Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, November 29, 2008

Ketuanan Melayu di Malaysia kekal selagi Kesultanan Melayu ujud.

Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia :

"KUALA LUMPUR 28 Nov. - Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.

Sambil menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai perkara itu semalam, beliau berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.".

Dari segi meraih sokongan politik sesama ahli MCA memang kenyataan 'berani' sebegini akan mendapat perhatian dan kekaguman anggota parti Cina terbesar di dalam negara.

Namun dari segi implikasi politik dan undang undang negara, Chew Mei Fun sudah pasti akan menerima natijah akibat kelantangan suaranya itu.

Bagi pendapat saya, selagi negara ini dibawah jajahan takluk Kesultanan Melayu di negeri negeri yang berSultan dan berRaja Melayu, maka kenyataan seperti itu akan hanya membawa padah kepada ahli ahli politik perkauman didalam negara ini.

Keseluruhan sistem politik didalam negara ini berpaksikan kekuasaan Raja dan Sultan Sultan Melayu dan hakikat kekuasaan dan ketuanan Melayu ini termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.

Tuntutan supaya 'Ketuanan Melayu' dihapuskan adalah satu tuntutan bodoh yang tidak berasaskan realiti keadaan politik dan siasah negara ini.

Chew Mei Fun, Chua Soi Lek, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan keseluruhan anggota serta ahli Pakatan Rakyat cuma bermimpi di siang hari jika memang penghapusan institusi Kesultanan Melayu menjadi hajat terbesar mereka.

Walaupun parti politik berteraskan Melayu beragama Islam seperti PAS dan segelintir didalam PKR turut bersetuju supaya di tiadakan 'Ketuanan Melayu' di Malaysia ini, ianya pasti akan menjadi satu revolusi total yang tidak mungkin akan terjadi dibumi Semenanjung Tanah Melayu ini.

Kuasa politik mungkin terubah sekarang ini tetapi jika sekiranya sudah sampai saat dan ketika dimana ahli ahli politik dari kaum kaum bukan Melayu sudah berani menyoal dan mempertikaikan aspek 'Ketuanan Melayu' seperti perbuatan Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek, Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun dan Ketua Wanita parti GERAKAN Tan Lian Hoe, maka saya dapat merasakan akan terjadi satu kebangkitan kebangsaan orang orang Melayu mempertahankan kedaulatan dan ketuanan Sultan Sultan dan Raja Raja Melayu secara tegas dan mungkin secara keras, tidak lama lagi.

Saya teringat bidalan ,' Bagaikan kaduk naik junjung!'.

Perkara mempertikaikan 'Ketuanan Melayu' ini mahu tidak mahu turut berkait dengan institusi Kesultanan Melayu seMalaysia.

Cabaran terhadap Ketuanan Melayu sama sahaja seperti mencabar kedudukan dan keujudan seluruh Kesultanan Melayu di negeri negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini.

Kesultanan Melayu Negeri Perlis Indera Kayangan, Kesultanan Melayu Negeri Kedah Darul Aman, Kesultanan Melayu Negeri Perak Darul Ridzuan, Kesultanan Melayu Negeri Selangor Darul Ehsan, Kesultanan Melayu Negeri Kelantan Darul Naim, Kesultanan Melayu Negeri Terengganu Darul Iman, Kesultanan Melayu Negeri Pahang Darul Makmur, Kesultanan Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kesultanan Melayu Negeri Johor Darul Takzim perlu dihapuskan sekiranya mereka yang celupar mulut ini benar benar hendak melihat impian mereka menjadi kenyataan.

Apakah terdaya manusia manusia yang lupa diri ini mencapai maksud dan tujuan kenyataan mereka ini?

Ini realiti kehidupan kita di negara Malaysia yang merupakan satu keadaan unik dimana ujud rakyat pelbagai kaum tetapi sedang melalui satu proses perubahan kuasa politik selepas didominasi Kerajaan Barisan Nasional yang terdiri dari 14 parti parti politik berasaskan keturunan etnik dan berteras kepada politik perkauman.

Keghairahan mengeluarkan pendapat dan pandangan pandangan kontroversi sebegini bertujuan untuk menunjulkan diri sebagai juara dan jaguh politik semasa dan mempunyai agenda peribadi agar kelihatan sebagai tokoh tokoh perubahan suasana politik nasional.

Ada orang berkata bahawa cara termudah untuk memperolehi populariti adalah dengan mengeluarkan kenyataan kenyataan berapi dan berani seperti yang telah dilakukan oleh manusia manusia yang sering kita baca didada dada suratkhabar media perdana dan blog blog peribadi.

Bilamana kita menaksir kembali akan keadaan kita sesudah hidup dinegara ini melangkau beberapa generasi yang sudah, maka kita akan tahu erti bersyukur di atas apa yang ada pada kita sekarang berbanding keadaan kehidupan zaman zaman dahulu dimana negara ini baru diterokai oleh orang orang yang hidup di zaman Kesultanan Melayu Melaka baru ditubuhkan oleh Parameswara.

Memang benar penduduk asal semenanjung ini adalah orang orang asli tetapi jika tidak berlakunya penghijrahan Parameswara ke Semenanjung ini dan didirikannya Negeri Melaka, maka sudah tentu keadaan semenanjung ini tidak banyak beza nya dengan Papua New Guinea dan Kepulauan lain dimana orang orang asalnya hidup sama seperti datuk dan nenek moyang mereka berkurun yang lalu.

Tak akan ada nya perubahan dari segi infrastruktur dan kehidupan moden seperti apa yang sedang kita nikmati sekarang?

Segala sesuatu itu berlaku dengan sebab.

Kita harus sedar akan untung ruginya sesuatu perbuatan atau ucapan kerana ianya pasti ada timbal balas yang sesuai bergantung kepada intipati perbuatan atau ucapan tersebut.

Didalam kes ahli ahli politik MCA dan GERAKAN serta DAP ini, mereka nampaknya sudah bersedia untuk menjadi 'political martyrs'.

Kita tengok sahaja samada orang orang Melayu dan institusi Kesultanan serta Raja Raja Melayu terasa ke tidak dengan cabaran cabaran terhadap kekuasaan dan ketuanan mereka ini?

Politik Malaysia sedang menuju titik perubahan semasa dan dari sudut pandangan saya, suara suara sumbang ini hanya ingin mencari suluhan media massa supaya masing masing kelihatan sebagai jaguh bangsa mereka.

Apakah akan ada reaksi dari pihak Kesultanan Kesultanan Negeri Negeri Melayu Semenanjung terhadap kenyataan kenyataan begini?

Sama sama lah kita menanti kesudahannya.

Dari kenyataan kenyataan angkuh mereka ini, sepatutnya Sultan Sultan Melayu menarik balik anugerah dan gelaran Datuk Paduka atau Datuk Seri kepada maarof maarof sintok sebegini!

Tak kena rasanya hendak memberikan mereka penghormatan sebegitu sesudah berkurang ajar terhadap ketuanan pihak yang menobatkan mereka seperti itu dan ini, kan?
Post a Comment