Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

Read N Write Ad

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, February 13, 2009

Kenyataan Akhbar Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang membantah program Islam Liberal anjuran Sisters in Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Sepertimana yang kita sedia maklum, di Akhirul Zaman ini, telah ada pelbagai macam golongan yang sesat lagi menyesatkan didalam umat Islam sendiri.

Tuan tuan dan puan puan semua mesti ingat akan hadis Rasul Sallallahu Alaihi Wassallam tentang keadaan umat Baginda berpelah kepada 73 golongan dan 72 dari golongan itu akan dihumban ke api neraka melainkan hanya satu jamaah yang memegang teguh akan Tali Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Didalam negara kita ini telah ada segolongan manusia yang luarannya Islam tetapi dalamannya tak ubah seperti Kaffir Harami Laknatullah.

Golongan ini menjadi musuh didalam selimut bagi umat Islam dan mereka dipuja dan dipuji oleh Kaffirin yang teramatlah gumbira kerna adanya talibarut seperti golongan yang bangga menjadi 'Islam Liberal'.

Berikut adalah kenyataan akhbar Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang yang membantah keras satu program 'Musawah' anjuran Sisters in Islam, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan liberalisasi kaum wanita yang menurut kacamata mereka amatlah terkongkong kononnya ditanahair ini?

Kenyataan Akhbar 12 Februari 2009

PUM PP selar penganjuran MUSAWAH membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam

Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program ‘Musawah’ iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS). Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

Perjumpaan ini bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat 5 hari tersebut. Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUM PP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan Barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.

Perjumpaan ini juga akan memberi persepsi yang negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita, terutamanya apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut.

PUM PP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al Quran dan Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari‘at yang dibawa oleh al-Qur’ān dan al-Sunnah.

PUM PP juga mengharapkan kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan liberal Islam ini dan tidak campurtangan dalam urusan Aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campurtangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al Quran

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (109:6)

· 109:6 Unto you, your religious law, and unto me, mine !" [3]

Sehubungan dengan itu, PUM PP menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan member persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia.


Dr Wan Salim Wan Mohd Nor

Yang di Pertua
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUMPP)
Cawangan Pulau Pinang


Mohammad Nizam

Setiausaha

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUMPP)

Cawangan Pulau Pinang

* untuk tujuan perhubungan sila hubungi Mohammad Nizam : 018 465 4074 / 013 402 5770

Untuk liputan Berita Bernama sila klik disini.

Post a Comment