Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, December 31, 2008

Daulat Tuanku! Semoga Tuanku Muhriz menegakkan panji panji Islam di Negeri Sembilan Darul Khusus!


























Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Syukur Alhamdulillah dengan keputusan Datuk Datuk Undang Empat yang menabalkan Tunku Muhriz Tuanku Munawir sebagai DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke11 berikutan kemangkatan Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman baru baru ini.

Keperibadian Tuanku Muhriz yang amat sederhana dan tidak pernah diketahui masyarakat umum akan diri baginda mencerminkan sikap dan sifat seorang putera raja yang amat pandai membawa diri walaupun sepatutnya takhta kerajaan Negeri Sembilan itu sepatutnya diserahkan kepada tuanku pada tahun 1967 lagi!

Terus terang saya nyatakan saya menghela nafas lega bilamana dimaklumkan akan pemilihan Tunku Muhriz sebagai DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.

Pertama sekali saya nampak ketokohan seorang Sultan Melayu berwibawa pada peribadi Tunku Muhriz dari segi perawakan baginda dan bahawa sekian lama ini tidak pernah timbul sebarang masaalah atau skandal melibatkan tuanku didalam mana mana penerbitan akhbar atau media massa berbanding dengan kerabat sebelum ini.

Mungkin ini lah yang dikatakan bagai sireh pulang ke gagang bilamana kuasa dan kerajaan yang sepatutnya menjadi hakmilik Tunku Muhriz pada tahun 1967 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman pada tahun tersebut kini telah dikembalikan ketangan Tuanku Muhriz.

Alhamdulillah.

Kerabat Negeri Sembilan sebelum ini sering dilanda pelbagai kontroversi dan masaalah yang menghakis kehormatan masyarakat umum terhadap institusi beraja Negeri Sembilan dengan pelbagai kes melibatkan jenayah komersial dan masaalah peribadi anggota kerabat diraja negeri itu.

Datuk Datuk Undang Negeri Sembilan Empat sudah tentu mengambilkira sekelian masaalah masaalah yang timbul sebelum membuat keputusan yang amat dinantikan seluruh negara.

Dari segi rupa paras Tuanku Muhriz, dapat kita melihat ciri ciri kehebatan peribadi dan ketokohan Raja Raja Melayu zaman silam dengan rupa diri tuanku bermisai dan berambut putih, gah macam pendekar pendekar lalu.

Terasa kehebatan Tuanku selaku penyambung warisan Kesultanan Melayu lama.

Tahniah Tuanku!

Hamba berdo'a agar Tuanku Muhriz akan berusaha menegakkan panji panji Islam selama pemerintahan baginda di Negeri Sembilan Darul Khusus!

Semoga Negeri Sembilan akan kembali gemilang dan terus maju dimasa masa akan datang.

Tuanku berpeluang mencorakkan Kesultanan Melayu Malaysia kembali menegakkan Daulah Islamiyah dirantau ini sesuai selaku Raja dan Yang diPertuan Negeri Sembilan Darul Khusus dan jajahan takluknya untuk menjadi contoh kepada sekelian Duli Duli Tuanku yang lain.

Insya Allah!

Daulat Tuanku! Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memelihara Tuanku dan seisi keluarga supaya menjadi penaung kepada sekelian hamba rakyat negara ini.

Amin. Ya Rabbal Alamin.

Konvensyen Mega Jutawan Uptrend di PWTC

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Apakabar tuan tuan dan puan puan sekelian?

Saya berharap semoga anda semua berkeadaan sihat wal'afiat bersama ahli keluarga tercinta sempena Ma'al Hijrah nan mulia ini.

Tuan tuan dan puan puan,

Saya telah menghadiri Konvensyen Mega Jutawan Uptrend di PWTC KL pada 28hb Disember 2008 diatas jemputan oleh Upline saya Jutawan Muda Cikgu Norhaidi Nordin dan sebagai salah seorang penerima Sijil Kecemerlangan 'Breaking Your Personal Best' dibawah 'High Profile Category'.



































Hadiah disampaikan oleh Presiden Uptrend2U Jutawan Gary Gan dan saya bersyukur diatas pengiktirafan Syarikat Uptrend Network Sdn Bhd terhadap usaha saya menyampaikan maklumat dan keterangan tentang bisnes E-Dagang Uptrend Network melalui laman laman blog saya.

Saya amat menghargai usaha Cikgu Norhaidi yang tetap menyokong saya didalam usahaniaga E-Dagang Uptrend Network saya. Beliau adalah seorang upline yang benar benar istiqamah didalam perhubungan niaga bersama saya dan seorang sahabat yang amat setia menyokong saya selama ini.

Konvensyen Mega Jutawan ini memang amat memberangsangkan sekali dan saya dapat merasakan semangat juang yang amat tinggi diruang Dewan Merdeka Paras 4 PWTC itu.

Saya turut merasakan betapa bisnes ini telah merubah mutu kehidupan mereka yang benar benar berusaha mengubah nasib diri dan keluarga tersayang mereka yang menjadi pemimpin pemimpin Uptrend diseluruh negara kita dan juga rakaniaga kami di Singapura dan Indonesia yang turut hadir meraikan kejayaan mereka didalam bisnes Uptrend Network ini.


















Jutawan Haji Shahairy duduk disebelah saya dan kami berbincang tentang beberapa perkara bersangkutan bisnes kami. Insya Allah didalam tempoh waktu terdekat ini akan saya siarkan disini akan hasil perbincangan saya dengan pihak pentadbiran syarikat untuk makluman umum.
Insya Allah.

Sesi motivasi oleh penyampai penyampai Uptrend seperti Duta Uptrend Jutawan Hj Roshdi Sabdin ternyata memberikan para hadirin pelbagai sumber maklumat dan inspirasi untuk berani melakukan perubahan pada minda masing masing untuk meraih kejayaan didalam Uptrend.

Timbalan Presiden Uptrend2U Dr.Ahmad Daud menyusuli beliau dengan gaya 'belasah saja'nya dan berjaya memberikan ahli ahli Uptrend suntikan semangat dan azam baru didalam perniagaan mereka.
















Para hadirin turut menyambut hebat penyertaan para penyanyi dan pelakon tanahair seperti Ramli Sarip, M.Nasir, Nash Lefthanded, Awie Wings, Bob Lokman, Jehan Miskin, dan beberapa orang lagi aktivis seni dibawah program Stars2U bersama Uptrend Network Sdn Bhd.
















Kesemua artis ini menjadi duta Uptrend Network dan bersama sama menyertai bisnes ini dengan Jutawan Jutawan Uptrend seperti ND Lala, Rosli Selasih dan Bob Akar.


















Pelakon dan dramatis Zaidi Omar duduk dibelakang saya dan turut bersama sama mencari rezeki sampingan melalui Uptrend Network.

