Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, February 23, 2009

Editor Sinar Harian memplagiat tulisan Blogger 'Bila Harimau Sudah Menaip'.

Assalamualaikum semua.

Saya terkilan apabila membaca blog rakan seperjuangan saya iaitu blogger 'Bila Harimau Sudah Menaip' @ BHSM yang popular dengan identiti Tok Rimau!







Rakan blogger saya itu agak sedih kerana Editor akhbar 'komuniti' Sinar Harian Mazlinda telah memplagiat tulisan artikel artikel karangan BHSM tanpa sedikit pun terasa bersalah tentang perbuatannya meniru yang tidak beretika langsung itu!



















Sila ke laman blog Bila Harimau Sudah Menaip untuk mengikuti pendedahan eksklusif Tok Rimau tentang betapa semberononya seorang editor akhbar edaran kebangsaan seperti Sinar Harian boleh menceduk begitu sahaja hasil penulisan seorang blogger nasional seperti Tok Rimau tetapi tidak pula mempunyai integriti untuk memaklumkan, meminta izin atau sekurang kurangnya memberikan pautan kepada laman blog berkenaan?

Apakah begini cara seorang Pengarang Akhbar bekerja?

Mencuri hasil tangan orang dan tidak langsung mempunyai perasaan bersalah terhadap blogger Tok Rimau seraya dengan tidak malunya menerbitkan artikel artikel yang memang terbukti diciplak dan diplagiat hampir sepenuhnya? Malulah sedikit!

Dunia kewartawanan setahu saya amat menitikberatkan ide dan hasil tulisan dari diri wartawan itu sendiri.

Sia sia sahaja belajar sebegitu lama dan kemudiannya lulus dari menara gading hanya untuk keluar mencuri hasil tulisan orang dan kemudian dengan muka tarpalnya meletakkan nama dan gambar sendiri di artikel artikel plagiat seolah diri itu sendiri yang mengarangnya!

Saya tidaklah mahu sampai menuduh tetapi kebarangkalian tabiat meniru ini bermula sejak dari dibangku sekolah lagi dari rendah ke menengah dan kemudian ke universiti berperangai serupa cuma ketika itu guru dan pensyarah tidak le sampai mengkhabarkan kepada masyarakat umum?

Entahlah!

Tetapi telah terbukti bahawa pengarang Sinar Harian ini memang bersalah meniru hampir seratus peratus tulisan Tok Rimau!

Wajar lah bagi Editor Sinar Harian yang berkenaan itu memohon maaf secara terbuka kepada Blogger Tok Rimau!

Saya rasa sekiranya beliau tidak berbuat demikian, maka integriti diri pengarang ini akan hancur dan tidak dihormati orang lagi?

Kalau zaman sekolah boleh lah kot Cikgu suruh sipeniru pergi berdiri kat sudut kelas atau berdiri diatas kerusi sebagai hukuman!

Kalau di universiti pula, pensyarah akan memberikan markah kosong dan menggagalkan pelajar yang menciplak atau memplagiat itu!


Editor suratkhabar Sinar harian ni kita nak buat macamana?

Cuba tuan puan bagi pendapat yang asli dan dari benak fikiran sendiri?

Hehehehehe....
Post a Comment