Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 22, 2008

DAP dah tunjuk tembelang sebenar mereka, PKR apa cerita pulak?

Molek benar lah DAP isytihar awal awal akan penentangan mereka terhadap cita cita PAS untuk menegakkan Hukum Hudud di negara ini sekiranya PAS berjaya menerajui pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia!

Terang dan jelas dan tidak berdolak dalih lagi. Maka sekarang giliran PKR pula untuk menjelaskan kepada semua termasuk pengundi berdaftar ini akan dimana kedudukan mereka berkenaan perkara ini?

Pada pilihanraya umum ke12, saya mengundi calon PKR untuk Parlimen Bandar Tun Razak iaitu Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Datuk Khalid Ibrahim yang pada hemat saya masih ada banyak kerja yang perlu beliau laksanakan untuk kesejahteraan kami, penduduk dan pengundi nya di Bandar Tun Razak dan kawasan kawasan sekelilingnya.

Saya mahu mendengar dari mulut Penasihat PKR sendiri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kedudukan nya beserta Parti Keadilan Rakyat mengenai cadangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud dan Undang Undang Syariah mengikut Kitab Suci dan Kalam Allah Subhanahu Wa Ta'ala iaitu Al Qur'an Al Karim dan Hadith Hadith Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam jika PAS berjaya menerajui Pakatan Rakyat memerintah Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti sepertimana diumumkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang dilaporkan Utusan Malaysia disini?

Saya akan menyokong mana mana parti politik yang benar benar mendaulatkan Islam dan tidak cuma beretorik sahaja mengenainya.

Saya menanti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang menegakkan Hukum Allah dimuka bumi Malaysia ini.

Sekiranya ada dolak dalih dari beliau serta PKR didalam perkara ini, maka didalam perjuangan saya sebagai seorang blogger Muslim Malaysia sudah tentu akan hanya menyokong barangsiapa yang mengotakan kata mereka berjanji untuk menegakkan panji panji Allah di tanahair ini.

Biar jelas seperti DAP yang kini terang terang mengakui menentang Ad Deenullah di negara kita ini.

Lim Guan Eng boleh lah berhenti lakonan drama swastanya untuk menegakkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa segala pengisytiharannya sebelum ini untuk mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz didalam pemerintahannya dipenggal ini kini bolos bagaikan tempurung kelapa yang bocor!

Alang kepalang berpolitik biarlah secara budiman dan tidak hanya menangguk di air keruh!

Kita tunggu jawapan PKR!

Hudud atau nak ikut cara puak puak sealiran Amina Wadud al Raflah Jingga?

Dari cara kenyataan demi kenyataan Anwar sebelum ini, hamba dah mula hilang keyakinan kepadanya untuk mengotakan katanya untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

Namun belum ke tahap hamba cuci tangan lagi?

Kita tengok sahaja apa jawapan Saudara Anwar?

Kebenaran tentang siapa musuh Islam didalam Pakatan Rakyat akan terserlah jua!

Insya Allah!

Selagi PAS tetap istiqamah didalam perjuangan mereka untuk mendaulatkan Islam dengan ertikata sebenar benarnya, sokongan blogger ini kepada perjuangan mereka tetap kekal dan akan terus kekal selagi hamba masih bernyawa.

Sayang PAS tidak bertanding di Bandar Tun Razak tempohari!

Jika tidak, tak terasa mengkelan lah didalam diri ini mengundi si polan yang mewakili kawasan kami di Parlimen Bandar Tun Razak.

Nak harap puak UMNO BTR, semua nya ego tak tentu arah!

Maka besarlah harapan saya agar pada PRU ke 13 nanti akan ada calon PAS berkaliber untuk mewakili kami nanti?

Mudah2an didalam PRU ke 13 nanti, keadaan kan berubah.

Insya Allah!
Post a Comment