Syabas saya ucapkan kepada mereka semua. Setiap peluang yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala berikan harus direbut dan digunapakai sebaik mungkin demi menjamin masadepan mereka yang lebih cemerlang didalam ertikata sebenar benarnya!
















Usahasama STARS2U Sdn Bhd bersama Uptrend Network Sdn Bhd dimeterai baru baru ini dan disaksikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad di Hotel One World, Damansara, Selangor.

Uptrend Network juga telah diiktiraf oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia sebagai sebuah bisnes yang 'Muslim Friendly' dan sah dari segi syariah.

Apa yang menarik tentang dunia bisnes Uptrend2U ini adalah ianya terus maju dari masa ke semasa walaupun pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab rajin menabur fitnah terhadap lapangan niaga E-Dagang ini yang merupakan suatu corak perniagaan yang merangkumi perniagaan konvensional MLM dengan E-Commerce serta memecah tradisi perniagaan pelbagai tingkat dengan beberapa inovasi niaga yang sebelum ini tidak ada yang menceburinya.

Uptrend2U terus mengorak langkah dan melebarkan sayap perniagaannya ke serantau Asia dan ke peringkat global dunia dengan kini membuka peluang perniagaan kepada usahawan usahawan di Bangladesh pula.

Presiden Uptrend2U Jutawan Gary Gan baru kembali dari Bangladesh selepas bertemu dengan para pemimpin niaga disana dan tidak lama lagi kami akan beroperasi diBangladesh pula selepas berjaya diMalaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat.

Hendak seribu daya!

Uptrend2U akan terus berusaha membantu ahli ahlinya yang rajin berusaha untuk merubah kehidupan mereka setimpal dengan aktiviti niaga yang mereka jalankan.

Bisnes ini berasaskan aktiviti semata mata dan mereka yang tabah berusaha melebarkan rangkaian niaga masing masing secara jitu kini meraih kejayaan dan menikmati hasil usaha masing masing.

Saya sendiri kini telah menaikkan taraf perniagaan saya ke tahap Platinum GBE @ Global Business Entrepreneur dan akan terus membina rangkaian niaga saya bersama sama dengan rakaniaga rakaniaga saya yang sama sama mahu mengubah nasib diri dan keluarga kami yang tercinta!

Insya Allah , tahun baru 1430 Hijrah ini akan melihat kami yang berusaha melalui Uptrend Network Sdn Bhd beroperasi dari ibupejabat Uptrend2U yang baru di bangunan Uptrend sendiri di Jaya One, Petaling Jaya pada bulan Mei 2009 nanti!

Syabas Uptrend!

Semoga kita semua akan terus berjaya didalam sistem niaga E-Dagang ini!

Hubungi saya jika anda juga mahu turut serta bersama saya didalam Uptrend Network!

Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman didalam Al Quran Surah Ar Ra'ad Ayat 11 yang bermaksud :' Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri!'

Marilah kita berusaha secara bijak dan amanah menjana kewangan dan masa depan yang lebih baik bagi diri kita dan rakaniaga kita semua!

Anda boleh juga berhubung melalui emel dengan saya. Sila hantarkan emel kepada saya di mahaguru58@gmail.com.

Insya Allah.

Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah!



















Assalamualaikum saudara saudari seIslam dengan saya!

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah' kepada tuan puan bersama pasangan anda serta ahli keluarga yang tercinta!

Semoga tahun baru hijrah ini membawa seribu satu rahmat dan berkat dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi kita semua.

Muslimin dan Muslimat, kita sekarang ini berada di Akhirul Zaman.

Kita sentiasa terdedah kepada pelbagai macam ujian dan fitnah dari musuh musuh kita termasuk dari desakan hawa nafsu kita sendiri. Tidak sunyi diri kita dari menghadapi pelbagai cabaran baik peribadi, spiritual, emosi , ekonomi dan macam macam lagi.

Hidup kita hari ini terdedah kepada segala macam penyakit yang sebelum ini tidak pernah diketahui manusia. Makan minum kita dizaman ini sentiasa terdedah kepada pencemaran dari pelbagai macam punca dan juga disebabkan kelalaian manusia sendiri.

Alam sekitar kita turut tercemar dek kerna sifat rakus manusia yang senantiasa menghancur dan menghapuskan alam semulajadi diatas alasan pembangunan. Bukit bukau diteroka dan hutan simpanan ditebang dan digondolkan diatas alasan membina kediaman eksklusif untuk mereka yang berada.

Hasilnya bumi ini menjadi mangsa dan kehidupan flora dan fauna turut termusnah. Peristiwa gelinciran tanah di Bukit Antarabangsa yang meragut nyawa manusia dan haiwan menjadi satu titik tanda bahawa setiap perbuatan manusia ada natijahnya.

Kalau baik caranya, baiklah hasilnya. Sebaliknya bila alam dicerobohi dengan niat dan hasrat yang tamak dan haloba, maka begitulah yang akan terjadi. Imbangan alam semulajadi akan rosak dan semua kehidupan akan terjejas.

Begitu juga dengan kita ini.

Sebagai Muslim, kita kena sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kita. Kehancuran moral dan kealpaan kita terhadap tuntutan agama akan membawa kepada kemusnahan ummah dan kehilangan jatidiri setiap Muslim di Malaysia ini dan juga diseluruh dunia.

Kita tidak boleh leka dengan kesenangan hidup kita dan hanyut bersama sama mereka yang cenderung kepada dunia hiburan sepanjang masa saja.

Ada waktu untuk kita bersuka ria dan ada kalanya kita perlu bertafakur sujud menghadap Allah!

Masaalahnya kita ini senantiasa disajikan dengan pelbagai macam hiburan setiap masa dan ketika sehingga anak anak sekecil tahun dua dan tiga turut dididik menjadi pelapis penghibur tanahair.

Hasilnya kita kini memiliki masyarakat Muslim Malaysia yang hanya Islam pada nama sahaja dan usaha mana mana pihak untuk mendaulatkan Islam didalam ertikata sebenarnya diperangi bukan sahaja oleh musuh musuh Islam seperti DAP dan mereka yang sefikiran dengan mereka tetapi juga dari kalangan pihak Istana sendiri yang mengkhianati amanah dan harapan manusia seperti kebanyakan kita ini.

Oleh kerana itu tuan tuan dan puan puan yang saya amat hormati, marilah kita memperbaharui azam kita untuk memperkemaskan akidah kita. Betulkan kembali mana mana amalan ibadat kita. Fahami ajaran ajaran agama kita dan kembali hidup sebagai umat Islam yang sebenar benarnya dan tidak lagi mengambil mudah akan iman dan amal kita.

