Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, November 14, 2008

"Jangan sesiapa pertikai fatwa pengkid!" - KPN Tan Sri Musa Hassan














KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tertentu agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan pengkid.

Beliau berkata, tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.

''Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena "Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini semalam.

Beliau berkata, tindakan NGO bukan Islam yang melakukan demonstrasi berhubung pengharaman pengkid di ibu negara baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan. - Bernama

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah! Syabas Tan Sri Musa Hassan!

Nah! Lega sedikit hati saya membaca laporan amaran dari Ketua Polis Negara kita.

Bayangkanlah jika sekiranya ada umat Islam yang terbakar hati terlihat perempuan perempuan Kaffir Harbi Laknatullah itu semasa mereka membentangkan poster poster mereka menghina para ulamak kita di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan itu lalu membelasah jahil jahil itu sampai mati?

Tak ke nanti tercetus satu pergaduhan besar antara kaum dan agama nanti?

Perkara ini boleh berlaku! Ianya bukan mustahil!

Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar di ingatan setiap penduduk Malaysia yang dewasa dan prihatin tentang perlunya dikekalkan keharmonian didalam masyarakat kita.

Wanita wanita jahiliyah yang memprotes fatwa yang tidak ada kena mengena langsung dengan kehidupan mereka itu ternyata teramat bodoh kerana tidak sadar akan bahayanya protes bodoh mereka itu!

Saya sendiri teramat marah dengan mereka. Belum tentu diri ini dapat bersabar jika berada di persekitaran KLCC pada hari itu!

Saya sedang didalam perjalanan ke Pantai Timur semasa menerima panggilan makluman tentang protes jahiliyyah ini dari sahabat saya di Pulau Pinang, Haji Kamaruddin Abdullah, Pengerusi Islamic Propagation Society International yang turut marah mengetahui tentang kebodohan tahap melampau ini.

Saya berharap sangat agar pihak Polis Di Raja Malaysia akan menyusul perkara ini dan menghadapkan jahil jahil itu ke mahkamah diatas kesalahan menghina agama Islam dan institusi agama kita.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih dan tabik hormat kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara Malaysia.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati tuan seisi keluarga.

Amin.

Post a Comment