Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, February 15, 2009

Bila mantan Mufti Perlis SS Dr. Mohd Asri berbicara...



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari sesama Islam dengan saya. Ini ada satu rakaman video menarik yang menampilkan pandangan dan pendapat mantan Mufti Negeri Perlis Darus Sunnah iaitu Sahibul Samahah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.

Dr. Mohd. Asri berbicara tentang sikap taksub sesetengah pihak dikalangan orang orang Melayu yang semberono sahaja menganggap bahawa segala sesuatu yang berasas atau berasal dari budaya Arab itu betul dan boleh di ikut?

Didalam rakaman video diatas Dr. Mohd. Asri mendedahkan bahawa kekadang orang orang Melayu boleh tersalah bawa dengan mengikuti sesetengah amalan yang tidak ada asasnya didalam ajaran ajaran yang dibawa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Budaya mengagung agungkan keturunan Syed Syed disentuh oleh bekas Mufti Perlis ini dan secara alami maka timbul lah rasa tidak puas hati dikalangan mereka yang di sebut Dr. Mohd. Asri.

Apakah Dr.Mohd. Asri telah memfitnah mereka yang berketurunan Syed Syed ini atau ianya cuma menyatakan hakikat dunia sekarang yang seolah tercipta budaya 'hero worship'?

Apa pandangan anda?

Harap dapat sampaikan pandangan tuan tuan dan puan puan secara berhemah dan berbahasa yang boleh diterima semua.

Terimakasih.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Post a Comment