Diri ini senantiasa menghadapi cabaran demi cabaran didalam usaha saya membetulkan peribadi saya dan saya sentiasa merindukan keadaan dimana saya dikelilingi oleh sahabat sahabat dan ustaz ustaz saya semasa saya di Pulau Pinang.

Saya rindukan suasana hidup disana kerana saya akan sentiasa berada di Masjid Kapitan Keling dan dapat menjalankan aktiviti dakwah bersama kawan kawan saya Haji Mohd Yassin, seorang murid sufi Syaikh Nazim, rakan seperjuangan saya Haji Kamaruddin Abdullah, Pengerusi Islamic Propagation Society International, Imam kami Datuk Syeikh Abdullah Bukhari, Ustaz Haji Abdul Latif, dan ramai lagi rakan dan taulan saya yang sentiasa bersama saya mengimarahkan masjid kesayangan kami itu.

Hidupnya saya di Kuala Lumpur ini ada kalanya terisi juga dengan sokongan dan sambutan dari tuan tuan yang sefikrah dengan saya dan saya terasa kasih sayang dari anda semua untuk terus bermujahadah dilaman blog ini demi mendaulatkan Islam dan kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Muhammad al Mustafa, Habibullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Terimakasih saya ucapkan pada semua diatas sokongan anda ini.

Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya ada tulisan saya yang mengguris perasaan sesiapa diantara tuan tuan dan puan puan seIslam dengan saya.

Hanya Allah Azza Wa Jalla sahaja yang Maha Sempurna dan hambanya ini hanya segenggam tanah yang kini hidup diatas Izin dan EhsanNya.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah!

Abdillah,

Zainol Abideen.
Bandar Tun Razak,
Kuala Lumpur.

Saturday, December 27, 2008

Trajedi Memali- Kenapa Musa Hitam dan Radzi Ahmad terlepas?

Assalamualaikum wahai Muslimin dan Muslimat seMalaysia.

Masih ingatkah tuan tuan dan puan puan akan pembunuhan penduduk penduduk Kg.Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman oleh pasukan polis dibawah arahan Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan disokong oleh Radzi Ahmad, Timbalan Menteri Dalam Negeri?

Mangsa mangsa pembunuhan itu termasuk seorang ulamak tempatan bernama Ustaz Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai 'Ibrahim Libya' oleh murid murid Arwah dan ahli ahli PAS.

Jangan sekali kali kita lupa akan dosa dosa besar Musa Hitam dan Radzi Sheikh Ahmad serta Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad yang pada hemat saya sudah tentu tahu akan segala perancangan Musa Hitam dan penyokongnya!

Pasukan Polis Hutan, FRU Kedah, Perlis dan Pulau Pinang ditipu oleh pemerintah mereka bahawa yang hendak diserang adalah sebuah kem komunis di sempadan negara kita dengan Thailand tetapi sebenarnya hendak menghapuskan pusat aktiviti Dakwah Ustaz Ibrahim Mahmud yang banyak berjasa kepada penduduk Kg Memali dan persekitaran Baling.

Niat jahat puak UMNO dibawah pimpinan mereka ketika itu berakhir dengan pembunuhan beramai ramai orang orang kampong Memali yang beragama Islam dan menyokong PAS.

Saya tertanya tanya kenapa sampai sekarang pihak perundangan negara ini boleh membiarkan sahaja pembunuh pembunuh penduduk Kg Memali terlepas bebas tanpa sebarang pendakwaan?

Mana dia janji Karpal Singh untuk membela penduduk Kg Memali seperti dilaungkannya semasa Forum Keadilan di Dewan Sri Pinang pada tahun 1999?

Hilang lesap ditelan masa?

Ikutilah rakaman Tragedi Berdarah Kg.Memali divideo berikutan:

Forum Hudud - Ikuti Penjelasan Ulamak Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wahai umat Islam seMalaysia.

Alhamdulillah, saya telah menemui satu siri rakaman Forum mengenai Hudud yang disertai oleh 2 orang Ulamak terkenal Malaysia iaitu Tuan Guru Professor Datuk Dr.Harun Din, Timbalan Mursyidul Am Parti Islam seMalaysia dan Ustaz Ismail Kamus.

Saya rasa kita semua boleh mendapat manfaat dan menambahkan kefahaman kita tentang keunggulan Hukum Hakam Allah dan mempelajari bahawa Hudud itu adalah Adil untuk digunapakai oleh seluruh umat manusia.

Marilah kita menonton video video ini dan menghapuskan sebarang prasangka terhadap Hukum Hudud.

Bismillahirrahmanirrahim.

Bahagian 1:


Bahagian 2 :


Bahagian 3 :


Bahagian 4 :


Bahagian 5 :


Bahagian 6 :


Bahagian 7 :


Bahagian 8 :


Bahagian 9 :


Bahagian 10 :


Bahagian 11 (Akhir) :


Insya Allah, semoga kita semua lebih jelas tentang Hukum Hudud yang merupakan Perundangan Islam dari Tuhan semesta alam sendiri yakni Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari seIslam dengan saya,

Hanya orang orang yang tegar melakukan dosa dosa besar dan jenayah sahaja yang takut dengan Hukum Hudud!

Saya sendiri tidak sunyi dari melakukan kesalahan namun sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah Azza Wa Jalla dan akur kepada saranan dan amanat Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, saya redha dengan Hukum Allah dan menyokong pelaksanaan Hukum Hudud di bumi ini.

Sekiranya UMNO dibawah pemerintahan pemimpin pemimpinnya yang pada sebelah pihak mengaku menjadi umat Islam tetapi menentang Hukum Allah dimuka bumi Malaysia ini dipihak yang lain, maka munafiklah mereka terhadap Perintah Allah!

Saya menyeru pimpinan PAS supaya istiqamah didalam perjuangan mendaulatkan Islam diMalaysia ini dan memutuskan pakatan 'sokong membawa rebah' bersama seteru seteru Islam.

Berusahalah mengajak pemimpin pemimpin UMNO kembali semula ke fitrah dan ajarlah mereka tentang kebenaran Islam melalui forum forum sebegini secara berterusan.

Insya Allah, lambat laun akan tersedar juga puak puak yang takut akan Hudud ini.

Artikel berkaitan : http://nuraflah.blogspot.com/2008/12/malaysia-boleh-tapi-hudud-tak-boleh.html

Thursday, December 25, 2008

Bila pemimpin umat Islam lupa diri dan memperlekehkan Hudud.

Saya agak kecewa apabila membaca tajuk artikel dibawah yang tersiar di Agenda Daily memetik kata kata atau kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak memperkecilkan hasrat dan matlamat Parti Islam seMalaysia untuk menegakkan Syariah Islam dibumi Malaysia ini.

