Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, December 19, 2008

Pusara pusara lama Jalan Ampang dan bertemu seekor ular.

Assalamualaikum ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat.


Semoga tuan tuan dan puan puan berkeadaan sihat wal`afiat disamping ahlul keluarga yang tercinta.


Semalam, saya berkesempatan menziarahi beberapa pusara lama berusia puluhan mahu pun beratus tahun agaknya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.




















































































Memang istimewa sekali binaan pusara pusara lama ini siap dengan pelbagai kaedah seni hiasan pada batu batu nesan dan juga binaan tembok di kubur kubur itu.















































Saya ingin berkongsi dengan anda rakaman video yang saya ambil semalam menunjukkan kepada tuan puan gambar seekor anak ular yang saya kira dari spesis tedung.

Anak ular ini menjalar disekeliling sebuah pusara lama yang saya rasa dibina sebelum Perang Dunia kedua lagi.





































Dari jalur jalur merah dan jingga pada anak ular ini, saya kira ianya spesis berbahaya dan mungkin anak ular tedung @ cobra.


Saya tidak mahu membahayakan anak ular itu maka saya biarkan sahaja ianya menjalar melarikan diri dari saya tetapi asyik mengelilingi pusara lama tersebut.


Akhirnya, ia menjumpai sebuah rekahan pada sebuah pintu kecil yang diperbuat dari kayu berukir pada binaan tembok kubur lama itu dan menyelinap masuk menyelamatkan diri dari lensa Mahaguru58. :P


Terus terang, diri ini teruja dan seram pada waktu yang sama.


Hehehehehe..iyalah, musuh musuh hamba pasti terhibur sekiranya orang tua ini dipagut dek ular itu dan berseronok sakan sepanjang malam...minta maaf le ye... tak kan ku penuhi cita cita kuffar harami's tersebut...:D


Berbalik semula pada cerita berjumpa anak ular tersebut.


Bila saya menunjukkan rakaman gambar anak ular tersebut pada salah satu keluarga yang hadir ke majlis pengkebumian Allahyarham Nasir P. Ramlee tersebut, menjerit seram lah seorang wanita didalam rombongan tersebut dan beliau serta merta membatalkan hasrat ingin melawat sebuah pusara indah siap berbumbung dan berpagar lagi di kawasan tersebut!


Hahahahaha! Takut jadinya melihat gambar anak ular tersebut dan keluarga itu bingkas berlalu cabut lari keluar dari kawasan perkuburan tersebut. :P


Marilah kita tatapi rakaman rakaman gambar pusara pusara istimewa Jalan Ampang ini. Semoga menginsafkan kita akan betapa rapuhnya keujudan kita ini dimuka bumi Allah Azza Wa Jalla ini.




































Pusara indah berhiaskan ciri ciri binaan bermotif bulan bintang dan segala kehalusan 'bas relief' ini menunjukkan kecekapan pembinanya meninggalkan warisan senibina sebagai bukti ketinggian ketamadunan Islam dan senireka Melayu pada waktu lampau.















































Dari segi hukum agama, memang dilarang Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam mendirikan tembok dan binaan sebegini kerana membazir dan tidak di galakkan kita mencontohi perbuatan ini.















































Namun hakikatnya kubur kubur lama ini dibina di zaman pra British gamaknya dan mungkin milik keluarga hartawan dan jutawan zaman silam.


















































































Ukiran kayu pada pintu kecil di pusara lama ini. Lihatlah ketinggian ilmu kraftangan yang ada pada tukang kayu zaman lalu?


Kayu yang digunakan itu sudah tentu dari jenis kayu bermutu tinggi sebab dapat tahan meniti masa tidak reput sampai kehari ini! Subhanallah!

















































Ini pula sebuah pusara orang kebanyakan, sedang semakin lama semakin reput dimakan tanah. Kembali semula ke zat dari asal ciptaan nya. :)















































Selaku manusia yang hidup di zaman sains dan teknologi serta kebangkitan Islam ini, sudah tentu kita seboleh mungkin mahu menghindarkan diri mengikuti jejak langkah orang orang dahulu yang suka bermegah2an dengan binaan binaan sebegini namun bila berdepan dengan seni pertukangan tangan oleh tukang tukang plaster dan mortar zaman dahulu, terhenti sejenak kita mengkagumi kehalusan hasil tangan mereka yang sudah tentu telah lama kembali kepada Allah Azza Wa Jalla?


