Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, November 28, 2008

Dilema Mamak, Melayu dan Muslim di Malaysia

Assalamualaikum saudara saudariku umat Islam sekelian.

Mudah2an tuan tuan dan puan puan semua berkeadaan baik, sihat sejahtera hendaknya. Amin.

Tajuk perbincangan saya kali ini berkisar tentang realiti kehidupan kita umat Islam di Malaysia ini yang dahulunya dikenali sebagai Negeri Negeri Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu.

Masih ingatkah tuan tuan akan wujudnya keadaan dimana kita semua, warganegara Malaya hidup didalam keadaan saling bertolak ansur dan sepakat sehinggalah tercetusnya tragedi berdarah pada tanggal 13hb.Mei, 1969?

Saya berusia 11 tahun ketika itu. Masih kanak kanak lagi dan tidak berapa faham lagi akan perbezaan diantara warna kulit dan agama dizaman itu.

Zaman dimana kami budak budak kampong bebas berjalan kemana sahaja di persisiran tepi laut Jelutong dimana terdapat perkampongan perkampongan Melayu dari Batu Uban sehingga ke Jalan Kota Giam, kampong saya.

Kampong Melayu terakhir bersempadan dengan perkampongan China bersempadan dengan Jalan Tokong Batu sehingga ke Weld Quay, Pulau Pinang.

Zaman bebas bergerak dan bergaul itu sudah lama hilang ditelan dedaun masa.

Pada usia 50 tahun ini, saya cuma mampu terkenang kembali kebebasan zaman kanak kanak dan merindui suasana sebegitu didalam usia senja ini.

Baru baru ini saya menerbitkan artikel yang memuatkankan laporan sebuah stesen televisyen Korea yang mendedahkan kegiatan seorang pengamal perubatan alternatif sebagai diragui kebolehannya merawat pesakit menggunakan tenaga dalam dirinya dan juga video dari You tube yang menunjukkan Penyanggah Antarabangsa James Randi menunjukkan bagaimana sesiapa sahaja yang menceburi bidang silapmata atau ilusi boleh juga melakukan perkara perkara yang sama seperti pengamal kaedah 'rawatan alternatif' tersebut jika mengikuti cara cara tertentu.

Maka ramai lah pembaca blog saya menulis komen menghentam si pengamal kaedah alternatif itu kerana sudah terang lagi bersuluh, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa apa yang diperkatakan James Randi itu ada kebenarannya.

Nah, tiba tiba ada seorang pengikut setia pengamal alternatif itu menghantar komen memaki hamun saya kerana 'mempercayai' orang orang kuffar dan menjatuhkan maruah dan martabat sesama 'Mamak' dan Muslim!

Saya tahu ada ramai lagi golongan anggota masyarakat kita yang bersikap dan bersifat begini yang memang susah menerima fakta dan kenyataan yang sebenar didepan mata mereka.

Saya tidak menyalahkan beliau kerana mungkin sudah lama bersama sama dengan pemimpin nya itu.

Kesetiaan yang tidak berbelah bagi nampaknya. Saya serahkan kepada dirinya untuk mengkaji kebenaran didepan mata.

Yang hak tetap terbela ; yang batil akan kecundang jua. Ini lumrah alam.

Namun sikap sedemikian membuatkan saya memikir. Kenapa masih ada lagi segelintir dari kalangan umat Islam kita yang begitu taksub terhadap bangsa dan keturunan atau sesama agama TANPA mengambil kira akan kebenaran perkara dan sikap serta sifat sebenarnya mereka yang dipuja dan dipuji tanpa soal begini?

Bagi saya selaku seorang Da'ee, saya tidak membezakan antara kaum atau agama.

Tidak semestinya hanya kerana seseorang itu sama bangsa dan keturunan dengan saya atau sesama agama, maka sebarang salahlaku dan perbuatan maksiat atau khurafat orang itu akan saya diamkan atas dasar 'sesama Mamak' atau disebabkan ianya Melayu dan 'Muslim'!

Tidak sama sekali!

Minta maaf. Setakat diri ini, memang tidak sanggup menutup sebelah mata atau tidak mengambil peduli kerana sipesalah laku itu sama 'kaum' dengan saya atau ianya mengaku sesama Islam dengan diri ini!

Tak ada didalam kamus kehidupan saya, sebarang 'double standard' didalam memilih tajuk atau perkara untuk bahan penulisan blog saya ini.

Prinsip saya senang saja. Berani kerana benar dan bertaubat jika benar bersalah. Habis cerita!

Tak timbul masaalah bahawa sipolan itu sama bangsa dengan saya atau sebab dia orang Melayu atau kerana ianya sama Muslim dengan saya?

Yang hak tetap berhak dan yang batil, Insya Allah akan terdedah jua! Tidak kiralah betapa hebat penafian seseorang didalam perkara sebegini.

Yang benar akan tetap mengharum dan yang salah akan membusuk pekung jua!

Ini hakikat alami.

Berapa ramai sesama bangsa dan agama kita yang berbuat onar dan membawa mala petaka kepada sesama bangsa dan kaum tanpa mengambil kira bahawa mangsa mangsa mereka adalah terdiri dari sesama bangsa, keturunan dan agama?

Saya rasa tak ada lah sangat. Kebanyakan orang orang yang kononnya Alim akan berubah menjadi Zalim bila ilmu mereka dipersalah guna untuk mengabui mata masyarakat amnya.

Maka bagi saya tak ada bezanya diantara sesuatu bangsa atau keturunan.

Ianya tidak membawa apa apa erti bagi seseorang jika yang datang merompak, mencuri, menipu dan merogol itu sesama bangsa atau agama!

Yang buruk tetap buruk walaupun ianya darah daging kita sendiri! Hanya mereka yang bersifat dan bersikap perkauman saja yang kan tetap berkiblatkan warna kulit atau 'agama' yang hanya tinggal pada nama sahaja!

Pokoknya biarlah kita sadar akan keadaan dimana taksub terhadap bangsa itu dicegah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Asalkan mereka tidak menyusahkan hidup kita dah kira cukup.

Kalau yang kes kes sebegini, kalau kita kaji impak sosial akibat penyelewengan yang berlaku disebabkan kejahilan orang awam terhadap hukum hakam sebenar umat Islam maka barulah masyarakat kita akan sedar yang mana halal atau haram?

Jadi kepada penyokong tegar insan bertenaga dalam itu, minta maaf le jika kebenaran keadaan itu terlalu pahit untuk ditelan.

Kan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sudah berpesan, " Nyatakanlah kebenaran walaupun ianya pahit!"

Semoga dari terus diselaputi dengan ketaksuban tahap melampau itu, mudah2an akan ada Taufik dan Hidayah dari Allah SWT untuk kita semua.

Takat nak guna alasan 'close one eye' kerana sipelaku itu adalah sesama Mamak tetapi takleh pakai, sorry lah. Hamba tak kuasa nak melayannya.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment