Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, November 14, 2008

Sajak Kematian - Satu Peringatan yang baik bagi Umat Islam Malaysia!



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wahai Muslimin Muslimat yang saya hormati sekelian.

Bagi pendapat saya, tidak ada salahnya tayangan video rekaan ini kerana ianya menjurus kepada mendorong umat Islam Malaysia ini dan serantau kita untuk menghayati segala rekod amalan kita selama hidup kita ini!

Berapa ramaikah diantara kita yang sanggup bermuhasabah segala perlakuan kita selama ini?

Berapa ramaikah di antara kita yang mahu berhadapan dengan timbunan menggunung dosa dosa yang kita lakukan secara tersembunyi atau nyata?

Baru sekejap tadi saya bersarapan di Park Corner, sebuah restoran dipinggir Taman Pudu Ulu, dibelakang Menara PGRM.

Dihadapan saya duduk beberapa orang Melayu Islam yang nampak gah dengan gaya pakaian dan perilaku mereka. Dihujung meja itu duduk seorang gadis Melayu berpakaian 'tube dress' dan berskirt mini.

Saya kira dalam lingkungan umur 18tahun gitu. Yang duduk bersamanya ternyata beberapa lelaki berusia sekitar 40 dan 50an. Memang tepat jangkaan saya bahawa lelaki lelaki itu orang kaya berpangkat Datuk.

Gadis itu 'teman sementara' @ social escort.

Macamana saya tahu semua ini?

Dari seorang pengawal peribadi Datuk ini yang saya telah menegur dirinya tentang rantai tangan dan rantai leher emas yang dipakainya.

Memang tabi'at saya tidak segan silu menegur secara hikmah akan mana mana lelaki Muslim yang memakai perhiasan emas kerana dilarang Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Pengawal muda itu baru berusia 22 tahun dan bertubuh sasa berada dimeja dekat saya dengan dua orang lagi teman temannya yang bertubuh mantap dan sentiasa memantau keselamatan Datuk itu dengan beberapa orang lelaki Melayu lain yang saya kira pengikutnya.

Ini realiti kehidupan yang terbentang dihadapan mata saya.

Alhamdulillah, 'bodyguard' itu tadi mahu menerima teguran saya dan secara tak langsung memberikan saya maklumat tentang orang orang yang duduk dimeja hadapan saya tadi.

Dari raut wajah 'bodyguard' itu saya dapat merasakan bahawa anak muda ini bertugas sebegitu kerna terpaksa.

Demi mencari sesuap rezeki kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala namun apa nak ia buat kerna mungkin peluang lain belum tiba bagi suami muda itu.

Ini saya ketahui bila saya bertanya samada beliau sudah kahwin ke belum?

Jawapannya iya dan belum punya anak.

Tuan tuan dan puan puan,

Kehidupan kita dikota metropolitan ini mendedahkan kita dengan seribu satu macam ragam manusia.

Yang kaya dengan cara kehidupannya.

Yang sederhana dengan segala cabaran cabaran hidupnya dan yang miskin tega berusaha mencari makan untuk mengisi tembolok diri dan tanggungannya.

Saya kasihan melihat gadis muda itu.

Mendedahkan dirinya sebegitu demi mencari rezeki menyara hidupnya.

Namun apakan daya saya?

Sekadar melihat dan mengeluh didalam hati cuma. Ini realiti kehidupan duniawi sekarang.

Gadis itu sekadar menjadi penghibur mereka yang bergelar Datuk dan Aristokrat tanpa ada sesiapa yang mahu atau mampu tampil membantu dirinya?

Apakan jadi pada gadis itu?

Habis madu dihisap sepah sudah tentu diludah keluar.

Nah!

Didalam sketsa 'Sajak Kematian' ini tadi, apakah intipati skrip lakonan yang ditonjolkan pengarah dan penerbit drama ringkas terbabit?

Bukankah ianya bibit bibit pengajaran?

Bukankah ianya sekadar peringatan agar kita yang menonton tayangan drama pendek ini akan insaf dan menilai kembali akan apa yang kita telah lakukan?

Memanglah ianya satu cerita rekaan tetapi bukankah ia berdasarkan realiti?

Bukankah memang ada soalan didalam kubur?

Iyalah! Malaikat Mungkar dan Naqir itu takkan berbahasa Melayu! Mereka akan bertanya kita didalam Bahasa Arab!

Setiap ruh manusia ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan berupaya menjawab didalam Bahasa Syurga dan Neraka nanti iaitu Lughatul Arabiya secara alami.

Ini fahaman saya kerana memang itu yang saya pelajari bahawa bahasa pertuturan kita semua nanti baik di Alam Barzakh mahupun Akhirat nanti adalah tidak lain tidak bukan tetapi Bahasa Arab?

Maka saya tak nampak kenapa pulak harus diharamkan penayangan drama peringatan ini di-institusi institusi pendidikan sekolah rendah, menengah mahupun sampai ke menara gading?

Bukankah sekolah sekolah kita tengah nazak dengan seribu satu macam salah laku murid murid dan penuntut sekolah?

Baca blog pelajar beriman dan waras ini yang sedih serta geram dan mengeluh marah dengan gejala maksiat yang sedang melanda negara ini!

