Saya memang amat meminati seni binaan dahulu kerana ianya melambangkan satu era keemasan hasil kerja seni orang orang yang hidup pada zaman pra Kolonial dan Kolonial British Malaya.


Bila berjalan di kawasan kawasan bangunan sebelum perang di Pulau Pinang dahulu, saya selalu berhenti sekejap menghayati cara dan corak corak binaan serta senibina klasik disana.


Pada kubur dan pusara pusara lama ini kelihatan peninggalan usaha seni mereka di zaman lampau yang rata rata mengunakan kemahiran semulajadi mereka serta bakat yang di asah dan di asuh oleh pakar pakar pembinaan dahulu kala.


Lain dari cara sekarang. Cara sekarang kebanyakan tukang hanya menggunakan mesin dan acuan untuk menghasilkan batu batu nesan secara komersial.


Tukang pembuat batu nesan dahulu memahat dan melorek secara asli dan menghasilkan kerja kerja kreatif dan amat tinggi nilai seninya.


Zaman sekarang segalanya biasa dan tidak ada sebarang keistimewaan dari segi nilai aestatik.





































Saya rasa zaman dahulu tidak ada larangan memagarkan kubur seperti ini. Zaman sekarang ada juga di pagarkan. Kerja orang orang kaya yang sampai kekubur pun mahu di eksklusifkan kedudukan mereka! Astaghfirullah hal azhim!


Apa mereka berkira bahawa cacing cacing tanah dan ulat ulat serta ular dalam kubur akan meminta izin terlebih dahulu dari jasad jasad kaku mereka sebelum memamah isi daging, urat saraf dan segala yang tinggal dalam jasad mereka?


Minta maaf lah ..ehem ..ehem..takde maaf bagi mu! Hancur habis akan di ratah semua organisma yang ada didalam Yaum al Kubur! :P


Binalah mahligai indah tara mana sekalipun ditanah kubur. Ianya tidak akan memberi kesan pada sesi soal jawab di dalam kubur.


Para Malaikat Mungkar dan Naqir Alaihis Salam takkan tanya :
  • Err..Waris Waris tuan pakai kontraktor mana eh untuk buat kerja kerja binaan kubur ni?
  • Agak agak...kubur ni dalam zon eksklusif ke apa? Iyalah ..kat dunia ada macam macam standard, kan? First class lah, 2nd class lah, Setinggarden lah!
  • Tapi kat sini, ada dua kelas sahaja. Samada 'Go to Heaven' atau 'Go to Hell!'
  • Syurga di tangan kananmu; Neraka di tangan kirimu..Aku tak tahu mana yang Allah dah tetapkan bagi mu....Aku tak tahu mana yang Allah dah tetapkan bagi mu..(nyanyi macam lagu Madu dan Racun tu...kelass!!!) :D
  • Err..tuan ni UMNO ke PAS?
  • Atau ..err... tuanhamba ni bumi ke Non bumi?
  • dan sebagainya!
Entah lah! Manusia ini senantiasa berada didalam kerugian melainkan mereka yang mengerjakan amalan ibadat yang sempurna, ikhlas fisabilillahi ta'ala dan ta'at pada Allah!


Ya Allah! Berikanlah kami kematian didalam Husnul Khatimah Ya Rahman dan jauhi lah kami mati didalam keadaan Su`ul Khatimah!


Amin Ya Rabb!


Cukup sudah buat kali ini. Sehingga ketemu dilembaran kemudian, saya ucapkan selamat beristirehat kepada anda semua.


Wassalamualaikum wr wb.
Post a Comment