur unsur zina dan angkara mungkar!

Apakah pihak istana merestui kelakuan maksiat sedemikian?

Ish! Ishh! Ishhh! Ishhh!

Kelakuan ini yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mengapa bongok sangat pihak pihak berkedudukan yang bukan main cepat melatah?

Menghentam pihak ulamak dan berilmu didalam Majlis Fatwa Kebangsaan kita?

Ulamak ulamak kita itu menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dan sebenar benarnya itulah kewajipan mereka terhadap Ummah ini!!!

Mereka lah sahaja yang ada untuk menjaga agar masyarakat hari ini tidak terjerumus langsung kedalam kancah maksiat yang sedang merebak, bermaharajalela didalam negara ini!!!

Nak harap Sultan turun padang, mencemar duli mencegah maksiat didalam negara???

Bagaikan bermimpi disiang hari.

Tunggu sajalah kucing bertanduk atau sampai ke saat tiupan sangkakala oleh Malaikat Israfil Alaihis Salam.

Saya teringat kisah Almarhum Duli Tuanku Sultan Alaudin Ri`ayat Shah di zaman Kesultanan Melayu Melaka yang tegas memerangi jenayah di zaman pemerintahan baginda.

Nah! Itu dia contoh seorang Sultan yang memang patut kita hormat dan akur kepadanya.

Sesudah berusia 50 tahun, belum lagi saya mendengar mana mana Sultan Melayu sekarang bersifat sedemikian rupa?

Jika ada, tolong kabarkan kepada saya. Mahu sangat diri ini dibetulkan didalam perkara dan tanggapan ini bahawa para Sultan dan Raja sudah tidak peduli akan nasib umat Islam dibumi Malaysia ini dengan ertikata prihatin secara sebenar benarnya!

Saya bukan berniat ingin menderhaka terhadap Raja tetapi selaku seorang Muslim hanya memperkatakan yang hak terhadap penguasa yang tidak berani memperjuangkan Ad Deenullah!

Selaku seorang Muslim kita harus berani didalam menjalani kehidupan kita yang bersifat teramat sementara ini.

Berani kerana benar! Takut hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala!!!

Ini realiti kehidupan kita hari ini.

Maksiat bermaharajalela di segenap pelusuk negara ini dan bilamana ulamak tegas mencegah yang mungkar ; timbul pihak yang sepatutnya dari dahulu lagi berusaha mencegah sebelum parah, hanya pandai menghentam mereka pulak!

Apa gunanya bergelar pemerintah yang berkuasa keatas Urusan Hal Ehwal Agama Islam jika pemerintah itu sendiri tidak berani menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada kita?

Nak harap gahnya sahaja?

Apa faedahnya pada Ummah?

Dari zaman Kesultanan Melaka lagi, ketidakpedulian pihak Istana terhadap salah laku masyarakat dan pemerintah itu sendiri menjadi punca bala dan mala petaka menimpa negara!

Nah!

Zaman berganti zaman tetapi sampai sekarang sama sahaja kelakuan pihak Kesultanan Kesultanan Melayu yang cuma tahu menekan ulamak dan tidak membantu mereka membersihkan masyarakat dan Ummah ini!

Takutlah kepada Allah wahai `Ulul Amri dan jangan lupa bahawa Maut itu sentiasa mengintai setiap seorang daripada kita tanpa mengira diri itu Sultan atau rakyat biasa?

Mungkin di dunia ini kita dibeza bezakan dari segi faktor keturunan, warna kulit, harta dan kedudukan didunia ini tetapi bilamana sujud terhadap Raja keatas Sekelian Raja, Shahan Shah, Malikul Mulk, Sultanul Sultan, yakni Allah Subhanahu Wa Ta'ala, apakah dahi dahi Sultan Melayu tidak terletak sama paras dengan 'hamba' rakyatnya diatas sejadah?

Apa dahi Sultan terapung barang dua tiga sentimeter dari lantai?

Sadarlah keadaan diri hanya berkuasa sementara didunia ini wahai ikhawanul muslimin!

Usah menjadi batu penghalang kepada tugas dan tanggungjawab para ulamak kita iaitu pewaris Anbiya Iwal Mursalin.

Tanpa ulamak, negara ini akan hancur dan punah ranah ditenggelami banjir maksiat yang senantiasa bergelombang tanpa mengambil peduli akan halal haramnya sesuatu perkara itu.

Hentikan kecaman kepada para ulamak kita dan bantulah mereka memelihara kebajikan umat Islam Malaysia yang amat memerlukan bimbingan dan kepimpinan mereka.

Para Mufti Malaysia! Takutlah akan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan berdiri teguhlah anda memegang panji panji Allah Azza Wa Jalla.

