Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, December 25, 2008

Bila pemimpin umat Islam lupa diri dan memperlekehkan Hudud.

Saya agak kecewa apabila membaca tajuk artikel dibawah yang tersiar di Agenda Daily memetik kata kata atau kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak memperkecilkan hasrat dan matlamat Parti Islam seMalaysia untuk menegakkan Syariah Islam dibumi Malaysia ini.

'Pelaksanaan Hudud hanya mainan politik PAS – Najib

PAS dilihat sengaja membangkitkan isu lapuk apabila membangkitkan semula mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai isu politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu'

Saya ingin bertanya bakal Perdana Menteri Malaysia ini akan apa sebenarnya agama yang dianuti nya?

Siapa Tuhan nya?

Siapa Nabi yang diutuskan kepada nya?

Apakah berlainan Tuhan yang disembah oleh Mohamad Najib bin Abdul Razak ini?

Jika memang berlainan, saya tidak hairan akan cara manusia yang bakal dilantik oleh Yang di Pertuan Agong Malaysia menjadi Perdana Menteri negara yang kononnya 'Negara Islam' ini berkata dan memperlekehkan hasrat murni umat Islam yang berjuang melalui Parti Islam seMalaysia untuk menegakkan panji panji Allah dimuka bumi Malaysia ini!

Jika yang disembah Mohamad Najib Abdul Razak ini sama dengan kita umat Islam seMalaysia, saya ingin mengetahui apakah perkara yang membuatkan manusia ini sanggup bersekongkol dengan musuh musuh Islam di tanahair ini sehingga mudah mempertikaikan dan memperkecilkan niat pimpinan Parti Islam seMalaysia didalam memperdaulatkan Ad Deenul Islam?

Jatuh wajib keatas umat Islam apatah lagi mana mana pemimpin dan pemerintah yang beragama Islam untuk mentadbir dan memerintah negara atau negeri dibawah kekuasaannya berasaskan Kitab Suci Al Qur'anul Karim dan berpandukan Hadith Hadith Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Alasan bahawa negara ini bermasyarakat majmuk hanya memperlecehkan Keadilan Hukum Allah!

Apakah Najib dan Abdullah Badawi tidak percaya bahawa Syariah Islam yang diperturunkan Allah, Tuhan Semesta Alam itu adil seadil adilnya?

Syariah yang dipraktikkan diMalaysia sekarang ini umpama mempermainkan Ad Deenul Islam kerana tidak mengikuti peruntukkan syariah yang sebenar benarnya!

Inilah punca manusia baik Muslim ataupun Kaffir ditanahair kita ini tidak hormat kepada sistem perundangan Islam kerana hukum hakam Syariah di Malaysia ini berpandukan terjemahan manusia manusia berkerajaan BN yang mengubah hukum Islam sebenar kepada apa yang mereka sendiri menggubal mengikut kepentingan mereka sendiri!

Hukum zina dan maksiat dijatuhkan hukum denda wang ringgit sahaja dan tidak mengikut peruntukan PERINTAH ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA!!!

Pencuri dan penipu didenda dengan wang ringgit sahaja serta ramai yang dilepaskan kerana ada sangkut paut dengan parti politik pemerintah BN!

Pembunuh, perogol dan peliwat berleluasa diMalaysia ini kerana Hukum Hudud Allah tidak dilaksanakan!

Kerajaan Malaysia dibawah pemerintah sekarang dan Kesultanan Melayu keseluruhannya bertanggung jawab diatas keadaan ini kerana kesemua mereka yang di amanahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk mentadbir negara ini GAGAL MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB mereka terhadap seluruh warganegara Malaysia ini!

Dakwah al Islamiah tidak menjadi matlamat mereka tetapi sebaliknya asyik berhibur sepanjang masa sampai ke saat nak masuk liang kubur pun masih tidak sadar sadar diri lagi!

Apa benda yang susah sangat hendak difahami makhluk bernama Mohamad Najib ini tentang perlunya kita selaku umat Islam menegakkan Syiar Islam dengan sebaik mungkin didalam kehidupan kita yang bersifat sementara ini dengan peruntukan kuasa yang Allah Azza Wa Jalla kurniakan pada dirinya?

Apakah Najib merasakan dirinya akan hidup kekal selama lamanya dan boleh melupakan bahawa segala yang berkuasa sekarang ujud hanya dengan Izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Manusia yang sombong dan bongkak dimuka bumi ini akan ditimpa bala bencana baik semasa hayatnya mahupun setelah ruhnya berpisah keluar dari jasadnya sebaik tiba ajalnya!

Tidak terawal barang sesaat atau terlewat barang sedetik!

Sadar lah diri kamu wahai saudara Najib dan sebaik mungkin carilah jalan penyatuan ummah dari berkokok bongkak tanpa perlu terhadap hasrat sesama Ummah mendaulatkan Hukum Allah!

Kekadang musuh Islam itu bukan datang dari luar tetapi dari kalangan mereka yang mengaku sesama Muslim kita sendiri!

Kepada pucuk pimpinan PAS, saya menyeru agar tidak terus bersekongkol dengan musuh Islam dan terus berjuang secara istiqamah tanpa perlu menggadaikan prinsip perjuangan parti selama ini.

Jika tidak integriti parti PAS akan hancur berkecai reput seperti kayu dimakan anai anai!

Berwaspadalah terhadap serigala berkulit bebiri didalam permuafakatan bersama seteru seteru Ad Deenullah.

Baca : http://pemudabesut.blogspot.com/2008/12/kesan-perlaksanaan-hukum-hudud-kepada.html
Post a Comment