Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, November 01, 2008

Kes Culik Bawa Lari ke Lombok - Kerajaan Malaysia patut bertindak!

Saya merujuk kepada laporan akhbar Kosmo berkenaan kes 'bawa lari ke Lombok, Indonesia' anak anak gadis Melayu Malaysia oleh pendatang tanpa izin warga Kepulauan Lombok, Republik Indonesia yang dipaparkan dibawah.

Jika benar pengakuan rakyat Malaysia, Noor Fadilah Ahmad,18 bahawa dirinya tidak dinikahi secara sah dan rasmi oleh warga Indonesia, Nasrudin Dahrom, 24, maka ini sudah kes jenayah melibatkan culik dan zina ( sekiranya telah berlaku perhubungan jenis diantara pasangan kekasih MALINDO ini).

Saya menyeru Kerajaan Malaysia supaya bertindak membawa kemuka pengadilan sipenculik ini @ Nasrudin Dahrom yang merupakan penjenayah terkini dari pemangsa pemangsa sebelum ini yang berasa bangga dan ego dapat membawa lari gadis gadis Melayu Malaysia ke Lombok untuk dijadikan isteri mereka ( Wallahu `alam samada mereka dinikahi secara rasmi ke tidak?).

Saya tidak hairan dengan tindakan bapa Fadilah yang mahu membelasah si petualang durjana itu @ Nasrudin Dahrom semasa mengambil semula anak perempuannya disana!

Kalau kena pada diri kita sendiri, saya rasa tidak akan menjadi suatu keganjilan atau keterlampauan reaksi sekiranya sidurjana itu dipukul sampai mati oleh ayah ayah mangsa penculikan kes kes tersebut.

Cukup sudah Kerajaan Malaysia berdiam diri dengan perlakuan perlakuan jenayah ini oleh warga warga negara jiran kita ini.

Mintalah kerjasama Kerajaan Republik Indonesia untuk membanteras jenayah oleh warga mereka ini.

Saya percaya Kerajaan Republik Rakyat Indonesia sendiri tidak rela melihat perbuatan melampau penjenayah penculik dari Lombok ini!

Memalukan mereka sahaja dengan jenayah rakyat sendiri!

Kes kes culik dan bawa lari ke Lombok ini akan terus berlaku sekiranya tidak ada langkah langkah serius dijalankan oleh kedua dua Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat Indonesia ini.

Hentikan gejala ini dan hadapkan mereka yang membawa lari gadis warga Malaysia ke Lombok ke muka pengadilan.

Culik tetap jenayah melainkan Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat Malaysia dalam diam diam merestui atau tidak berupaya menghentikan kes kes begini?

Jika tidak ada langkah susulan dari kedua Kerajaan ini, maka janganlah hairan sekiranya ada penjenayah culik dari Lombok ini mati dipenggal kepala mereka oleh ayah ayah mangsa mangsa warga Malaysia nanti?

Ribuan terimakasih kepada akhbar Kosmo diatas laporan berita dibawah. Teruskan kerja cemerlang tuan tuan dan puan puan semua. Laporkanlah kebenaran walau apa sahaja cabaran dan halangan yang mendatang. Insya Allah.

Saya tak pernah nikah - Fadilah


FADILAH dicium oleh adik-adiknya sambil melihat laporan Kosmo! mengenai kisahnya semasa pulang ke rumah keluarga di Bagan Serai semalam.

BAGAN SERAI - "Saya bukan isteri Nasrudin dan kami memang tidak pernah bernikah.''

Demikian pengakuan Noor Fadilah Ahmad, 18, kepada Kosmo! bagi menafikan kenyataan bekas kekasihnya, Nasrudin Dahrom, 24, bahawa mereka telah berkahwin di kampung halaman lelaki itu di Lombok Timur.

Fadilah mendakwa, semua cerita itu hanya rekaan dan tiada hitam putih membuktikan mereka sudah bernikah ketika berada selama dua bulan bersama Nasrudin dan keluarganya.

"Saya mahu melupakan segala-galanya, baik dia (Nasrudin) mahu pun pengalaman berada di sana (Lombok).

"Kini hanya keluarga dan masa depan keutamaan saya. Semuanya yang dulu itu mimpi buruk,'' tegasnya.

Walaupun kelihatan penat, Fadilah tetap melayan kehadiran saudara mara serta rakan-rakan yang mengunjunginya selepas tiba di rumahnya di Kampung Sungai Gedong, dekat sini lewat petang semalam.

Bahkan, kehadirannya sememang dinantikan tiga adik perempuannya kerana mereka sudah lima bulan tidak bertemu dengan Fadilah atau Kak Yong sejak dia bekerja di sebuah kilang elektronik di Johor Bahru, Johor.

********************************************************************

Ini satu jenayah yang harus diambil tindakan. Ianya melibatkan maruah keluarga Fadilah dan mereka mesti dibantu mendapatkan keadilan.

Entah berapa ramai lagi keluarga keluarga anak gadis dan isteri orang Malaysia yang sedang menderita akibat perbuatan durjana dan amat berdosa penculik penculik dari Lombok ini?

Keadaan ini akan terus berlaku sekiranya kedua kerajaan Malaysia dan Indonesia membiarkan saja penjenayah penjenayah dari Lombok ini tanpa diambil tindakan undang undang!

Apakah kita akan melihat sebarang tindakan berkenaan kes kes begini?

Sama samalah kita melihat apa yang akan berlaku nanti.

Syabas kepada Ketua Pergerakan Putera UMNO Datuk Azeez atas inisiatif beliau membawa pulang warga Malaysia Noor Fadilah Ahmad yang dibawa lari oleh penculik Lombok itu.

Hanya Allah SWT jua yang akan membalas jasa baik Datuk.

Ikuti wawancara khas saya dengan Raja Abdul Hamid, seorang usahawan dan kerabat Kesultanan Melayu Negeri Perak Darul Ridzuan tentang apa pandangan beliau tentang kes Lombok ini?



Sekiranya anda mempunyai cadangan yang membina untuk menangani kes penculikan ke Lombok ini, dipersilakan tuan tuan dan puan puan meninggalkan komen diruangan artikel ini.

Terimakasih.

Laporan lanjut berkaitan kes ini :
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
Post a Comment