Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, January 02, 2009

Jahiliyyah Moden Lebih Teruk dari Jahiliyyah Dulu!


















Saya merujuk kepada berita penangkapan beberapa pasangan dan juga mereka yang bergelar selebriti di hotel hotel mewah di ibunegara dan juga di bandar Kuantan dimana seorang perempuan Melayu ditangkap ketika bersama 5 lelaki didalam sebuah bilik.















Sebenarnya masyarakat Melayu memang sudah ramai yang buta agama dan lebih teruk dari jahiliyyah di zaman Nabi sendiri.

Jahiliyyah di zaman Nabi jahiliyyah didalam ertikata mereka hidup dikala tidak sempurna penyampaian ilmu agama dan berkeadaan begitu sebab belum beragama Islam akibat masyarakat umum zaman itu telah lupa akan ajaran ajaran Nabi Nabi sebelum kedatangan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Jahiliyyah dizaman kita ini lebih teruk dari jahiliyyah dulu kerana mereka ini lahir sebagai umat Islam tetapi tidak menghayati ajaran ajaran Islam yang diajar kepada mereka sejak mereka masih kanak kanak lagi!

Sudah lah jahil tetapi degil keras kepala sombong tak tentu arah! "Ketegaq nak mampoih!" kata orang utara!

Beratus ribu malah jutaan kitab kitab ajaran agama Islam serta kehadiran Kalam Suci Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam bentuk Al Qur'an Al Karim serta panduan kitab kitab Hadis Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam kini dengan mudah dapat dimiliki oleh setiap manusia baik yang beragama Islam mahupun yang masih kaffir tetapi adanya kesemua ilmu ilmu agama ini disamping kita masih tidak dihargai dan dijadikan panduan oleh kebanyakan manusia terutamanya masyarakat Melayu zaman ini kerana mereka tidak tahu membezakan antara kaca dan permata.

Antara yang baik dan yang batil. Antara yang halal mahupun yang haram.

Semua ini berpunca dari sikap pemerintah dan Sultan Sultan serta Raja Raja Melayu yang mengkhianati amanah kuasa kerajaan yang dikurniakan Allah Azza Wa Jalla kepada mereka.

Kuasa pemerintahan yang ada pada tangan orang orang Melayu yang dahulunya kaffir beragama Hindu kini tidak bererti kerana mereka gagal!

Gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap mendaulatkan Agama Islam dibumi Malaysia ini didalam ertikata sebenar benarnya!

Umat Islam yang hidup dizaman ini terutamanya kita yang mengaku Muslim tidak harus menipu diri sendiri kerana ini hakikat kebenaran yang akan membaham kita bilamana jasad kita dikuburkan nanti!

Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari seIslam dengan saya.

Renungilah akan segala apa yang sedang berlaku didepan mata kita!

Apakah tidak benar akan sabda Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam bahawa di akhir zaman ini akan berlaku pelbagai macam fitnah yang akan menghancurkan maruah umat Islam walaupun jumlah bilangan mereka yang mengaku Muslim ini sebegitu ramai sekali seumpama buih di ombak lautan?

Apakah umat Islam Melayu Malaysia ini tidak pernah tahu tentang sabda sabda Nabi Muhammad al Mustafa, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sekian lama ini?

Nabi telah berpesan agar kita berpegang teguh pada Tali Allah iaitu Al Qur'an Al Karim dan Sunnah baginda?

Apakah Sultan Sultan Melayu buta agama sehingga hanya mahu memegang Al Qur'an sewaktu upacara pertabalan menjadi Sultan dan Raja sahaja?

Mana satu Duli Tuanku yang benar benar memerintah mengikut ajaran ajaran Al Quranul Karim?

Sekian lama ini kebanyakan umat Islam Malaysia terbiar sesat dan hidup seperti jahiliyyah dizaman silam cuma mereka ini sekarang lebih biadap, lebih kurang ajar sehingga tidak ada batas beza diantara mereka dengan kaum yang terang terangan kaffir terhadap Allah Azza Wa Jalla!

Saya tidak merasa diri ni begitu bersih sesuci embun di subuh hari tetapi teramat sedih bercampur geram diatas kejahilan mereka yang bergelar Melayu Muslim ditanahair ini!

Saya juga tidak terasa kagum ataupun bangga bahawa negara ini diisytihar sebagai salah sebuah negara Islam oleh bekas menteri perdana kerajaan yang lalu!

