Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, November 11, 2008

Jalan Jalan ke Kuala Terengganu.

Assalamualaikum wahai pembaca blog ini sekelian.

Saya pohon maaf kerana tidak sempat memaklumkan akan pemergian saya balik ke kampong orang rumah saya di Kuantan, berlibur ke Sungai Lembing pada hari Sabtu dan kemudiannya pergi bercuti ke Kuala Terengganu pada hari Ahad bersama isteri kerana jadual masa amat ketat dan saya tidak memiliki modem usb internet secara mobile.

















Pemergian saya ke Kuantan di Pantai Timur pada Jumaat yang sudah adalah memenuhi jemputan ke Majlis Kenduri dan Pembacaan Do'a Selamat untuk pasangan adik ipar saya suami isteri yang akan mengerjakan ibadah Haji pada musim ini.

Selepas majlis do'a selamat itu selesai, maka pada keesokkan harinya kami telah pergi berlibur ke Sungai Lembing dan keesokkannya kami terus ke Kuala Terengganu.

















Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, segalanya berlangsung dengan selamat dan selesa. Banyak kisah kisah menarik tentang lawatan kami ke Sungai Lembing.

Ada kisah naik bulu roma semasa saya menjejak kaki ke pintu lombong tinggal di puncak Bukit Panorama disana. Nantikan kisah nya serta video rakaman saya menjejak kaki ke pintu lombong yang menyeramkan itu. Hehehehehe.

Kami bertolak dari Kuantan pada jam 10pagi (hari Ahad) dan sampai di Kuala Terengganu pada jam 5 petang gitu sebab memandu secara santai dan tidak terburu buru! Orang tengah bercutilah katakan! Hehehehe..

Pelbagai pandangan menarik sempat saya rakam dengan kamera digital kami dan Insya Allah akan saya muatnaikkan kesini sebaik selesai prosesnya.

Sehingga ketemu nanti disambungan kisah saya bercuti 'Jalan Jalan ke Terengganu, saya ucapkan selamat beristirehat bersama ahli keluarga tercinta.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment