Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, January 10, 2009

Apakah perbezaan mazhab diantara punca kelemahan umat Islam sedunia?

Assalamualaikum wahai Muslimin dan Muslimat sekelian.

Semoga anda berkeadaan sihat sejahtera dan selamat bersama ahli keluarga anda.

Do'a saya agar umat Islam di Palestin dan Wilayah Gaza yang sedang diserang rejim pengganas Zionis Israel akan dibantu segera oleh pihak pihak Mujahidin Muslim dari negara negara Teluk dalam kadar waktu terdekat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari seIslam dengan saya sekelian.

Saya terbaca satu artikel tulisan Saudara Abi Aqila dari http://abiaqila.multiply.com/journal/item/36/MAZHAB_MELEMAHKAN_POSISI_UMAT_ISLAM yang membicarakan tentang punca kelemahan umat Islam sekarang ini?

" MAZHAB MELEMAHKAN POSISI UMAT ISLAM:

Saya bersaksi tidak ada Tuhan yang layak disembah kecuali hanya Allah,dan saya bersaksi bahwa nabi Muhammad adalah utusan Allah.

Saudara-saudariku yang semoga senantisa selalu didalam bimbingan serta perlindungan Allah Ta'ala,

Banyaknya mazhab/ firqah yang dianut umat Islam berakibat buruk bagi perkembangan kaum muslimin. Islam yang seluruh ajarannya mengandung kemurahan, belas kasih, menyeru kepada perdamaian dan persaudaraan, telah dinodai oleh penganutnya dengan darah sesamanya akibat dari adanya khilafiyah mazhab. Dan pertumpahan darah itu berlangsung dalam kurun waktu yang sangat panjang. Peperangan itu sendiri memberikan luka tak tersembuhkan pada jiwa para pengikut mazhab yang bertikai itu.

Pertumpahan darah sesama muslim itu pertama kali dilakukan oleh khawarij yang menamakan diri dengan Asy Syuraat. Mereka berkeyakinan Islam tidak akan sempurna kecuali dengan membunuh setiap orang yang tidak sejalan dengan fikiran mereka. Setelah khawarij muncullah firqah Qaramithah. Mereka menjelajahi seluruh wilayah Islam dengan menebarkan rasa takut dan kecemasan. Darahpun memercik diwilayah Iraq, Syam, Hijaz dan wilayah-wilayah lainnya.

Tak terbilang kaum muslimin yang telah dibantai oleh Khawarij dan Qaramithah, penyebab itu semua karena fanatisme mazhab. Dan Islam terbebas, tidak ada kaitannya sedikitpun dengan perbuatan mereka. Diantara peperangan yang terjadi karena fanatisme mazhab adalah antara syi’ah dengan Ahlus Sunnah, karena kedua mazhab ini yang paling banyak dianut oleh sebagian besar umat Islam.

Semua pertumpahan darah yang diakibatkan oleh pertikaian antar Mazhab/ firqah tidak memberikan manfaat bagi Islam, bahkan telah melemahkan semua kekuatan yang dimiliki umat Islam dan menjerumuskannya kedalam kehinaan dibawah cengkeraman para kufar.

Karena itu pertikaian semacam itu adalah suatu bahaya yang harus diwaspadai setiap muslim pada zaman sekarang ini. Kita harus memiliki tanggungjawab dan keinginan kuat untuk mempertahankan keutuhan agama Islam.

Perlu diwaspadai bahwa benih dari semua pertikaian itu tidak ditebarkan oleh tangan umat Islam, tetapi oleh tangan orang-orang yang mengaku Islam, padahal tidak pernah seharipun cahaya Islam memasuki jiwanya. Diantara mereka adalah kelompok yahudi yang paling besar peranannnya dalam memecah belah umat Islam.

Pada masa kekuasan Daulah Fathimiyah, Yahudi tercatat berkali-kali melakukan usaha merusak kemurnian Islam dan memecah belah persatuan umat, diantaranya adalah Ibnu Kulais dan Nasykatain Ad Durzi. Karena kelihaiannya, keduanya berhasil menduduki jabatan menteri dam memanfaatkan posisi itu untuk merusak keutuhan umat.

Seperti kita ketahui, perpecahan selalu mengarah pada kelemahan dan membuahkan kehinaan, dan semua itu semua itu semakin memantapkan kekuasaan kaum kufar diwilayah Islam. Hampir semua wilayah Islam, yang merupakan Negara-negara yang kaya dengan berbagai hasil bumi, telah mengalami cengkeraman penjajah. Mereka mengadu domba kekuatan-kekuatan muslim. Mereka membina hubungan dengan penganut firqah yanq berjiwa lemah dan hampa dari ghirah Islam. Selanjutnya para ahli strategi kufar menanamkan fanatisme dan berbagai pemikiran dusta, sehingga akhirnya penganut firqah itu keluar dari barisan kesatuan Islam dan bahkan menjadi perusak dan penghancur bagi keutuhan Umat.

Dengan cara seperti itulah wilayah-wilayah Islam dari Andalusia sampai Palestina, jatuh ketangan kaum kufar, tidak jauh penyebab jatuhnya Andalusia, pertikaian antar firqahlah yang juga menyebakan umat Islam palestina Rapuh, sehingga terusir dari dari negaranya sendiri. Dan senantiasa ada sekelompok umat Islam yang justru memihak musuh. Dipakistan dan India misalnya, Mirza Ghulam Ahmad dengan terang-terangan menyatakan fatwa dibatalkannya kewajiban jihad dan menyatakan dukungan kepada colonial Inggris, akibatnya Inggris mampu menguasai wilayah yang dihuni oleh lebih dari seratus tiga puluh juta umat Islam.

Di Syria, Perancis memperalat umat Islam pengikut Alawiyyin. Di Iraq, Inggris menyulut api pertikaian antara Sunni dan Syi’ah, sehingga umat Islam disibukkan dengan pertikaian dan perselisihan, sementara Inggris dengan leluasa mengeruk hasil bumi dan kekayaan negeri itu. Dan Israel laknatullah mampu menghimpun pengikut Ad Duruz yang lemah kepribadiannya dan bahkan merekrut mereka kedalam jajaran tentara zionis untuk menggempur saudara mereka sesama bangsa arab dan sesama muslimin.

Diakhir tulisan ini, saya yang fakir mengingatkan saudara-saudaraku sekalian, bahwa betapa besar petaka yagn menimpa umat Islam, betapa hina, terbelakang, dan lemahnya umat Islam, karena mereka tercerai berai dalam firqah-firqah, apalagi bagi mereka yang menganut firqah-firqah itu dengan tanpa ilmu dan fanatisme buta. Padahal,kebaikan, kemajuan, kemuliaan dan kejayaan yang pernah diraih umat Islam, adalah karena mereka selalu bersatu. Dan mereka selalu mengimani dan mengamalkan hadits Rasulullah SAW :

Matsalul mu’miina fi tawadihim wa taatufihim kamatsalil jasadil hidi idzasy takaminhu udhwun tada a lahu sa ‘irul jasadi bissahri walhuma”

Perumpamaan kaum mu’miniin dalam kecintaan belas kasih dan sayang mereka seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh memgalami kesulitan tidur dan rasa demam”

Mereka senantiasa berada dalam satu barisan yang rapih dan kokoh. Dan lebih dari itu, mereka memiliki aqidah yang satu dan sumber yang satu, yaitu Allah Ta’ala dan Rasulullah SAW.

Mohon maaf bila khilaf…………

Mohon nasehat bila tersesat……………

Subhanakallahuma wabihamdika, Asyhadu ala illaha ila anta astaghfika waatubuilaika

Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh..

Al Fakir :

ABI AQILA


bagusrara wrote today at 2:28 AM
I agree with U
irmaanton wrote today at 2:54 AM
Iya..betul.
Sama, saya juga setuju. TFS ya Abi.
abiaqila wrote today at 3:10 AM
Iya..betul.
Sama, saya juga setuju. TFS ya Abi.
Semoga Allah menghimpun kita
dalam satu barisan demi kembalinya
kejayaan Islam
sekarsarrie wrote today at 10:41 AM
Narasi yang bagus, menggugah tapi tidak menggurui. Absolutly agree with you Abi."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~@~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya sendiri sudah lama memikirkan dan berpendapat yang serupa bahawa keadaan kita hari ini yang berpecah ke pelbagai mazhab dan aliran Islam menjadi punca ujudnya ketidaksefahaman diantara kita dewasa ini.

Apa guna kita mengaku kita ini umat Islam yang sepegangan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah Tuhan kita dan bahawa Muhammad ibni Abdullah Sallalahu Alaihi Wassallam itu Rasul dan Nabi kita bila kita secara realitinya berbeza pandangan dan tidak seia sekata didalam menangani masaalah ummah?

Negara negara yang kononnya memperjuangkan Islam berperang dan bercakaran sesama sendiri di Timur Tengah dan akibatnya kini umat Islam Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Palestin sedang digempur dan dibunuh secara ganas oleh Rejim Pengganas Zionis Israel tanpa ada sebarang reaksi dari kesekelian negara negara Arab disekeliling mereka!

Hanya pejuang kebebasan Palestin seperti Hamas di Gaza dan Hezbullah di Lubnan sahaja yang berani mengangkat senjata dan memerangi pengganas pengganas Zionis Israel disana!

Pertubuhan Negara Negara Islam atau OIC seperti biasa bersikap bacul dan tidak ada sebarang reaksi untuk membela warga Palestin yang seagama dengan mereka!

Tidak ada usulan untuk mengumpul bala tentera Muslimin untuk memerangi musuh musuh Islam.

Tidak ada sebarang usaha mengirim bantuan makanan atau ubat ubatan kepada mangsa mangsa kekejaman Israel di Gaza mahupun di Tebing Barat!

Mesir menutup sempadannya supaya tidak ada pelarian warga Palestin yang boleh masuk mencari perlindungan bagi diri sendiri dan ahli keluarga mereka semasa Rejim Zionis Israel rakus membunuh mereka dengan melepaskan bom bom yang menghancur musnahkan kediaman mereka dan sehingga kini telah mengorbankan lebih dari 800 nyawa umat Islam Palestin dan mencederakan beribu ribu lagi warga Palestin dengan sewenang wenangnya!

Semuanya ini berpunca dari ketidaksatuan didalam hati dan nurani umat Islam sedunia!

Maka saya tidak menyangkal bahawa hakikat perpecahan diantara umat Islam sedunia ini berpunca dari perbezaaan mazhab yang diperkenalkan oleh keempat empat Imam dan diteruskan oleh fanatik fanatik mazhab sehingga ke hari ini!

Kehancuran umat Islam bermula bilamana mereka membeza bezakan diantara kaum itu dan ini bila mengamalkan ajaran ajaran Islam.

Selagi umat Islam berpecah ke mazhab itu dan ini, selagi itulah musuh musuh Islam mudah memporak perandakan penyatuan ummah dan hari ini terbukti mereka tidak menghadapi sebarang masaalah membunuh dan merogol ummah ini sesuka hati mereka manakala setiap ketua atau pemimpin negara Islam terbukti pengecut dan dayus ; gagal membela maruah dan melindungi umat Islam yang dibawah perintah dan kekuasaan mereka didalam setiap negara yang mendabik dada sebagai 'negara Islam'!

Selagi umat Islam tidak kembali kepada ajaran asal Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam dan berpegang teguh kepada Tali Allah iaitu Al Qur'an Al Karim dan tetap berpegang kepada Ajaran ajaran Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam berpandukan Hadis Hadis Sahih Baginda dan Sunnahnya, maka selagi itulah kita akan terus melihat nyawa nyawa dan maruah umat Islam ini melayang bagaikan bunga bunga lalang yang tidak dihargai.

Apakah puncanya hati hati kita sudah tidak kasihan atau terasa terkesan bila melihat bukti bukti pembantaian kaffir zionis terhadap sesama ummah?

Apakah kerana mereka itu berada jauh beribu batu dari kita dan kehancuran kehidupan mereka tidak ada kena mengena dengan kehidupan kita ini dibumi Malaysia yang secara relatifnya masih aman damai dan selesa?

Bukankah memang benar seperti yang disabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa pada Akhir Zaman (sekarang ini) umat Islam akan dikerjakan musuh musuh Islam laksana menghadapi talam makanan untuk diratah sesuka hati mereka?

Bukankah memang benar bahawa keadaan kita ini tidak ubah bagaikan buih buih kosong dan lemah dihujung ombak lautan?

Ramai tetapi tidak ada sebarang kekuatan.

Kaya tetapi kekayaan itu tidak dipergunakan untuk melindungi keselamatan ummah!

Bijak tetapi kebijaksanaan itu disalah guna untuk tujuan berperang dan bermusuh sesama sendiri dan berhibur sepanjang masa.

Berbakat tetapi bakat itu disalah guna untuk tujuan memakmurkan budaya hedonisma dan melacurkan maruah wanita wanita dan remaja Islam.

Cantik tetapi kecantikan itu cuma dipersia-siakan untuk tujuan noda dan dosa. Maksiat semakin subur dibumi bumi negara negara yang bertopengkan Islam.

Ramai dan banyak sekali bilangan kita tetapi adanya perbezaan mazhab dan fikrah membuatkan kita lemah dan lesu diserang musuh musuh Islam.

Usah melihat terlalu jauh ke Timur Tengah.

Di bumi Malaysia ini sendiri ada berbagai macam perpecahan diantara umat Islam yang pada dasarnya terdiri dari majoriti bangsa Melayu dan segelintir India dan China Muslim.

Bangsa Melayu yang merupakan bangsa majoriti beragama Islam sendiri berpecah pecah menjadi pelbagai jamaah dan parti Islam.

Parti politik seperti UMNO dan PAS rata ratanya terdiri dari satu bangsa dan sama agama mereka iaitu bangsa Melayu dan beragama Islam.

Namun permusuhan diantara UMNO dan PAS seolah olah tidak akan lenyap sampai ke hari Kiamat!

Dengki mendengki dan hasad tetap subur membara membakar sebarang usaha menyatukan Ummah di bumi bekas Tanah Melayu ini.

Iya! Bekas Tanah Melayu!

Kerana apa?

Kerana manusia manusia berbangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini berhasad dengki diantara mereka sejak zaman berzaman.

Kelainan pendapat menjadi punca para ketua orang orang Melayu yang ada sebahagian dari mereka itu bergelar ulamak dan sebagainya tetap degil, keras kepala, sombong dan bongkak, tidak mahu beralah atau berkompromi sesama Melayu sehingga pada hari ini ujud berpuluh puluh mahupun beratus ratus jamaah dan aliran umat Islam sehingga timbul bermacam macam sengketa dan perang dingin sesama manusia manusia berbangsa Melayu dan kononnya beragama Islam di bumi Malaysia ini.

Apakah nasib umat Islam di Malaysia ini akan turut sama menjadi seburuk nasib warga Palestin dibumi Timur Tengah sana akibat perbezaan pendapat dan mungkin mazhab pegangan mereka kini?

Wallahu'alam bissawab!

Yang ternyata, sampai ke hari ini umat Islam didalam parti UMNO dan PAS masih terus bermusuh dan kata mengata diantara mereka sementara musuh musuh Islam semakin berani berkurang ajar terhadap institusi agama Islam dinegara ini!

Kerana apa?

Kerana mereka melihat umat Islam di bekas Tanah Melayu ini memang degil dan terus bermusuh sesama Islam!

Maka ini peluang terbaik bagi mereka untuk menghentam retak supaya terbelah!

Menimbulkan perpecahan diantara ummah dengan menjanjikan pelbagai macam gula gula politik berasaskan pengongsian kuasa dan diadu dombakan sesama agama.

Siapakah yang bersalah didalam keadaan ini?

Setiap mereka yang bergelar Sultan, Raja, Presiden dan Perdana Menteri mahupun Ketua Kampong sekalipun.

Selagi manusia Melayu dan India atau China Muslim tidak bersatu sebagai satu jamaah yang bertuhankan Allah yang Esa dan berNabikan Muhammad al Mustafa didalam ertikata sebenarnya, tidak ada sebarang jaminan bahawa malapetaka yang sedang menimpa warga Palestin disana tidak akan turut berlaku disini!

Ini pandangan saya.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh!
Post a Comment