Semuanya dusta belaka! Pembohongan yang nyata terhadap realiti bahawa kadar maksiat didalam negara ini sedang meningkat dari sehari ke sehari!

Mereka yang berkuasa keatas umat Islam terbukti khianat terhadap amanat Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Semuanya pendusta dan hanya pandai bermuka muka.

Mengeluarkan fatwa umpama melepaskan batuk ditangga tanpa ada kuasa penguatkuasaan keatas pengeluaran fatwa fatwa tersebut kerana adanya pihak Sultan Sultan Melayu yang mendabik dada menyatakan bahawa kuasa mengeluarkan fatwa itu terletak ditangan mereka yang hidup menaungi kehidupan manusia manusia yang menganjurkan pesta pora bergelumang dosa dan turut menaja kerja kerja gila ini.

Bagi saya tidak ada buat masa ini manusia pemerintah berkerajaan Melayu Malaysia yang benar benar mendaulatkan Ad Deenullah!

Bila Hukum Hudud Allah Subhanahu Wa Ta'ala diperlekehkan dan di hina oleh manusia manusia kaffir keparat Laknatullah, ada pula puak puak pemuka Islam yang sanggup berpeluk berdakap dengan harami harami ini diatas tiket pakatan rakyat yang ba alif ngang bercampur tolol wal bahalol!

Manakan boleh kita berkompromi dengan kaffir kaffir harami yang kerja nya seharian tidak sudah sudah hendak menjahanamkan Islam?

Saya tidak peduli akan apa sahaja alasan mereka yang hanya mencita citakan kerusi kuasa menteri perdana di Putrajaya!

Matlamat tidak sekali kali menghalalkan cara!

Itu cakap orang orang jahat yang hanya bermimpikan diri untuk bermaharajalela dibumi Allah ini!

Boleh persetan dengan puak puak ini!

Hidupnya kita ini hanya dengan izin Allah!

Bukan dengan izin manusia manusia durjana ini yang membiarkan maksiat berleluasa diseluruh tanahair ini dengan pelbagai macam alasan alasan yang tidak berguna!

Saya tak hairan melihat dan membaca berita berita pesta seks dan maksiat ini kerana gejala ini menular di mana mana sahaja didalam negara yang mengaku Islam ini!

Dari bilik bilik hotel berkelas 5 bintang sehingga kesemak samun dikampong kampong terpencil, manusia manusia bergelar Melayu dan mengaku Muslim ini sudah kemaruk mengganas menggila mengikut tahap nafsu masing masing yang lupa bahawa diri mereka itu senantiasa dipantau dan dilihat oleh Rabul Jalil bersama sama para Malaikat Allah dikiri kanan bahu masing masing!

Mereka ini semua hidup dizaman sains dan teknologi ini namun mereka alpa!

Alpa terhadap segala perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan pesanan Rasulullah, Muhammad Al Mustafa, Khataman Nabiyyi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Selagi pihak pemerintah negara ini dan parti politik seperti UMNO tidak benar benar kembali kepada mengikut Perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam ertikata sebenar dan membantu PAS menegakkan Hukum Hakam Allah Azza Wa Jalla didalam negara ini, pesta seks dan maksiat ini akan berleluasa sehingga ke tahap tidak akan ada beza diantara yang kaffir dengan puak puak ini yang bermuka muka sebagai umat Islam.

Hari ini ramai Melayu yang mengaku Islam tetapi pada dasarnya kosong pengisian ajaran ajaran Islam didalam kehidupan seharian mereka.

Bila dah mati nanti, baru akan ada kesedaran untuk mengkuburkan jasad jasad mereka kedalam kubur mengikut syariat Islam tetapi pembaca talqinnya nanti cuma mereka yang hdup mencari makan membaca ayat ayat Allah untuk segenggam wang ringgit sahaja.

Demikianlah suasana kehidupan manusia manusia Jahiliyyah Moden di Malaysia.

Katakanlah kebenaran walau ianya pahit seumpama hempedu!

Kembalilah kepada hidup secara Islam selagi masih berdenyut jantung didalam dada masing masing ; tak kiralah samada kita ni rakyat biasa ataupun bergelar gitu gini memanjang berjela dengan gelaran gelaran duniawi!

Tak ada maknanya lagi bila dah sampai nafas terakhir nanti ditenggorok masing masing!

Waktu itu sudah agak terlambat untuk bertaubat ataupun menyesal!
Post a Comment