'Pelaksanaan Hudud hanya mainan politik PAS – Najib

PAS dilihat sengaja membangkitkan isu lapuk apabila membangkitkan semula mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai isu politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu'

Saya ingin bertanya bakal Perdana Menteri Malaysia ini akan apa sebenarnya agama yang dianuti nya?

Siapa Tuhan nya?

Siapa Nabi yang diutuskan kepada nya?

Apakah berlainan Tuhan yang disembah oleh Mohamad Najib bin Abdul Razak ini?

Jika memang berlainan, saya tidak hairan akan cara manusia yang bakal dilantik oleh Yang di Pertuan Agong Malaysia menjadi Perdana Menteri negara yang kononnya 'Negara Islam' ini berkata dan memperlekehkan hasrat murni umat Islam yang berjuang melalui Parti Islam seMalaysia untuk menegakkan panji panji Allah dimuka bumi Malaysia ini!

Jika yang disembah Mohamad Najib Abdul Razak ini sama dengan kita umat Islam seMalaysia, saya ingin mengetahui apakah perkara yang membuatkan manusia ini sanggup bersekongkol dengan musuh musuh Islam di tanahair ini sehingga mudah mempertikaikan dan memperkecilkan niat pimpinan Parti Islam seMalaysia didalam memperdaulatkan Ad Deenul Islam?

Jatuh wajib keatas umat Islam apatah lagi mana mana pemimpin dan pemerintah yang beragama Islam untuk mentadbir dan memerintah negara atau negeri dibawah kekuasaannya berasaskan Kitab Suci Al Qur'anul Karim dan berpandukan Hadith Hadith Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Alasan bahawa negara ini bermasyarakat majmuk hanya memperlecehkan Keadilan Hukum Allah!

Apakah Najib dan Abdullah Badawi tidak percaya bahawa Syariah Islam yang diperturunkan Allah, Tuhan Semesta Alam itu adil seadil adilnya?

Syariah yang dipraktikkan diMalaysia sekarang ini umpama mempermainkan Ad Deenul Islam kerana tidak mengikuti peruntukkan syariah yang sebenar benarnya!

Inilah punca manusia baik Muslim ataupun Kaffir ditanahair kita ini tidak hormat kepada sistem perundangan Islam kerana hukum hakam Syariah di Malaysia ini berpandukan terjemahan manusia manusia berkerajaan BN yang mengubah hukum Islam sebenar kepada apa yang mereka sendiri menggubal mengikut kepentingan mereka sendiri!

Hukum zina dan maksiat dijatuhkan hukum denda wang ringgit sahaja dan tidak mengikut peruntukan PERINTAH ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA!!!

Pencuri dan penipu didenda dengan wang ringgit sahaja serta ramai yang dilepaskan kerana ada sangkut paut dengan parti politik pemerintah BN!

Pembunuh, perogol dan peliwat berleluasa diMalaysia ini kerana Hukum Hudud Allah tidak dilaksanakan!

Kerajaan Malaysia dibawah pemerintah sekarang dan Kesultanan Melayu keseluruhannya bertanggung jawab diatas keadaan ini kerana kesemua mereka yang di amanahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk mentadbir negara ini GAGAL MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB mereka terhadap seluruh warganegara Malaysia ini!

Dakwah al Islamiah tidak menjadi matlamat mereka tetapi sebaliknya asyik berhibur sepanjang masa sampai ke saat nak masuk liang kubur pun masih tidak sadar sadar diri lagi!

Apa benda yang susah sangat hendak difahami makhluk bernama Mohamad Najib ini tentang perlunya kita selaku umat Islam menegakkan Syiar Islam dengan sebaik mungkin didalam kehidupan kita yang bersifat sementara ini dengan peruntukan kuasa yang Allah Azza Wa Jalla kurniakan pada dirinya?

Apakah Najib merasakan dirinya akan hidup kekal selama lamanya dan boleh melupakan bahawa segala yang berkuasa sekarang ujud hanya dengan Izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Manusia yang sombong dan bongkak dimuka bumi ini akan ditimpa bala bencana baik semasa hayatnya mahupun setelah ruhnya berpisah keluar dari jasadnya sebaik tiba ajalnya!

Tidak terawal barang sesaat atau terlewat barang sedetik!

Sadar lah diri kamu wahai saudara Najib dan sebaik mungkin carilah jalan penyatuan ummah dari berkokok bongkak tanpa perlu terhadap hasrat sesama Ummah mendaulatkan Hukum Allah!

Kekadang musuh Islam itu bukan datang dari luar tetapi dari kalangan mereka yang mengaku sesama Muslim kita sendiri!

Kepada pucuk pimpinan PAS, saya menyeru agar tidak terus bersekongkol dengan musuh Islam dan terus berjuang secara istiqamah tanpa perlu menggadaikan prinsip perjuangan parti selama ini.

Jika tidak integriti parti PAS akan hancur berkecai reput seperti kayu dimakan anai anai!

Berwaspadalah terhadap serigala berkulit bebiri didalam permuafakatan bersama seteru seteru Ad Deenullah.

Baca : http://pemudabesut.blogspot.com/2008/12/kesan-perlaksanaan-hukum-hudud-kepada.html

Monday, December 22, 2008

DAP dah tunjuk tembelang sebenar mereka, PKR apa cerita pulak?

Molek benar lah DAP isytihar awal awal akan penentangan mereka terhadap cita cita PAS untuk menegakkan Hukum Hudud di negara ini sekiranya PAS berjaya menerajui pemerintahan Kerajaan Persekutuan Malaysia!

Terang dan jelas dan tidak berdolak dalih lagi. Maka sekarang giliran PKR pula untuk menjelaskan kepada semua termasuk pengundi berdaftar ini akan dimana kedudukan mereka berkenaan perkara ini?

Pada pilihanraya umum ke12, saya mengundi calon PKR untuk Parlimen Bandar Tun Razak iaitu Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Datuk Khalid Ibrahim yang pada hemat saya masih ada banyak kerja yang perlu beliau laksanakan untuk kesejahteraan kami, penduduk dan pengundi nya di Bandar Tun Razak dan kawasan kawasan sekelilingnya.

Saya mahu mendengar dari mulut Penasihat PKR sendiri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kedudukan nya beserta Parti Keadilan Rakyat mengenai cadangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud dan Undang Undang Syariah mengikut Kitab Suci dan Kalam Allah Subhanahu Wa Ta'ala iaitu Al Qur'an Al Karim dan Hadith Hadith Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam jika PAS berjaya menerajui Pakatan Rakyat memerintah Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti sepertimana diumumkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang dilaporkan Utusan Malaysia disini?

Saya akan menyokong mana mana parti politik yang benar benar mendaulatkan Islam dan tidak cuma beretorik sahaja mengenainya.

Saya menanti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang menegakkan Hukum Allah dimuka bumi Malaysia ini.

