Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, December 02, 2008

Ugutan PPP keluar BN - Sama saja ada atau tak ada! (kemaskini)

Saya merujuk kepada ancaman People's Progressive Party untuk keluar dari BN sekiranya Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO dan BN tidak menghapuskan Akta Keselaman Dalam Negeri atau ISA dengan kadar segera!

Tergelak juga saya bila memikirkan parti politik seperti PPP hendak cuba menunjukkan taring kucing kepada harimau BN?



































Iyalah! Parti picisan umpama PPP atau mana mana parti komponen BN lain yang telah mengalami kekalahan teruk ataupun total didalam PRU ke 12 yang lalu, sudah tentu tak ada pengaruh atau suara untuk menuntut itu dan ini terhadap Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan parti Assabiyah yang tertua di dalam negara kita ini, iaitu UMNO!

Mana mahu Sang Perdana Menteri ataupun Timbalannya mahu melayan parti PPP yang seumpama orang tua yang sudah tidak bergigi lagi?

Tinggal gusi sahaja Brother Kayveas!

Orang orang besar kat dalam BN itu terutamanya UMNO sudah tentu tidak kisah samada parti tuan ada ke tidak dalam Kerajaan?

Bagaikan melukut ditepian gantang!

Ada tak ada tak ada siapa ambil peduli!

Buang masa sahaja brader nak main kejut kejut gitu?

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali AlHabshee sudah keluar kenyataan mencabar PPP supaya keluar sahaja dari BN tanpa banyak songeh!

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin turut memberi amaran kepada PPP supaya jangan dok main ugut ugut terhadap BN disini!

Soalnya ISA adalah satu sistem undang undang pencegahan jenayah angkara mana mana individu, pertubuhan atau pergerakan yang boleh membahayakan keselamatan negara .

Malangnya ISA ini telah disalah guna untuk menahan orang orang yang merupakan musuh musuh politik parti pemerintah yang ada.

Sepatutnya jika pihak berkuasa hendak menahan sesiapa pun, ikutlah peruntukan undang undang baik sivil atau pun syariah yang sedia ada.

Tuduhlah mereka didalam mahkamah. Jika sabit kesalahan, maka ikutlah peruntukan undang undang yang berkaitan.

Ini tidak! Terus ditahan bawah ISA.

Sebab itulah sebahagian manusia yang menjadi warganegara ini yang menimbulkan keadaan kurang selesa kepada ketenteraman awam terlepas bilamana mahkamah mendapati Akta ISA disalah guna dan membebaskan mereka.

Nak tahan sesiapa yang menimbulkan masaalah kepada orang orang awam?

Tolonglah tahan mereka mengikut undang undang yang telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen Malaysia serta menurut Undang Undang Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Baru lah aman sedikit negara ini.

Berbalik kepada isu ugutan Kayveas, minta maaf le.

Abdullah Badawi dan Najib sudah tentu ' Bo layan!'.

Nak angkat bungkus keluar dari BN?

UMNO kata 'Silakan ! Silakan!'

Hai lah nasib!

Ada kuasa sedikit sedikit sudah hilang ditelan zaman.

Haiyaaaa........mana mahu pergi cari makan, ah? :P

* Teringat parti politik KIMMA @ Kongres India Muslim Malaysia... dah bertahun dok merayu meratap meraban nak masuk jadi parti komponen BN tetapi tak dilayan dek UMNO kerna adanya bantahan dari Samy Vellu, Presiden (Sampai Mati) MIC @ Malaysian Indian Congress.

Yang dok ada dalam BN dok main ugut; kejut kejut nak keluar , yang dok tunggu punya tunggu punya tunggu kat pintu BN, tak dilayan lah pulak?

Kelakar giler juga lah senario politik negara ini.

Boleh jadi Raja Lawak betul depa ni!...Hehehehehehe....

Dengan Nabil ..Nabil boleh K.O. anytime punya...jika ahlul politikus ini masuk bertanding musim Raja Lawak ke3 Astro!

Kuang..kuang..kuang..kuang......Coba`an! :D
Post a Comment