Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 22, 2008

'Dimana kan ku cari ganti? Serupa dengan mu?'

'Dimana kan ku cari ganti? Serupa dengan mu?

Begitulah realiti keadaan emosi kita bilamana kita kehilangan orang yang paling kita kasihi dan sayangi dikehidupan ini, bukan?

Marilah bersama sama saya menghayati erti lirik didalam lagu berjudul demikian didalam filem 'Ibu Mertua Ku' arahan dan dilakonkan oleh Allahyarham P.Ramlee ini.



Allahyarham P.Ramlee seorang insan yang hidup mewarnakan dunia masyarakat pelbagai bangsa dan agama bekas Tanah Melayu ini dan juga Singapura pada zaman 50an sehingga lah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1973.

Filem filem arwah selalunya mengkisahkan tentang asam garam kehidupan manusia sejagat dan hampir keseluruhan warganegara tempatan dan serumpun boleh menghayati maksud dan tujuan penceritaan kisah kisah didalam filem filem lakonan dan arahan P.Ramlee.

Ikuti pula nyanyian Allahyarhamah Saloma, balu Arwah menyanyikan lagu yang sama pabila P.Ramlee meninggal dunia meninggalkannya :



Saya terbayangkan keadaan emosional balu Allahyarham Mohamad Nasir P.Ramlee semasa menghadiri majlis pengkebumian Arwah di Perkuburan Islam Jalan Ampang baru baru ini.























Selalunya kita ini tidak faham betapa pentingnya seseorang itu didalam kehidupan kita sehinggalah Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjemputnya kembali kesisiNya.

Bukanlah saya menyatakan balu Arwah Nasir tidak menyayanginya semasa hayat Arwah tetapi saya mengajak anda pembaca blog saya ini untuk menghayati erti kehadiran insan insan tercinta didalam kehidupan kita semua.

Pencurahan kasih sayang seikhlas hati semasa pasangan dan ahli keluarga kita yang tercinta masih hidup disamping kita adalah amat penting sama sekali kerana ujudnya mereka bersama kita dan juga sebaliknya hanya bersifat sementara manakala Maut itu senantiasa mengintai kita 70 kali didalam sehari seperti apa yang saya pernah dengar dari guru dan syeikh saya!

Ini adalah kebenaran hakiki, bukan?

Bahawasanya kita ini manusia dan juga sekelian isi alam maya ini ujud didalam tempoh waktu dimuka Bumi ini dengan ihsan Allah!

Tidak kekal selamanya jasad kita di Dunia ini melainkan akan sampai titik saat dan waktu Ruh kita berpisah dari tubuh yang merupakan kerangka jasad kita didalam hidup ini.

Ramai dikalangan pasangan manusia di zaman lampau sehingga ke hari ini melupakan tugas dan tanggungjawab meraikan cinta dan kasih sayang mereka yang sudi menjadi teman hidup dan selalunya bertukar ke keadaan mengambil mudah dan ringan sahaja akan ujudnya insan insan istimewa mereka sehinggalah Ajal datang menjemput ruh mereka kembali menghadap Rabbul Alamin.

Saya anjurkan tuan tuan dan puan puan membaca kitab kitab Hadis dan karangan para ulamak muktabar kita didalam mempelajari erti kehidupan ini dan bersedia untuk menghadapi Maut yang pasti.

Cintailah mereka yang tuan puan dikurniakan Ilahi dengan penuh kasih sayang dan hargailah mereka semasa hidup lagi dan tidak cuma tinggal mencium dahi mereka yang telah meninggal dunia dengan seribu satu penyesalan.

Kita dianjurkan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam untuk mengingati Mati kerna Mati itu adalah sebaik baik pengajaran bagi kita yang masih hidup.

Bilamana mendengar atau tahu tentang kematian mana mana insan yang sesama Muslim, maka jatuh wajib atau sunnat muakkad untuk kita hadir menguruskan jenazah Ikhwanul Muslimin atau Muslimat kita dengan kadar upaya kita yang terdaya atau mampu?

Sementara itu, marilah kita menginsafi akan keterlanjuran kita mengabaikan mereka yang menjadi pasangan hidup kita atau yang mahu berkasih sayang dengan kita sebaik mungkin?

Hidup ini tuan tuan dan puan puan yang mulia adalah satu siri penyesuaian keadaan dan seandainya mereka yang kita pilih untuk berkasih sayang sebaliknya memungkiri janji dan berubah menjadi onak didalam daging kita, maka kita harus sadar bahawasanya arah hidup kita adalah terletak kepada keputusan diri kita sendiri.

Kita berupaya menghijrah diri kita keluar dari kepompong derita dan membebaskan diri kita kembali hidup sendirian seselesa yang boleh dan memulakan kehidupan yang baru walaupun ianya memerlukan pengorbanan kemewahan yang telah kita berusaha mencapai selepas berbelas atau berpuluh tahun dan kembali ke titik permulaan tanpa tinggal apa apa sekalipun pada diri kita.

Terpulang kepada kita samada untuk kekal menderita sepanjang masa atau mencantas akar akar masaalah yang berserabut dan mencekik diri kita ini sehingga kita hampir lemas dan maut jiwa kerananya?

Saya sendiri mengalami keadaan sebegitu didalam kehidupan lampau saya dan akhirnya membuat keputusan untuk mengamalkan apa yang saya syorkan ini.

Harga permulaan semula hidup ini memang amat tinggi namun hakikatnya bahawa saya masih bernafas dan berupaya hidup semahu saya hari ini adalah hasil dari pengorbanan itu pada tahun 2001.

Kini saya hidup seupaya saya bersama isteri saya yang amat saya cintai sepenuh hati dan bersama sama mengharungi saki baki kehidupan ini bersamanya yang sehati dan sejiwa saya.

Alhamdulillah. Walau jauh disudut hati ini terkilan jua kerna terpaksa kehilangan dua permata hati saya yang kini tinggal jauh diperkampongan saya. Didalam hati saya tidak pernah saya melupakan mereka dan senantiasa mendo'akan kebahagiaan mereka selalu.

Akhir kalam dari saya didalam nukilan hari ini adalah supaya tuan tuan dan puan puan menghargai pasangan hidup masing masing dan juga menyayangi ahli keluarga tuan puan dengan sebaik mungkin sementara mereka dan kita sendiri masih bernyawa.

Insya Allah.
Post a Comment