Sekiranya ada dolak dalih dari beliau serta PKR didalam perkara ini, maka didalam perjuangan saya sebagai seorang blogger Muslim Malaysia sudah tentu akan hanya menyokong barangsiapa yang mengotakan kata mereka berjanji untuk menegakkan panji panji Allah di tanahair ini.

Biar jelas seperti DAP yang kini terang terang mengakui menentang Ad Deenullah di negara kita ini.

Lim Guan Eng boleh lah berhenti lakonan drama swastanya untuk menegakkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa segala pengisytiharannya sebelum ini untuk mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz didalam pemerintahannya dipenggal ini kini bolos bagaikan tempurung kelapa yang bocor!

Alang kepalang berpolitik biarlah secara budiman dan tidak hanya menangguk di air keruh!

Kita tunggu jawapan PKR!

Hudud atau nak ikut cara puak puak sealiran Amina Wadud al Raflah Jingga?

Dari cara kenyataan demi kenyataan Anwar sebelum ini, hamba dah mula hilang keyakinan kepadanya untuk mengotakan katanya untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

Namun belum ke tahap hamba cuci tangan lagi?

Kita tengok sahaja apa jawapan Saudara Anwar?

Kebenaran tentang siapa musuh Islam didalam Pakatan Rakyat akan terserlah jua!

Insya Allah!

Selagi PAS tetap istiqamah didalam perjuangan mereka untuk mendaulatkan Islam dengan ertikata sebenar benarnya, sokongan blogger ini kepada perjuangan mereka tetap kekal dan akan terus kekal selagi hamba masih bernyawa.

Sayang PAS tidak bertanding di Bandar Tun Razak tempohari!

Jika tidak, tak terasa mengkelan lah didalam diri ini mengundi si polan yang mewakili kawasan kami di Parlimen Bandar Tun Razak.

Nak harap puak UMNO BTR, semua nya ego tak tentu arah!

Maka besarlah harapan saya agar pada PRU ke 13 nanti akan ada calon PAS berkaliber untuk mewakili kami nanti?

Mudah2an didalam PRU ke 13 nanti, keadaan kan berubah.

Insya Allah!

Pilihanraya kecil - Musim Durian Runtuh dari Mautnya seorang YB?

Saya tertarik membaca berita bahawa Kerajaan Terengganu sekarang akan menghadiahkan 25,000 komputer riba kepada murid murid Darjah 5 di negeri itu menurut laporan akhbar The Star Online berikut:

KUALA TERENGGANU: All Year Five pupils in Terengganu will be given broadband-enabled laptop computers under the state’s electronic textbook or e-book programme.

State Education, Higher Education, Human Resource, Science and Technology Committee chairman Ahmad Razif Abdul Rahman said some 25,000 pupils are expected to get the computers in phases.

With the computers and broadband connection, he said the pupils would gain access to archives or other vital resources.

Ahmad Razif said the first batch of 150 students here would receive their e-books in the first week of January.

For the first batch, the laptop computers would be procured from Taiwan and distributed by Intel Electronic, he said.

Ahmad Razif said all students would get their e-books by April next year.

He added that Dewan Bahasa dan Pustaka would help install the required programs for the computers.

The state government is expected to spend RM30mil for the procurement of the computers.

Ahmad Razid said the state government decided to embark on the e-book project to reduce the burden of school children who had to carry many books to school.

There was also a need to keep pace with globalisation, he added.

Ahmad Razif said the state government also planned to work with Intel Electronic to set up a factory in Gong Badak to produce similar laptop computers for Year Four, Three, Two and One pupils.

The factory is projected to produce 10,000 units a month.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nampak gayanya suasana politik tanahair kita hari ini sudah berubah ke satu senario dimana setiap kali seorang ADUN atau AP meninggal dunia, maka akan terjadilah 'Durian Runtuh' untuk para pengundi di kawasan kawasan berkenaan dan secara tak langsung memberikan rezeki terpijak kepada kawasan pilihanraya tersebut.

Saya berharap janganlah hendaknya menjadi lumrah baru pulak untuk para pengundi negara ini mendoakan agar ADUN dan AP masing masing cepat mati supaya mereka boleh mendapat pelbagai macam imbuhan dari pihak pihak yang berebut untuk bertanding dipilihanraya kecil yang akan diadakan berikutan kematian YB YB berkenaan?

Hai nampak gaya takdelah manusia manusia pengundi di negara ini hendak mendoakan agar YB YB mereka panjang umur dan murah rezeki kerna sudah terbukti bahawa setiap kali berlangsung nya pilihanraya pilihanraya kecil, segala macam bantuan akan datang mencurah curah kesetiap kawasan pilihanraya!

Jalan jalan raya dan sehingga ke kampong kampong akan berubah keadaan, dapat turapan tar yang baru, longkang longkang tersumbat penuh sampah dan rerumpai akan segera dibersihkan serta diperkemas kembali, lampu lampu jalan akan diganti atau dipasang, paip paip air yang selama ini tidak diselenggara akan segera dibaik pulih dan tekanan air akan dipastikan memuaskan para pengundi berkenaan, segala permohonan bantuan infrastruktur akan segera diluluskan dan akan ada Menteri Kebajikan Masyarakat bermurah hati menghulurkan duit duit ehsan kepada wargatua dan fakir miskin di daerah daerah berkenaan!

Macam macam lagi akan diberikan kepada warga pengundi disana.

Saya menjangkakan kebanjiran ahli ahli politik dan menteri menteri berkampong di Kuala Terengganu didalam jangka waktu terdekat.

Hotel hotel di Kuala Terengganu akan senantiasa penuh dan semua yang terlibat perlu membuat tempahan awal awal jika mahukan bilik mulai dari sekarang lagi?

Berseri serilah wajah para peniaga di Kuala Terengganu nanti bilamana semua jenis perniagaan mereka akan laris dan pedagang pedagang batik serta kraftangan tempatan di Pasar Payang akan 'Senyum Sokmo' menerima kebanjiran orang orang luar ke negeri cantik, budaya molek itu nanti!

Hai lah YB! Nasib lah! Hanya bilamana YB kembali ke Rahmatullah, baru menjadi keadaan di mana mana kawasan yang YB wakili?
















Agak agak YB, do'a apa yang para pengundi YB baca setiap malam, eh?

Nak kata Do'a Selamat, Selamat ...... apa tu?

Mudah2an bukan sepertimana yang saya bayangkan, ye?

Semoga YB YB akan bersama sama saya membaca do'a berikut :

'Rabbana Atina Fiddunya Hasanah! Wa fil Akhirati Hasanataw Waqina Azzab ban Narr!'

Amin Amin Ya Rabbal Alamin!

'Dimana kan ku cari ganti? Serupa dengan mu?'