Ini contoh bahawa masih ada anak anak muda kita yang tahu menghargai kebaikan dan kebenaran ajaran ajaran Islam dan berani menyatakan pendirian menentang keruntuhan akhlak dikalangan sesama pelajar sendiri!

Saya berdo'a agar Siti Spagetti akan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan berjaya didalam kehidupannya sebagai seorang Muslimah yang benar benar sukses didalam segala lapangan usaha dan kariernya dimasa hadapan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Lihatlah satu diantara berjuta bukti akan keruntuhan akhlak segelintir para pelajar sekolah kita!
























Sampai ketahap boleh mengambil video persetubuhan haram para pelajar sekolah didalam bilik kelas mereka sendiri?

Apa mahu ditutup segala maksiat ini dan mengharapkan semuanya kan hilang ditelan masa?

Hello!!!!

Sedarlah sikit!

Benda ini memang benar telah dan sedang berlaku! Maksiat sedang merebak sama hebatnya dengan segala macam penyakit sosial di segenap lapisan masyarakat.

Suratkhabar dan media massa sarat dengan segala berita rogol, sumbang mahram dan gejala pengkid dan maknyah!

Semua ini sedang berlaku sebab tidak ada orang dikalangan pemerintah dan para ulamak mahupun mufti yang berani menegur secara terus terang dan nyata terhadap semua yang sedang istiqamah melakukan maksiat siang malam pagi petang di segenap pelusuk negara yang di gelar 'Negara Islam Malaysia' ini!!!

Ini bukan cerita dongeng atau cobaan!

Ini betul betul sedang berlaku!

Saya berharap sangat agar pihak pemerintah tidak menyekat video peringatan ini.

Jangan menjadi penghalang kepada kerja kerja dakwah sebegini.

Mana tahu ada anak anak sekolah yang menonton video ini akan teringat akan siksa kubur jika ianya di ajak melakukan aktiviti aktiviti seksual oleh mereka yang mahu mengambil kesempatan keatas kejahilan mereka tentang natijah bersetubuh secara haram nanti?

Mana tahu mungkin ianya anak menteri atau Datuk Mufti sendiri?

Kita semua tahu bahawa dunia internet menyimpan segala macam bukti tentang salah laku seks oleh semua yang gatal tangan merakam aktiviti seks mereka dan memuatnaik ke segala macam laman laman web hari ini!

Tepuk dada tanya selera.

Didalam kajian sosial saya sudah pelbagai macam benda yang saya ketemui tetapi apakan daya saya?

Saya cuma seorang penulis blog tua yang sekadar mahu melaksanakan tanggungjawab saya selaku seorang pendakwah.

Mungkin saya tidak dapat menyelamatkan kaum keluarga saya sendiri dari jatuh kekancah maksiat atau jenayah secara total tetapi saya berharap sangat bahawa mana mana orang yang membaca tulisan tulisan saya akan berhenti sejenak, memikirkan akan apa yang telah saya terbitkan ini dan mahu menghentikan segala perbuatan salah mereka.

Ini hasrat saya.

Agar blog saya ini terus berfungsi sebagai laman peringatan bagi kita yang sedang hebat dilanda seribu satu macam ujian dan dugaan.

Kita tidak maksum tuan tuan dan puan puan.

Se alim alimnya kita ; sekiranya terperangkap didalam satu keadaan dimana nafsu kita akan mengatasi akal kita, maka hancur punah ranahlah segala rekod amalan kebajikan kita kerana terleka seketika.

Bila di celah kangkang kita keras, otak dan akal didalam tempurung kepala kita kan lemah!!!...melainkan kita berupaya menahan diri dan tega menyelamatkan kemaluan kita dari terdedah kepada kancah maksiat.

Tidak ada sesiapa yang mampu selamat dari gejolak hawa nafsu kita , tuan tuan dan puan puan.

Bila nafsu beroleh kejayaan, jati diri kita dan reputasi kita menuju kehancuran.

Ini mesej tersembunyi didalam drama rekaan 'Sajak Kematian'.

Hargailah usaha segelintir dari kita ini yang mahu berusaha menerbitkan drama dan filem peringatan yang amat berguna seperti ini dan tidak cepat melatah mengharamkan yang halal kerana mahu menjaga hati budi golongan dikalangan pemerintah!

Saya menyokong usaha pengarah dan penerbit Sajak Kematian ini. Semoga para pengarah dan penerbit drama dan filem kita akan lebih maju dan berdaya saing didalam menerbitkan multimedia yang sealiran dengan Sajak Kematian ini.

'Qullu nafsin iza iqatul maut!'

Setiap yang bernyawa pasti akan mati!

Tak kiralah samada ianya seorang Yang diPertuan Agung sekalipun! Apatah lagi Tuanku, Tengku, Tun, Tan Sri, Datuk Paduka, Datuk Seri, Dato' atau apakejadahnya sekalipun?

Maut itu pasti. Sudah sediakah segala orang orang bergelar menghadapinya?

Apatah lagi kita insan insan biasa!

Cepat cepatlah bertaubat nasuha. Bukan tahu buat dan kemudian 'eksyen taubat' ikut suka!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Selamat menunaikan Fardhu Jumaat!
Post a Comment