Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, December 13, 2008

Bangla 'Claus' kat Pappa Rich Restaurant!

















Assalamualaikum semua.

Tuan tuan dan puan puan mesti sedar bahawa sekarang ini kat Malaysia, ramai para pekerja di pasaraya besar dan restoran restoran mewah diperintah oleh majikan mereka memakai topi 'Santa Claus' sempena kedatangan Hari Natal atau Krismas, pada 25hb Disember nanti.

Semalam semasa saya dan isteri pergi makan malam di Restoran Pappa Rich, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL, kami melihat 'Bangla Claus'.
















Bila saya tanya pekerja pekerja Bangla disana, apakah mereka bukan Muslim, mereka menjawab, " Boss order kita pakai ini topi, itu pasal kami kena pakai kalau mau terus kirija!"

Beginilah nasib pekerja pekerja asing sebab mereka tidak diberi pilihan atau pertimbangan oleh majikan yang bukan Islam.

Soalnya kat KLCC dan juga pasaraya besar yang lain kat 'Negara Islam' Malaysia ini, ramai juga anak anak Melayu yang ba alif ngang turut memakai topi topi 'Santa Claus' dan siap berbangga memakainya tanpa peduli halal haramnya perlakuan mereka itu?

Saya teringat sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam, " Barangsiapa diantara kamu menyerupai sesuatu kaum itu, maka sama lah kamu dengan mereka!"

Kita bukan dilarang secara total memakai pakaian atau cara sesuatu kaum yang bukan Islam tetapi kenalah menjaga agar pakaian keagamaan atau meraikan sesuatu watak rekaan seperti Santa Claus atau St.Nicholas ini tidak semberono saja di ikut pakai oleh orang orang Islam kita!

Memakai jeket, kemeja dan bertali leher itu adalah kebiasaan pakaian ke pejabat modenan di seluruh dunia.

Itu tak menjadi hal tetapi memakai topi topi Santa Claus sebegini oleh orang orang Islam yang jahil tentang larangan dan hukum hakam Agama Islam menyedihkan saya.

Saya ingin tahu samada JAKIM atau JAWI mempunyai sebarang akta atau peruntukan undang undang untuk menangani jenayah ini?

Ada sesiapa dikalangan pembaca yang tahu tentang perkara ini?

Kasihan saya tengok Mamat mamat Bangla ini terkedu memakai topi Santa Claus tanpa rela hatinya namun dek kerana sesuap nasi, maka terpaksa mengorbankan maruahnya sebagai seorang Muslim dan terpaksa jadi 'Bangla Claus' sekejap!

Bak kata P.Ramlee," Cobaan!"
Post a Comment