'Dimana kan ku cari ganti? Serupa dengan mu?

Begitulah realiti keadaan emosi kita bilamana kita kehilangan orang yang paling kita kasihi dan sayangi dikehidupan ini, bukan?

Marilah bersama sama saya menghayati erti lirik didalam lagu berjudul demikian didalam filem 'Ibu Mertua Ku' arahan dan dilakonkan oleh Allahyarham P.Ramlee ini.



Allahyarham P.Ramlee seorang insan yang hidup mewarnakan dunia masyarakat pelbagai bangsa dan agama bekas Tanah Melayu ini dan juga Singapura pada zaman 50an sehingga lah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1973.

Filem filem arwah selalunya mengkisahkan tentang asam garam kehidupan manusia sejagat dan hampir keseluruhan warganegara tempatan dan serumpun boleh menghayati maksud dan tujuan penceritaan kisah kisah didalam filem filem lakonan dan arahan P.Ramlee.

Ikuti pula nyanyian Allahyarhamah Saloma, balu Arwah menyanyikan lagu yang sama pabila P.Ramlee meninggal dunia meninggalkannya :



Saya terbayangkan keadaan emosional balu Allahyarham Mohamad Nasir P.Ramlee semasa menghadiri majlis pengkebumian Arwah di Perkuburan Islam Jalan Ampang baru baru ini.























Selalunya kita ini tidak faham betapa pentingnya seseorang itu didalam kehidupan kita sehinggalah Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjemputnya kembali kesisiNya.

Bukanlah saya menyatakan balu Arwah Nasir tidak menyayanginya semasa hayat Arwah tetapi saya mengajak anda pembaca blog saya ini untuk menghayati erti kehadiran insan insan tercinta didalam kehidupan kita semua.

Pencurahan kasih sayang seikhlas hati semasa pasangan dan ahli keluarga kita yang tercinta masih hidup disamping kita adalah amat penting sama sekali kerana ujudnya mereka bersama kita dan juga sebaliknya hanya bersifat sementara manakala Maut itu senantiasa mengintai kita 70 kali didalam sehari seperti apa yang saya pernah dengar dari guru dan syeikh saya!

Ini adalah kebenaran hakiki, bukan?

Bahawasanya kita ini manusia dan juga sekelian isi alam maya ini ujud didalam tempoh waktu dimuka Bumi ini dengan ihsan Allah!

Tidak kekal selamanya jasad kita di Dunia ini melainkan akan sampai titik saat dan waktu Ruh kita berpisah dari tubuh yang merupakan kerangka jasad kita didalam hidup ini.

Ramai dikalangan pasangan manusia di zaman lampau sehingga ke hari ini melupakan tugas dan tanggungjawab meraikan cinta dan kasih sayang mereka yang sudi menjadi teman hidup dan selalunya bertukar ke keadaan mengambil mudah dan ringan sahaja akan ujudnya insan insan istimewa mereka sehinggalah Ajal datang menjemput ruh mereka kembali menghadap Rabbul Alamin.

Saya anjurkan tuan tuan dan puan puan membaca kitab kitab Hadis dan karangan para ulamak muktabar kita didalam mempelajari erti kehidupan ini dan bersedia untuk menghadapi Maut yang pasti.

Cintailah mereka yang tuan puan dikurniakan Ilahi dengan penuh kasih sayang dan hargailah mereka semasa hidup lagi dan tidak cuma tinggal mencium dahi mereka yang telah meninggal dunia dengan seribu satu penyesalan.

Kita dianjurkan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam untuk mengingati Mati kerna Mati itu adalah sebaik baik pengajaran bagi kita yang masih hidup.

Bilamana mendengar atau tahu tentang kematian mana mana insan yang sesama Muslim, maka jatuh wajib atau sunnat muakkad untuk kita hadir menguruskan jenazah Ikhwanul Muslimin atau Muslimat kita dengan kadar upaya kita yang terdaya atau mampu?

Sementara itu, marilah kita menginsafi akan keterlanjuran kita mengabaikan mereka yang menjadi pasangan hidup kita atau yang mahu berkasih sayang dengan kita sebaik mungkin?

Hidup ini tuan tuan dan puan puan yang mulia adalah satu siri penyesuaian keadaan dan seandainya mereka yang kita pilih untuk berkasih sayang sebaliknya memungkiri janji dan berubah menjadi onak didalam daging kita, maka kita harus sadar bahawasanya arah hidup kita adalah terletak kepada keputusan diri kita sendiri.

Kita berupaya menghijrah diri kita keluar dari kepompong derita dan membebaskan diri kita kembali hidup sendirian seselesa yang boleh dan memulakan kehidupan yang baru walaupun ianya memerlukan pengorbanan kemewahan yang telah kita berusaha mencapai selepas berbelas atau berpuluh tahun dan kembali ke titik permulaan tanpa tinggal apa apa sekalipun pada diri kita.

Terpulang kepada kita samada untuk kekal menderita sepanjang masa atau mencantas akar akar masaalah yang berserabut dan mencekik diri kita ini sehingga kita hampir lemas dan maut jiwa kerananya?

Saya sendiri mengalami keadaan sebegitu didalam kehidupan lampau saya dan akhirnya membuat keputusan untuk mengamalkan apa yang saya syorkan ini.

Harga permulaan semula hidup ini memang amat tinggi namun hakikatnya bahawa saya masih bernafas dan berupaya hidup semahu saya hari ini adalah hasil dari pengorbanan itu pada tahun 2001.

Kini saya hidup seupaya saya bersama isteri saya yang amat saya cintai sepenuh hati dan bersama sama mengharungi saki baki kehidupan ini bersamanya yang sehati dan sejiwa saya.

Alhamdulillah. Walau jauh disudut hati ini terkilan jua kerna terpaksa kehilangan dua permata hati saya yang kini tinggal jauh diperkampongan saya. Didalam hati saya tidak pernah saya melupakan mereka dan senantiasa mendo'akan kebahagiaan mereka selalu.

Akhir kalam dari saya didalam nukilan hari ini adalah supaya tuan tuan dan puan puan menghargai pasangan hidup masing masing dan juga menyayangi ahli keluarga tuan puan dengan sebaik mungkin sementara mereka dan kita sendiri masih bernyawa.

Insya Allah.

Friday, December 19, 2008

Pusara pusara lama Jalan Ampang dan bertemu seekor ular.

Assalamualaikum ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat.


Semoga tuan tuan dan puan puan berkeadaan sihat wal`afiat disamping ahlul keluarga yang tercinta.


Semalam, saya berkesempatan menziarahi beberapa pusara lama berusia puluhan mahu pun beratus tahun agaknya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.




















































































Memang istimewa sekali binaan pusara pusara lama ini siap dengan pelbagai kaedah seni hiasan pada batu batu nesan dan juga binaan tembok di kubur kubur itu.















































Saya ingin berkongsi dengan anda rakaman video yang saya ambil semalam menunjukkan kepada tuan puan gambar seekor anak ular yang saya kira dari spesis tedung.

Anak ular ini menjalar disekeliling sebuah pusara lama yang saya rasa dibina sebelum Perang Dunia kedua lagi.





































Dari jalur jalur merah dan jingga pada anak ular ini, saya kira ianya spesis berbahaya dan mungkin anak ular tedung @ cobra.


Saya tidak mahu membahayakan anak ular itu maka saya biarkan sahaja ianya menjalar melarikan diri dari saya tetapi asyik mengelilingi pusara lama tersebut.


Akhirnya, ia menjumpai sebuah rekahan pada sebuah pintu kecil yang diperbuat dari kayu berukir pada binaan tembok kubur lama itu dan menyelinap masuk menyelamatkan diri dari lensa Mahaguru58. :P


Terus terang, diri ini teruja dan seram pada waktu yang sama.


Hehehehehe..iyalah, musuh musuh hamba pasti terhibur sekiranya orang tua ini dipagut dek ular itu dan berseronok sakan sepanjang malam...minta maaf le ye... tak kan ku penuhi cita cita kuffar harami's tersebut...:D


Berbalik semula pada cerita berjumpa anak ular tersebut.


Bila saya menunjukkan rakaman gambar anak ular tersebut pada salah satu keluarga yang hadir ke majlis pengkebumian Allahyarham Nasir P. Ramlee tersebut, menjerit seram lah seorang wanita didalam rombongan tersebut dan beliau serta merta membatalkan hasrat ingin melawat sebuah pusara indah siap berbumbung dan berpagar lagi di kawasan tersebut!


Hahahahaha! Takut jadinya melihat gambar anak ular tersebut dan keluarga itu bingkas berlalu cabut lari keluar dari kawasan perkuburan tersebut. :P


Marilah kita tatapi rakaman rakaman gambar pusara pusara istimewa Jalan Ampang ini. Semoga menginsafkan kita akan betapa rapuhnya keujudan kita ini dimuka bumi Allah Azza Wa Jalla ini.




































Pusara indah berhiaskan ciri ciri binaan bermotif bulan bintang dan segala kehalusan 'bas relief' ini menunjukkan kecekapan pembinanya meninggalkan warisan senibina sebagai bukti ketinggian ketamadunan Islam dan senireka Melayu pada waktu lampau.















































Dari segi hukum agama, memang dilarang Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam mendirikan tembok dan binaan sebegini kerana membazir dan tidak di galakkan kita mencontohi perbuatan ini.















































Namun hakikatnya kubur kubur lama ini dibina di zaman pra British gamaknya dan mungkin milik keluarga hartawan dan jutawan zaman silam.


















































































Ukiran kayu pada pintu kecil di pusara lama ini. Lihatlah ketinggian ilmu kraftangan yang ada pada tukang kayu zaman lalu?


Kayu yang digunakan itu sudah tentu dari jenis kayu bermutu tinggi sebab dapat tahan meniti masa tidak reput sampai kehari ini! Subhanallah!

















































Ini pula sebuah pusara orang kebanyakan, sedang semakin lama semakin reput dimakan tanah. Kembali semula ke zat dari asal ciptaan nya. :)















































Selaku manusia yang hidup di zaman sains dan teknologi serta kebangkitan Islam ini, sudah tentu kita seboleh mungkin mahu menghindarkan diri mengikuti jejak langkah orang orang dahulu yang suka bermegah2an dengan binaan binaan sebegini namun bila berdepan dengan seni pertukangan tangan oleh tukang tukang plaster dan mortar zaman dahulu, terhenti sejenak kita mengkagumi kehalusan hasil tangan mereka yang sudah tentu telah lama kembali kepada Allah Azza Wa Jalla?


Saya memang amat meminati seni binaan dahulu kerana ianya melambangkan satu era keemasan hasil kerja seni orang orang yang hidup pada zaman pra Kolonial dan Kolonial British Malaya.


Bila berjalan di kawasan kawasan bangunan sebelum perang di Pulau Pinang dahulu, saya selalu berhenti sekejap menghayati cara dan corak corak binaan serta senibina klasik disana.


Pada kubur dan pusara pusara lama ini kelihatan peninggalan usaha seni mereka di zaman lampau yang rata rata mengunakan kemahiran semulajadi mereka serta bakat yang di asah dan di asuh oleh pakar pakar pembinaan dahulu kala.


Lain dari cara sekarang. Cara sekarang kebanyakan tukang hanya menggunakan mesin dan acuan untuk menghasilkan batu batu nesan secara komersial.


Tukang pembuat batu nesan dahulu memahat dan melorek secara asli dan menghasilkan kerja kerja kreatif dan amat tinggi nilai seninya.


Zaman sekarang segalanya biasa dan tidak ada sebarang keistimewaan dari segi nilai aestatik.





































Saya rasa zaman dahulu tidak ada larangan memagarkan kubur seperti ini. Zaman sekarang ada juga di pagarkan. Kerja orang orang kaya yang sampai kekubur pun mahu di eksklusifkan kedudukan mereka! Astaghfirullah hal azhim!


Apa mereka berkira bahawa cacing cacing tanah dan ulat ulat serta ular dalam kubur akan meminta izin terlebih dahulu dari jasad jasad kaku mereka sebelum memamah isi daging, urat saraf dan segala yang tinggal dalam jasad mereka?


Minta maaf lah ..ehem ..ehem..takde maaf bagi mu! Hancur habis akan di ratah semua organisma yang ada didalam Yaum al Kubur! :P


Binalah mahligai indah tara mana sekalipun ditanah kubur. Ianya tidak akan memberi kesan pada sesi soal jawab di dalam kubur.


Para Malaikat Mungkar dan Naqir Alaihis Salam takkan tanya :
  • Err..Waris Waris tuan pakai kontraktor mana eh untuk buat kerja kerja binaan kubur ni?
  • Agak agak...kubur ni dalam zon eksklusif ke apa? Iyalah ..kat dunia ada macam macam standard, kan? First class lah, 2nd class lah, Setinggarden lah!
  • Tapi kat sini, ada dua kelas sahaja. Samada 'Go to Heaven' atau 'Go to Hell!'
  • Syurga di tangan kananmu; Neraka di tangan kirimu..Aku tak tahu mana yang Allah dah tetapkan bagi mu....Aku tak tahu mana yang Allah dah tetapkan bagi mu..(nyanyi macam lagu Madu dan Racun tu...kelass!!!) :D
  • Err..tuan ni UMNO ke PAS?
  • Atau ..err... tuanhamba ni bumi ke Non bumi?
  • dan sebagainya!
Entah lah! Manusia ini senantiasa berada didalam kerugian melainkan mereka yang mengerjakan amalan ibadat yang sempurna, ikhlas fisabilillahi ta'ala dan ta'at pada Allah!