Hamba sentiasa menyokong anda JIKA anda menjalankan perintah perintah Allah tanpa tunduk kepada tekanan manusia yang gilakan harta dan kemewahan duniawi semata mata.

`Qullu nafsin iza iqatul maut!'.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Barangsiapa yang memerangi ulamak adalah musuh kita dan saya selaku hamba Allah akan sentiasa bersama ulamak ulamak muktabar Malaysia.

La haula wala quwwata illa billah hal aliyyil adzhim bil sultanik!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Laporan dari Utusan Malaysia berkaitan perkara ini:

Jangan pertikai fatwa yoga

BANGI 24 Nov. - Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan fatwa mengharamkan yoga kerana tiada jaminan pengamal senaman itu tidak terjebak dalam mantera atau elemen falsafahnya.

Beliau menegaskan, ini kerana yoga merupakan 'ilham laduni' yang menerima tuhan sebagai model yang maha sempurna dan atas sebab itu bagi pengamal yoga di antara perkara utama yang dikehendaki ialah mesti melakukan senaman badan yang digelar 'asana yoga'.

''Matlamat senaman yoga ialah mahu bersatu dengan Brahma (maha pencipta), justeru agak janggal jika ada orang bukan Hindu terikut-ikut dengan senaman itu.

''Terdapat banyak risalah yang menerangkan puluhan ragam cara-cara mengamalkan senaman yoga, yang tujuan asalnya bukan untuk kesihatan badan semata-mata malah lebih jauh dari itu iaitu bersatu dengan Brahma," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Dr. Abdulfatah yang turut menyertakan kajian mengenai yoga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan memberitahu, buku-buku senaman yoga boleh menyebabkan pengamalnya terpengaruh dengan pelbagai teori mengenai kejiwaan Hindu yang bercanggah dengan akidah Islam.

''Yoga ialah 'sambungan', 'kok', 'bersatu' atau 'ittihad' roh individu dengan roh alam semesta serta kesatuan roh ilahi sendiri (Brahma) yang bersatu dengan tuhan.

''Yoga ialah falsafah Hindu iaitu satu agama wahdat al-wujud yang menyalahi fahaman Islam ithainiyat al-wujud," katanya.

Menurutnya, antara bentuk senaman yoga ialah Padmasana (kedudukan bunga teratai) yakni duduk bersila di atas lantai dengan kaki kanan di atas paha kiri dan kaki kiri di atas paha kanan serta meletakkan tapak tangan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri serta ibu jari menyentuh jari telunjuk.

Terdapat juga senaman garuda atau Garudasana iaitu nama burung khayalan yang menjadi tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.

Beliau memberitahu, amalan zikir 'OM' atau 'AUM' yang diamalkan oleh para yogi (pengamal yoga) dikatakan mantera kekuasaan suci.

''Di dalamnya terkandung segala nama tuhan dan mengandungi banyak rahsia terpendam, cara menyebut kalimah ini hendaklah dikeluarkan suara daripada belakang kerongkong, dihembus ke mulut, keluar dari mulut dan selesai apabila bibir tertutup setelah menyebut huruf 'M' yang terhenti dengan dengungan suara bunyi berterusan.

''Ini melibatkan semua anggota badan yang mengeluarkan perkataan manakala suara yang mengandungi banyak nama tuhan manakala AUM pula yang bermula huruf 'A' melambangkan kejadian terkandung dalam diri Brahma, 'U' melambangkan Vishnu tuhan pemeliharaan dan 'M' melambangkan Shiva tuhan pembinasa.

''Amalan konsep bersenam biasa ialah mengeluarkan peluh tetapi tidak berlaku dalam yoga. Malah senaman biasa boleh dilakukan tanpa penyeliaan guru dengan menjadikan buku sebagai panduan.

''Saya sendiri pernah mengamalkan yoga lebih 30 tahun lalu semasa di Amerika Syarikat (AS) dan mampu melakukan senaman teratai, tetapi mula meninggalkannya apabila mendapati yoga bercanggah dengan amalan Islam," katanya.

Dr. Abdulfatah memberitahu, tanda tanya yang besar dalam dirinya adalah apabila yoga menerapkan elemen kepercayaan Hindu iaitu mati dan hidup manusia berulang-ulang manakala dunia ini kekal tiada kiamat.

Kata beliau, dalam kepercayaan itu, masalah dosa setiap individu dibalas dengan undang-undang karma.

Kata beliau: ''Apabila mati, seseorang itu akan dihidupkan semula, rohnya memasuki jasad deva atau manusia atau binatang atau tumbuh-tumbuhan.

''Dari kaca mata Hindu-Buddha, mati dan hidup semula berterusan selama-lamanya dan berulang-ulang, dunia ialah tempat penderaan balasan karmanya yang tiada kesudahan, sedangkan dalam Islam mati hanya sekali," katanya.

Post a Comment