Ya Allah! Berikanlah kami kematian didalam Husnul Khatimah Ya Rahman dan jauhi lah kami mati didalam keadaan Su`ul Khatimah!


Amin Ya Rabb!


Cukup sudah buat kali ini. Sehingga ketemu dilembaran kemudian, saya ucapkan selamat beristirehat kepada anda semua.


Wassalamualaikum wr wb.

Pengkebumian Allahyarham Nasir Tan Sri P.Ramlee



Al Fatihah.

Pada 18hb Disember 2008, Nasir P.Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada usia Arwah 55 tahun. Punca kematian dikatakan akibat sakit jantung dan juga dari punca kesan penyakit kencing manis yang dihidapi arwah sejak beberapa tahun yang sudah.

Ini semua sekadar asbab saja. Bilamana sampai saja ajal kita, maka tak kiralah samada kita ni sedang sihat ataupun sakit. Maut itu pasti menjemput kita. Insya Allah.

Pagi Khamis, selepas menghantar isteri saya ke tempat kerjanya, saya pun menelefon Datuk Aziz Sattar, seniman komedi dan sahabat Allahyarham P.Ramlee untuk memastikan tanah perkuburan mana yang akan dikebumikan jasad Allahyarham sebab ada kekeliruan yang ditimbulkan oleh beberapa suratkhabar melaporkan bahawa Allahyarham Nasir akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota?

Datuk Aziz Sattar mengesahkan bahawa Arwah Nasir akan dikebumikan berdekatan Allahyarham ayahandanya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di tengah ibunegara Kuala Lumpur, sepelaung sahaja dari KLCC. Waktu pengkebumian dijadualkan pada jam 11.00 pagi ini.





Saya tiba di kawasan tanah perkuburan tersebut sebelum jam 10.00 pagi memandangkan pagi semalam aturcara saya bebas dan tidak ada urusan atau temujanji dengan sesiapa.

Saya memang tidak pernah ketinggalan menghadirkan diri di majlis majlis pengkebumian umat Islam baik di kampong saya di Pulau Pinang mahupun setelah berhijrah ke Kuala Lumpur ini atau bilamana dikabarkan akan kematian saudara mara atau kenalan saya di Kuantan, Pahang.

Sewaktu saya tiba di perkarangan pintu masuk ke kawasan perkuburan Jalan Ampang, ada tiga lelaki Melayu Muslim sedang berdiri disebelah sebuah kereta berbual bual menantikan ketibaan van jenazah yang akan membawa jasad Allahyarham Nasir P.Ramlee untuk disemadikan di sebelah pusara arwah ayahanda tercintanya itu.

Salah seorang lelaki itu saya kenal sebagai seorang pelakon drama tv. Saya memberi salam kepada mereka dan turut berbual bual dengan mereka sebelum masuk melangkah ke tanah perkuburan.

Selang tidak berapa lama kemudian tibalah rombongan keluarga Allahyarham Nasir dengan usungan keranda Arwah memasuki kawasan perkuburan dan menuju ke liang lahat yang telah sedia digali oleh penggali kubur yang bertugas.

Saya turut mengangkat keranda arwah bersama sanak saudara Allahyarham Nasir P.Ramlee menuju ke kuburnya. Anak anak Arwah Nasir seperti Zakaria dan adik beradiknya turut hadir menjalankan tanggungjawab mereka menguruskan pengkebumian ayahanda mereka.

Adik Arwah Nasir iaitu Sazali turut berada bersama ahli keluarga mereka.

* Sila klik pada gambar gambar ini untuk melihat paparan yang lebih jelas didalam tetingkap baru yang lain.





















































































































































































































































































































































Diantara para hadirin ke majlis pengkebumian Arwah adalah beberapa tokoh dunia seni filem, drama dan muzik tanahair seperti seniman Datuk Aziz Sattar, seniman Datuk Mustafa Maarof, pelakon drama dan filem terkenal Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, penyanyi lagu lagu ala Hindi Datuk Irwan Shah @ DJ Dave, pelakon komedi veteran Datuk Yahya Sulong, penyanyi lagu lagu asli Melayu Deli dan lagu lagu tradisional dangdut dan berirama Jawa Herman Tino, penyanyi popular zaman 80an Hail Amir, penyanyi lagu lagu Melayu asli Samsudin Lamin, Seniwati Mariani, pelakon drama tv Zulkifli Zain, pelakon komedi Abon, penggubah lagu Yusnor Ef, dsbnya.

Tahniah saya ucapkan kepada semua yang hadir menunaikan tanggungjawab Fardhu Kifayah terhadap sesama Muslim.

Salah seorang tokoh penerbitan filem Melayu klasik iaitu Datuk L. Krishnan turut hadir memberikan penghormatan beliau yang terakhir kepada Allahyarham Nasir P.Ramlee.

Tahniah Datuk!

Upacara pengkebumian Allahyarham Nasir P Ramlee berlangsung dengan sempurna dan segalanya berkesudahan dengan elok tanpa sebarang masaalah kecuali ada sekali itu balu Arwah pengsan seketika kerna terlalu terkesan dengan peninggalan arwah kembali ke alam baqa.

Beliau di tenangkan dan dipulihkan oleh sanak saudara yang ada serta anak anaknya. Saya turut menasihati beliau supaya menerima keadaan dan takdir Ilahi ini.

Saya sarankan beliau supaya berbanyak banyak berdoa dan menghadiahkan bacaan Surah Yassin serta Al Fatihah kepada arwah suaminya. Alhamdulillah, ia sudi menerima nasihat dan pesanan saya serta orang orang lain yang turut hadir.

Sesudah bacaan talqin dan do'a selamat oleh Imam yang hadir, sekelian hadirin bersalam salaman dan beransur ansur meninggalkan kawasan perkuburan.

Saya sempat berkenalan dengan adik Arwah Sazali, anak angkat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenar beliau iaitu Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh ( Lahir 22hb Mac 1929 ; Kembali ke Rahmatullah pada 29hb Mei 1973).

P. Ramlee meninggal dunia ini pada usia beliau cuma 44 tahun. Arwah anakandanya Nasir meninggal sesudah berusia 55 tahun.

11 tahun lebih lama dari usia arwah Allahyarham ayahanda nya.

Takdir Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sama samalah kita mendoa'kan selamat ruh kedua mereka dan juga untuk sekelian muslimin dan muslimat baik yang masih hidup mahupun yang sudah kembali ke Rahmat Allah. Amin.

Al Fatihah!